Monday, March 30, 2015

Tipuan Dunia

Tipuan Dunia

Image result for Tipuan Dunia

Allah Azza Wa Jalla berfirman:

Sebahagian mufasir berpendapat, bahawa mereka itu senantiasa berselisih dalam soal rezeki. Ada yang kaya dan ada pula yang miskin. Oleh kerana itu, semestinya orang yang diberi rezeki mahu bersyukur dan menggunakannya untuk kebaikan. Tidak sepatutnya melambat-lambatkannya.

"...sebab itu janganlah kamu terpedaya oleh tipu daya (syaitan)." (Q.S. Luqman: 33).

"Tetapi kamu merosakkan dirimu sendiri (kerana hatimu tidak beriman) dan kamu tunggu (kesengsaraan kami) dan ragu-ragu (hatimu) dan kamu terpedaya oleh angan-angan saja...."(Q.S. Al-Hadid: 14).

Rasulullah saw bersabda:
"Alangkah baik tidur dan berbukanya orang pandai. Bagimana mereka memperleceh usaha orang bodoh. Seberat zarah pemilik taqwa dan yakin lebih utama daripada orang-orang yang tertipu."

Orang bodoh adalah orang yang memperturutkan hawa nafsunya, serta penuh keinginan belaka.


Seorang penyair berkata:
"Demi umurku.
Pemuja dunia akhirnya akan menyesal juga.
Bila dunia pergi dia merasa rugi.
Bila dunia datang keinginan pun terus mcmuncak."

Penyair lain mengatakan:
"Demi Allah.
Bila dunia datang padaku.
Dan melimpahkan rezekinya.
Tentulah orang merdeka tetap menghinakannya. Bagaimana tidak, ia barang yang bakal pula."


Ibnu Bisam berkata:
"Herdiklah dunia dan hari-harinya.Ia hanyalah membawa duka.
Kehausannya tidak pernah terpenuhi.
Terus saja ingin memiliki.
Sungguh menghairankan.
Ia musuh tapi dirindukan."

Penyair yang lain juga bersyair :
"Ada orang berkata:

Kulihat hari memberi cela pada manusia.
Menghalangi kemuliaan dan keutamaannya.
Kukata kepadanya.Ambillah apa adanya.
Banyak orang berusaha yang haram.
Ia temukan kejahatan di atas kejahatan.

Bersyair pula yang lain:
"Tanyakan pada hari-hari.
Apa yang engkau perbuat dengan raja dan singgahsananya.
Adakah engkau bahagiakan mereka.
Tidak pula yang pandai mahupun yang bodoh."

Diceritakan bahawa seorang Arabi datang ke suatu kaum yang memberi makanan padanya. Dia makan lalu tidur dalam khemah mereka. Mereka lalu mencabut khemah itu sehingga dia kepanasan oleh pancaran matahari. Dia lalu bangun dan berlalu sambil berkata:
"Ingatlah! Dunia adalah naungan bangunannya.
Suatu hari pasti naunganmu akan hilang juga."

Dia juga berkata:
"Ingat, dunia hanya tempat menegur orang yang menunggang.
Sesampai di suatu tempat kemudian ia berjalan."

Setengah hukama berkata kepada temannya:

"Telah aku perdengarkan padamu orang yang berdoa dan kuberitahukan pula padamu orang yang mencari. Tidak lebih besar bahaya seseorang, daripada orang yang mensia-siakan keyakinan dan salah langkah."

Ibnu Mas'ud berkata:

"Ilmu cukup untuk menakutkan orang kepada Allah sedangkan kebodohan membuatnya sombong terhadap Allah."

Rasulullah saw bersabda:

"Siapa menyintai dunia dan mengagungkannya, hilanglah ketakutan terhadap Akhirat dari hatinya."

Juga setengah mereka mengatakan:

"Orang akan berduka jika kehilangan dunia dan akan gembira bila mendapatkannya. Sedangkan salafus soleh lebih zuhud terhadap apa yang dihalalkan bagi mereka daripada kamu terhadap apa yang diharamkan bagimu. Sungguh hal yang dianggap tidak apa-apa menurutmu, justeru dianggap membahayakan oleh mereka."

Beberapa syair karya Mus'ar bin Kaddam ini sering diperdengarkan oleh Umar bin Abdul 'Aziz:

"Wahai orang-orang yang tertipu oleh dunia! Siang kau tidur dan malas.
Malam pun kau tidur dan hina.
Kau tertipu oleh sesuatu yang fana.
Kau bahagia dalam hayalan.
Persis orang tidur yang tertipu dengan kelazatan.
Akhir kesibukanmu hanyalah kebosanan. Demikianlah kehidupan haiwan-haiwan."

No comments:

Post a Comment