Lupa Kepada Allah SWT
Lupa kepada Allah akan menambah kerugian, menghilangkan nikmat dan menghalangi pengabdian. Bahkan di samping itu, dapat pula menambah kedengkian dan penyesalan.
Diceritakan bahawa sebahagian orang soleh bermimpi berjumpa dengan gurunya. Kemudian dia bertanya kepada guru itu, "Apakah kerugian yang lebih besar engkau rasakan?" Gurunya menjawab, "Lupa kepada Allah."
Dirawikan pula sebahagian mereka bermimpi bertemu Zun-Nun Al Masri. Kemudian dia bertanya, "Apakah yang Allah lakukan terhadapmu?" Zun-nun menjawab, "Allah memanggilku menghadap-Nya seraya berkata, "Wahai orang yang mengaku-ngaku, wahai pendusta, engkau mengaku cinta pada-Ku. Namun kemudian engkau melupakan-Ku."
Engkau selalu lupa Sedang hatimu tetap lalai.Padahal umur kian tiadaNamun dosamu makin bertambah
Diceritakan pula seorang lelaki soleh bermimpi berjumpa ayahnya. Kemudian dia bertanya, "Wahai ayah, bagaimana keadaanmu?" Ayahnya mengatakan, "Wahai anakku, dahulu aku hidup lalai dan mati pun dalam keadaan lalai."
Tersebut dalam kitab 'Zahrir Riyadh', bahawa Yaaqub as bersahabat dengan Malaikat Maut. Maka pada suatu ketika Malaikat Maut datang kepada Yaaqub. Yaaqub berkata, "Wahai Malaikat Maut engkau datang untuk berziarah atau untuk mencabut nyawaku?" Malaikat Maut menjawab, "Untuk berziarah saja." Lalu Yaaqub berkata, "Aku mempunyai permintaan kepadamu." Malaikat Maut bertanya, "Apakah permintaanmu?" Yaaqub menjawab, "Bila ajalku telah dekat dan engkau hendak mencabut nyawaku, hendaklah kau beritahu aku terlebih dulu." Malaikat Maut menjawab, "Baiklah, aku akan mengutus kepadamu dua atau tiga utusan." Maka ketika ajal Yaaqub telah sampai, Malakul Maut datang lagi kepadanya, lalu ditegur Yaaqub, "Apakah engkau datang untuk berziarah atau untuk mencabut nyawaku?" Malaikat Maut menjawab, "Aku datang adalah untuk mencabut nyawamu." Yaaqub bertanya dengan hairan, "Bukankah engkau telah berjanji kepadaku hendak mengutus dua atau tiga utusan terlebih dahulu?" Malaikat Maut menjawab, "Benar dan aku telah melakukannya. Putihnya rambutmu setelah hitam, lemahnya badanmu setelah kuat dan membongkoknya tubuhmu setelah tegap, itu adalah utusanku wahai Yaaqub kepada manusia sebelum ia mati."
Waktu terus berlalu
Sedangkan dosa kian bertambah
Malaikat Maut datang bertamu
Namun hati tetap lalai
Nikmatmu di dunia
Hanyalah kepalsuan dan kerugian
Hidupmu di dunia
Adalah muhal dan batil.
Abu Ali Ad Daqaqi berkata:
"Aku datang menjenguk lelaki soleh sedang sakit. Dia dikerumuni oleh murid-muridnya. Dia memang seorang guru besar. Ketika itu dia kelihatan menangis. Padahal umurnya memang sudah lanjut. Maka kutanya dia, "Wahai Syeikh, apakah engkau menangisi dunia ini?" Dia menjawab, "Bukan. Aku menangis kerana aku tidak boleh melakukan solat lagi." Aku bertanya lagi, "Mengapa demikian, padahal engkau telah banyak solat." Dia menerangkan, "Kerana ini hari terakhir bagiku. Padahal aku sujud dalam keadaan lalai. Aku angkat kepalaku pun dalam keadaan lalai. Jangan-jangan aku mati dalam keadaan lalai juga." Kemudian dengan nafas terpulus-pulus dia membacakan syair:
Kufikirkan hari perhimpunan dan Kiamat
Juga tertanamnya pipiku di bawah pusara
Sendirian, tanpa teman, setelah mulia dan jaya
Tubuhku tergadai dengan tanah liat
Kurenungkan panjang dan lebarnya hisab
Juga hinanya makamku waktu diberi kitab
Namun harapanku kepada Engkau
Wahai Tuhanku
Wahai Penciplaku
Engkau ampuni kesalahanku.
Dalam kitab 'Uyunil Akhbar' juga disebutkan. Daripada Syaqiq al Balkha, dia berkata:
"Manusia itu berbicara tiga hal. Namun bertentangan dengan perbuatan mereka. Mereka berkata, "Kami hamba Allah." Akan tetapi mereka berbuat bebas. Mereka katakan, "Allahlah yang menanggung rezeki kami." Namun hati mereka hanya akan tenang jika bersama harta. Ini bertentangan dengan ucapan mereka. Kemudian mereka juga berkata, "Kami mesti akan mati." Padahal mereka berbuat bagaikan orang yang tidak akan mati.Ini pun bertentangan dengan ucapan mereka. Lihatlah dirimu wahai saudaraku! Dengan badan yang mana engkau mengadap Allah? Dengan lisan apakah engkau akan menjawabNya? Lalu apa katamu jika Dia bertanya? Siapakah jawapan yang benar atas pertanyaan itu! Takutlah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang engkau perbuat. Kemudian nasihatilah orang-orang mukmin agar tidak meninggalkan apa yang telah diperintahkan-Nya, serta agar mereka mengesakan-Nya dalam bersendirian dan dalam ramai."
Tersebut dalam hadis daripada Rasulullah saw, beliau bersabda:
"Tertulis di Arasy, 'Aku menuruti orang yang taat kepada-Ku. Aku menyintai orang yang menyintai-Ku. Aku kabulkan orang yang berdoa kepada-Ku. Dan Kuampuni orang yang mohon ampun kepada-Ku."
Hendaklah orang yang berakal taat kepada Allah dengan takut dan ikhlas. Redha terhadap keputusan-Nya. Sabar atas bala-Nya. Syukur atas nikmat-Nya serta menerima atas pemberian-Nya.
Allah swt berkata: "Barangsiapa tidak redha dengan keputusan-Ku, tidak sabar atas pemberian-Ku, tidak bersyukur atas nikmat-Ku serta tidak menerima akan pemberian-Ku, hendaklah dia mencari Tuhan selain Aku."
Seorang lelaki berkata kepada Hasan al-Basri ra, "Aku tidak menemukan kelazatan dalam taat." Lalu Hasan berkata kepadanya, "Barangkali engkau memandang dalam wajah orang yang tidak takut kepada Allah. Ibadah bererti engkau meninggalkan segala sesuatu kerana Allah."
Seorang lelaki berkata kepada Abi Yazid, "Aku tidak menemukan lazatnya taat." Lalu Yazid menegaskan, "Itu kerana engkau menyembah taat. Bukan menyembah Allah. Sembahlah Allah, sampai engkau menemukan kelazatan taat!"
Diceritakan bahawa seorang lelaki sedang bersolat. Ketika dia membaca "Iyyaka nak budu" (Kepada-Mu aku menyembah) dia berasa telah menyembah Allah dengan bersungguh-sungguh, tiba-tiba dalam nuraninya ada yang mengatakan, "Engkau bohong. Engkau hanyalah menyembah makhluk." Segera dia bertaubat dan memisahkan diri daripada manusia. Ketika tiba malam dia solat dan bila sampai membaca "Iyyaka nak budu", ada lagi yang berkata, "Bohong. Engkau hanya menyembah pada hartamu." Maka segera dia sedekahkan seluruh hartanya. Namun ketika dia solat lagi dan sampai membaca, Iyyaka nak budu", ada yang berkata kepadanya, "Kini telah benar. Engkau menyembah Tuhanmu."
Dalam kitab Raunaqul Majalis diceritakan: "Ada seorang lelaki kehilangan sukatan yang diperbuat daripada bulu. Dia tidak tahu siapa yang mengambilnya. Ketika dia tengah solat, tiba-tiba dia teringat siapa yang mengambilnyu. Dengan sebab itu dia cepai-ccpat menghabiskan solatnya dan berkata kepada pelayannya, "Pergilah kepada si fulan. Ambillah sukatanku daripadanya." Pelayan itu bertanya, "Bila tuan mengingatinya?" Tuannya menjawab, "Ketika aku solat." Kemudian pelayannya berkata, "Rupanya tuan mencari sukatan bukan mencari Allah." Hati tuannya tercuit. Lantas pelayan itu dimerdekakan berkat iktikadnya.”
Sayugianya bagi orang berakal hendaklah dia meninggalkan dunia, menyembah kepada Allah, memikirkan apa yang akan dihadapinya, serta menghendaki Akhirat Sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Allah:

Ertinya: "Barangsiapa menghendaki tanaman (pahala) Akhirat, Kami tambahi pahalanya itu, dan siapa menghendaki tanaman (pahala) dunia, Kami berikan kepadanya, dan tiada akan bahagiannya di Akhirat."
(Q.S. Asy Syuraa: 20)
Oleh kerana itu Abu Bakar ra mendermakan empat puluh ribu dinar secara sembunyi kepada Nabi saw, serta empat puluhribudinar secara terang-terangan. Sehingga dia tidak mempunyai apa-apa lagi. Dan sesungguhnya Rasulullah saw berserta keluarganya adalah orang yang berpaling dari dunia, keindahan dan kelazatannya.
No comments:
Post a Comment