Keutamaan Bulan Rejab
Rasulullah saw bersabda:"Rejab adalah bulan Allah, Syaaban itu bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku."
Ahli isyarat mengatakan: "Rejab itu terdiri dari huruf ra, ertinya ialah rahmat. Kemudian jim, ertinya jurmul 'abdi (kesalahan hamba). Dan ba, ertinya birru Allah (kebaikan Allah). Maka seolah-olah Allah mengatakan: "Aku jadikan kesalahan hamba-Ku di antara rahmat dan kebaikan-Ku."
Dari Abu Hurairah ra, dia berkata, bahawa telah bersabda Rasulullah saw:
"Siapa puasa dua puluh tujuh Rejab, maka dituliskan untuknya puasa enam puluh bulan. Itulah hari di mana untuk pertama kalinya Jibrail turun kepada Nabi saw diisrak-mikrajkan."
Beliau juga bersabda:
"Rejab adalah bulan Allah. Siapa puasa sehari dari bulan Rejab kerana iman dan mengharapkan akan keredhaan Allah, pasti dia mendapatkan redha Allah yang Maha Agung."
Dikatakan: "Allah menghias bulan-bulan itu dengan empat bulan: Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab." Itulah empat bulan haram yang disebutkan dalam Al-Quran:
"Di antaranya ada empat (bulan) yang mulia." QJS.At-Tubat:36)
Diceritakan bahawa seorang perempuan membaca Surah Al-Ikhlas di Baitul Maqdis setiap bulan Rejab sebanyak dua belas ribu kali. Dia memakai pakaian bulu di bulan Rejab. Kemudian dia jatuh sakit dan berwasiat kepada anaknya agar pakaian itu dikuburkan bersamanya. Namun ketika meninggal, dikafani dengan kafan yang elok. Maka si anak bermimpi melihat ibunya berkata: "Aku tidak redha kepadamu kerana kamu tidak melakukan wasiatku." Si anak lalu terbangun dan terkejut Kemudian anak itu mengambil pakaian bulu ibunya di situ. Dia hairan. Kemudian ada suara memanggil: 'Tidakkah kau tahu, bahawa orang yang taat kepada-Ku di bulan Rejab,tidakakan Kubiarkan dia sendirian di liang lahat!"
Dirawikan, bahawa ketika sepertiga malam hari Jumaat bulan Rejab, semua malaikat memohon diampunkan untuk orang yang berpuasa di bulan Rejab."
Dari Anas ra, dia berkata: 'Telah bersabda Rasulullah saw:
"Siapa berpuasa tiga hari dari bulan haram, dituliskan untuknya pahala ibadah sembilan ratus tahun." Dan berkata Anas ra: "Pekak sajalah kedua telingaku jika aku tidak mendengarnya dari Nabi saw."
Bulan yang mulia itu ada empat. Malaikat terpilih juga empat Kitab terutama yang diturunkan juga empat. Anggota wuduk juga empat Kalimat tasbih yang terutama juga empat, iaitu 'subhana Allah, walhamdu lillah, lailaha ilia Allah, wa Allahu Akbar'. Pokok hitungan juga empat sa, puluh, ratus dan ribu.Waktu juga empat: jam, hari, bulan, tahun. Musim juga empat: bunga, hujan, luruh dan kemarau. Watak juga empat: panas, dingin, basah dan kering. Penguasa badan juga empat: kuning, hitam, darah dan dahak. Khulafaur-Rasyidin juga empat: Abu Bakar, Umar, Usman dan Ali ra.
Ad-Dailami merawikan dari Aisyah ra,dia berkata: "Aku mendengar Rasulullah saw bersabda:
"Allah menyiramkan kebaikan pada empat malam: malam Adha, malam Fitri, malam nisfu Syaaban dan malam pertama bulan Rejab."
Ad-Dailami merawikan dari Abi Umamah dari Rasulullah saw, beliau bersabda:
"Ada lima malam, tidak akan doa itu tertolak: malam pertama bulan Rejab,malam nisfu Syaaban,malam Jumaat dan malam AidilFitri dan AidilAdha."
No comments:
Post a Comment