Wednesday, March 18, 2015

Bertaubatlah

BERTAUBATLAH

Bertaubat adalah wajib bagi setiap muslim. Allah swt telah berfirman:

Ertinya: "Wahai orang-orang mukmin, bertaubatlah kamu kepadaAllah dengan taubat nasuha...."(Q.S. At Tahrim: 8)

Rasulullah saw bersabda:


Ertinya: "Barangsiapa suka berjumpa Allah, maka Allah suka berjumpa dengannya. Dan barangsiapa tidak suka berjumpa Allah, maka Allah pun tidak suka berjumpa dengannya."
(Q.S. Al Kahfi: 50)


Pengertian fasik im ada dua macam. Pertama fasik kafir. Kedua fasik fajir.
Fasik kafir adalah orang yang tidak beriman kepada Allah dan Rasul-Nya.

Keluar dari petunjuk dan masuk dalam kesesatan. Sebagaimana disebutkan dalam firman AUah:
"... lalu ia meninggalkan perintah Tuhannya...."
(Q.S. Al Kahfi: 50)


Yakni dia telah membangkang terhadap perintah Tuhannya untuk beriman.
Fasik fajir ialah orang yang meminum arak, memakan benda yang haram, berzina dan maksiat kepada Allah. Ia keluar dari jalan ibadah dan masuk dalam kemaksiatan.Namun tidak sampai pada batas syirik.

Perbezaan keduanya adalah bahawa fasik kafir tidak akan diampunkan
kecuali dengan bersyahadat dan bertaubat sebelum dia meninggal. Sedangkan fasik fajir masih boleh diampunkan dengan bertaubat dan menyesal sebelum dia mati. Sesungguhnya setiap maksiat yang datang dari syahwat dan nafsu masih boleh diampunkan. Sedangkan setiap maksiat yang datang dari kesombongan tidak akan diampunkan. Sebagaimana punca kemaksiatan iblis adalah daripada watak kesombongannya. Oleh kerana itu seharusnya engkau bertaubat atas dosa- dosamu sebelum mati. Dengan harapan semoga Allah menerima taubatmu.


Allah swt berfirman:

Ertinya: "Dia yang menerima taubat dari hamba-hamba-Nya dan
memaafkan kejahatan mereka...."(Q.S. Asy Syura: 25)

Dan Rasulullah saw juga bersabda:



Ertinya: "Orang yang bertaubat dari dosa, bagaikan orang yang
tidak berdosa."



Diceritakan bahawa jika seseorang berdosa, dituliskan dosa itu dalam buku catatan. Dan ketika di suatu hari ia berdosa lagi, maka dibukalah buku untuk mencaiatnya dan di situ pasti terdapat firman Allah:
"... maka Allah akan menggantikan kejahatan mereka dengan kebaikan..."
(Q.S. Al Furqan: 70).


Yakni tempat syirik akan diganti iman. Zina akan diganti ampunan dan tempat maksiat akan diganti dengan taat.

Diceritakan bahawa Umar bin Khathab berjalan-jalan di pinggir kota. Beliau melihat seorang pemuda membawa botol disorok di balik bajunya. Lalu Umar berkata, "Wahai pemuda, apa yang engkau sorokkan di balik bajumu itu?" Sebenarnya ia membawa arak namun takut untuk mengatakannya. Maka dalam hatinya berdoa, "Ya Tuhanku, jangan Engkau beri aku malu di hadapan Umar,jangan Engkau bukakan rahsiaku kepadanya. Aku berjanji tidak akan minum arak selamanya." Kemudian pemuda itu berkata, "Wahai Amirul Mukminin, yang aku bawa ini adalah cuka." Lalu Umar berkata, "Cuba bawa ke sini aku lihat." Kemudian pemuda itu mengeluarkannya dan diperiksa oleh Umar dan ternyata memang benar arak im bertukar menjadi cuka. Maka lihatlah kepada makhluk yang bertaubat hanya kerana takut kepada makhluk saja, Allah lantas mengganti araknya dengan cuka kerana tahu keikhlasan dia bertaubat. Maka seandainya orang yang melakukan kejahatan, ia lantas bertaubat nasuha dan menyesali dosanya, tentu Allah akan menerima taubatnya. Allah akan menukar arak kejahatan kepada cuka ketaatannya.

Tersebut pula dari Abu Hurairah ra, dia berkata: Pada suatu malam, setelah solat Isyak, aku keluar bersama Rasulullah saw. Ketika berjalan aku berjumpa dengan seorang wanita dia berkata, "Wahai Aba Hurairah, sesungguhnya aku tengah melakukan dosa. Apakah aku masih boleh bertaubat?" Kemudian kutanya dia, "Apakah dosamu itu?" Dia berkata, "Aku telah berzina dan membunuh anakku hasil dari zina." Lalu aku berkata kepadanya, 'Terlaknatiah engkau. Terlaknatiah engkau. Demi Allah, taubatmu tidak akan diterima." Lalu wanita itu keluar dengan hati sedih dan pergi. Maka aku terfikir dalam hatiku. Mengapa aku berfatwa. Sedangkan Rasul berada di samping kami. Maka aku segera pergi menemui baginda. Lalu baginda berkata: "Engkau sudah salah. Apakah engkau tidak mendengar ayat

"Dan orang-orang yang tidak menyembah Tuhan yang lain bersama Allah.... Maka Allah akan mengganti kejahatan mereka dengan kebaikan...."
(Q.S. Al Furqan: 68-70)

Kemudian aku keluar dan berkata, "Siapa boleh menunjukkan padaku wanita yang bertanya kepadaku tentang suatu masalah?" Lalu anak-anak berkata, "Dia telah gila wahai Abu Hurairah!" Namun kucari dia sampai bertemu dan aku khabarkan kepadanya bahawa taubatnya masih boleh diterima. Lalu dia menjerit kegirangan sambil berkata, "Aku ada kebun. Maka aku sedekahkan ia kerana Allah dan Rasul-Nya."

Riwayat: Dari Utbah al-Ghulam ra, dia termasuk ahli fasik dan fujur. Terkenal suka membuat onar dan minum arak. Pada suatu hari dia masuk ke majlis Hasan al-Basri saat beliau sedang membaca tafsir ayat:

"Belumlah tiba waktunya bagi orang-orang yang beriman, bahawa tunduk hati mereka untuk mengingati Allah...."
(Q.S. Al Hadid: 16)

Nasihat yang diberikannya amat mengetuk hati hadirin sehingga mereka menangis. Kemudian ada seorang pemuda berdiri, seraya berkata, "Ya Sheikhul Mukminin! Adakah Allah menerima taubat orang fasik fajir seperti aku ini?" Lalu Syeikh menjawab, "Benar, AUah akan menerima taubat atas kefasikan dan kebiadapanmu." Ketika Utbah al-Ghulan mendengar ucapan itu, wajahnya nampak girang, tubuhnya gementar, menjerit dan jatuh pengsan. Ketika dia sedar, Hasan lalu mendekatinya seraya membacakan syair:

Wahai pemuda yang maksiat kepada Rabbul Izzati
Tahukah engkau balasan orang yang derhaka
Baginya Neraka Syair penuh gemuruh nyala api
Di hari tidak boleh berbuat apa-apa lagi
Jika tahan api neraka berbuatlah derhaka
Jika tidak tinggalkannya saja
Atas dosa yang telah engkau perbuat
Hapuskanlah sungguh-sungguh dengan bertaubat.

Mendengar syair itu kembali Utbah menjerit dan jatuh pengsan. Dan ketika telah sedar dia berkata, "Wahai Syeikh, apakah Allah menerima taubat orang hina seperti aku ini?" Kemudian Syeikh berkata, "Apakah diterima taubat hamba yang membuat maksiat selain Tuhan yang Maha Pemaaf?" Lalu pemuda im menghadapkan kepalanya ke langit dan memanjatkan tiga buah doa. Pertama dia berkata, "Ya Tuhanku, Jika Engkau terima akan taubatku serta mengampuni dosaku, muliakanlah aku dengan faham dan hafalan, sehingga aku hafal setiap Umu dan ayat yang aku dengar." Kedua dia berkata, "Ya Tuhanku, muliakanlah aku dengan memiliki suara yang bagus. Sehingga orang yang mendengar ayat dariku bertambah iman dalam hatinya. Meskipun dia berhati keras." Ketiga dia berkata, "Wahai Tuhanku, muliakanlah aku dengan rezeki yang halal. Berilah aku rezeki dari sesuatu yang tidak kuduga." Kemudian Allah mengabulkan semua doanya. Sehingga bertambahlah kefahaman dan hafalannya. Ketika dia membaca Al Quran, maka sedar dan bertaubatlah setiap orang yang mendengarnya. Setiap hari di rumahnya ada segelas minuman yang lazal dan dua potong roti. Tidak seorang pun yang tahu siapa yang meletakkanya sehinggalah dia meninggal dunia. Demikian inilah keadaan orang yang bertaubat kepada Allah. Sesungguhnya Allah tidak akan mensia-siakan pahala orang yang berbuat baik.

Ada sebahagian ulama ditanya, "Apakah seseorang itu tahu bahawa taubatnya itu diterima atau ditolak?" Lalu ulama itu menjawab, "Tidak ada kepastian dalam hal itu. Akan tetapi ada tanda-tandanya. Bagi orang yang diterima taubatnya, dia akan sentiasa menjaga dirinya dari maksiat Dalam hati seolah tidak ada kegembiraan dan sentiasa mengingat Allah. Dia suka bergaul dengan orang-orang soleh dan menjauhi orang fasik. Dia menganggap banyak terhadap dunia yang sedikit. Tetapi dia menganggap sedikit terhadap amal Akhirat yang banyak. Hatinya sentiasa terpaut dengan sesuatu yang telah diwajibkan Allah atas dirinya. Dia jaga mulutnya. Selalu berfikir, bersedih dan menyesal atas dosa yang telah dilakukan."

No comments:

Post a Comment