Menyempurnakan Solat Dengan Khusyuk
Allah swt berfirman:
Ertinya: "Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman yakni mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya."(Q.S. Al Mukminun: 1-2)
Khusyuk adalah perbuatan hati. Seperti takut dan suka. Namun setengah ulama ada yang menganggapnya sebagai perbuatan anggota badan. Iaitu diam, tidak menoleh atau bermain-main. Ada yang berpendapat khusyuk termasuk fardhu solat Alasannya tersebut dalam Hadis:
"Tak ada solat bagi hamba, kecuali apa yang difikirkan."
Firman Allah:
"Janganlah engkau termasuk orang-orang yang lengah."
(Q.S. Al A'raf: 205)
Namun ada juga setengah ulama berpendapat bahawa khusyuk mempakan keutamaan solat saja.
Al-Baihaqi mengeluarkan dari Muhammad bin Zirin, ia berkata, "Aku diberitahu bahawa Rasulullah saw ketika solat mengangkat pandangannya ke langit Kemudian turunlah ayat di atas. Kemudian, tambah Abdur Razaq, Allah swt memerintahkan beliau agar khusyuk. Lalu beliau memandang ke tempat sujudnya. Imam Hakim dan al-Baihaqi mengeluarkan dari Abi Hurairah: Ketika Rasulullah saw solat mengangkat pandangannya ke langit. Maka tumn ayat tersebut. Sehingga Rasulullah saw menundukkan kepalanya.
Dirawikan dari Hasan bahawa Nabi saw bersabda:
"Solat lima waktu ibarat sungai yang banyak airnya mengalir pada tiap-tiap seorang kamu. Setiap hari ia mandi di situ lima kali. Apakah dia masih kotor?" Yakni solat itu membersihkan dosa. Kecuali dosa besar. Jika solat dilakukan dengan hati khusyuk dan hadir. Jika tidak, maka solat itu ditolak.
Rasulullah saw bersabda:
"Barangsiapa solat dua rakaat. Hatinya tidak ingat sesuatu pun tentang dunia, maka dosanya yang terdahulu diampuni."
Nabi juga bersabda:
"Adapun solat diwajibkan, haji dan tawaf diperintahkan serta ibadah disyariatkan adalah untuk mengingat Allah. Jika yang diingat tidak ada di hatimu, maka zikirmu tidak ada nilainya.
Nabi saw bersabda:
"Barangsiapa solatnya tidak boleh mencegah kekejian dan kemungkaran, maka dia hanya bertambah jauh dari Allah."
Bakar bin Abdullah berkata, "Hai manusia, jika kau ingin masuk pada Maulamu tanpa izin dan bicara pada-Nya tanpa penterjemah, tentu akan dapat. Ditanyakan, "Bagaimanakah caranya?" Dia berkata, "Sempurnakan wudhukmu, masuklah ke mihrabmu, maka kau telah masuk pada Maulamu tanpa izin dan bicara pada-Nya tanpa penterjemah."
Dari Aisyah ra, dia berkata, "Nabi dan kami saling menegur. Tapi jika waktu solat tiba, seolah-olah kami tidak mengenal antara satu sama lain kerana sibuk dengan keagungan Allah swt.
Rasulullah saw bersabda:
"Allah tidak memandang solat seseorang di mana hati dan badannya tidak hadir di situ.
Ibrahim al-Khalil as ketika solat masih mendengar namun hatinya amat terpaut (kepada Allah). Said al-Tanwikhi ra ketika solat air matanya selalu menitis dari pipi ke janggutnya. Rasulullah saw pemah melihat lelaki mengusap- usap janggutnya dalam solat. Lalu Rasulullah saw bersabda:
"Jika hatimu khusyuk tentu badannya turut khusyuk.
Dirawikan bahawa Ali ra ketika solat badannya menggigil dan mukanya berubah. Ditanyakan kepadanya, "Ya Amirul Mukminin mengapakah engkau terjadi demikian?" Beliau berkata, "Telah tiba waktu diberi amanat di mana Allah menawarkannya kepada langit, bumi dan gunung, mereka menolaknya sedang aku menyanggupinya." Dirawikan dari Ali bin Husain, ketika dia wuduk mukanya jadi kuning. Keluarganya bertanya: "Apakah yang mengubahmu ke- tika wudhuk?" Dia berkata, "Apakah kalian tahu di hadapanku Zat yang kukehendaki."
Dirawikan dari Hatim al-Ashom. Dia ditanya tentang solatnya. Maka dia menjawab, "Ketika tiba solatku sempumakan wudukku, aku pergi ke tempat solat, aku diam sejenak kerana hendak mengumpulkan seluruh jiwaku, lalu kudirikan solat. Aku jadikan kaabah di depan mataku, sirat di bawah tapak kakiku, Syurga di kananku, Neraka di kiriku, malaikat maut di belakangku dan kukira itu soladcu yang terakhir, kemudian aku berdiri di antara berharap dan takut, aku takbir dengan bersungguh-sungguh, membaca dengan tartil, mkuk dengan tawadhuk, sujud dengan khusyuk, aku duduk tahiyat awal dan akhir dengan ikhlas dan aku tidak tahu apakah solatku diterima atau tidak."
Ibnu Abbas ra berkata, "Solat dua rakaat dengan khusyuk adalah lebih baik dari solat sepanjang malam tetapi hati lalai." Rasulullah saw bersabda:
"Akan tiba di akhir zaman di mana umat Islam datang ke masjid mereka membincangkan hal dunia. Jangan kau ikuti mereka. Allah tidak memerlukan mereka."
Dari Hasan ra bahawa Nabi saw bersabda:
"Tidakkah kuberitahukan tentang pencuri yang terburuk?" Mereka bertanya, "Siapa dia ya Rasulullah?" Baginda berkata, "Orang yang mencuri solatnya." Mereka bertanya lagi, "Bagaimana dia mencuri solatnya?" Rasulullah menjawab: "Dia tidak menyem- purnakan rukuk dan sujudnya."
Rasulullah saw bersabda lagi:
"Mula-mula sekali yang akan dihisab pada hari kiamat adalah solat. Jika dia telah menyempurnakannya maka ringanlah hisab baginya. Jika dia meringan-ringankannya Allah berkata pada malaikat: Adakah hambaku mengerjakan solat sunat? Sempumakan yang fardhu dengannya."
Rasulullah saw bersabda:
"Tidak ada pemberian yang lebih baik bagi hamba daripada diizinkan baginya dalam dua rakaat."
Umar bin Khatab ra ketika hendak solat, menggigil tubuh badannya. Ditanyakan hal itu kepada beliau, beliau menjawab, "Telah datang waktu menyempurnakan amanat dan menunaikan yang fardhu, namun aku tidak tahu bagaimana aku menyempurnakannya."
Diceritakan dari Halaf bin Ayyub: Ketika dia sedang solat, lebah me- nyengatnya hingga berdarah, tetapi dia tidak merasakan hingga Ibnu Said keluar dan memberitahukan itu padanya lalu dia membasuh pakaiannya. Lalu ditanyakan hal itu kepadanya. Dia menjawab, "Apakah terasa bagi orang yang berdiri di hadapan Allah dan Malaikat maut di belakangnya Neraka di kirinya dan sirat di bawah tapak kakinya?"
Tangan Amr bin Dzar digigit oleh sesuatu. Beliau seorang zahid dan abid. Lalu doktor berkata padanya, "Tanganmu mesti dipotong." Amr berkata, "Silakan." Lalu tabib berkata, "Potonglah dia!" Mereka berkata, "Kami tidak sanggup memotongnya kecuali jika mengikatnya dengan tali." Amr berkata,"Tidak, potonglah ia ketika aku sedang melakukan solat" Ketika Amr sedang solat, maka tangannya dipotong dan dia tidak merasakan kesakitannya.
No comments:
Post a Comment