Kewajipan Isteri Terhadap Suami
Dalam soal ini telah banyak diceritakan oleh Hadis Nabi saw. Antara lain beliau bersabda: "Setiap perempuan yang mati di mana sang suami rela kepadanya, pasti dia masuk syurga."
Seorang lelaki keluar hendak pergi dan berjanji kepada isterinya agar jangan tumn dari mmahnya di bahagian atas ke bawah. Padahal ayah si isteri sedang sakit di bawah. Si isteri menyampaikan utusan kepada Rasulullah saw mohon izin turun menziarahi ayahnya. Rasulullah saw berkata: "Taatilah suamimu!" Sehingga ayahnya meninggal. Maka dia menyampaikan utusannya lagi kepada RasuluUah saw mohon izin tumn menziarahi ayahnya. RasululuUah saw mengatakan: 'Taatilah suamimu." Kemudian ayahnya meninggal, dan nabi menyampaikan utusannya kepada perempuan itu serta mengkhabarkan kepada- nya bahawa ayahnya telah mendapatkan ampunan dari Allah swt sebab ke- taatannya kepada suaminya.
Juga Rasulullah saw bersabda:
"Manakala seorang perempuan telah solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga farajnya dan mentaati suaminya, masuklah dia ke syurga Tuhan-Nya..."
Rasulullah saw bersabda:
"Aku melihat isi neraka temyata kebanyakan penghuninya adalah perempuan." Kami bertanya: "Mengapa wahai RasuluUah? Beliau berkata: "Merekabanyakbersumpahdanmeremehkansuamiyang miskin." Dari riwayat lain: "Aku melihat syurga, temyata sedikit sekali perempuan." Aku bertanya: "Di manakah perempuan?" Beliau berkata: "Mereka sibuk dengan arak, emas dan zdfarah (parfum). "
Aisyah ra berkata: "Seorang gadis datang kepada Rasulullah saw, dia berkata: " Ya Rasulullah, aku seorang gadis yang telah dilamar. Namun aku tidak suka berkahwin. Maka apakah kewajipan isteri terhadap suami?" Rasulullah saw bersabda:
"Kalau dari hujung rambutnya sampai ke hujung kakinya penuh nanah, lalu kamu menyikatnya, itu pun belum cukup kesyukuranmu kepadanya." Gadis itu berkata: "Aku tidak akan berkahwin!" RasuluUah berkata: "Kawinlah! Itu lebih baik."
Telah berkata Ibnu Abas ra, bahawa: "Seorang perempuan dari Khats'am datang kepada Rasulullah saw lalu berkata: "Aku ini gadis yang telah dewasa dan aku ingin sekali berkahwin. Maka apakah hak suami itu?" Rasulullah saw bersabda:
"Hak suami yang ada pada isteri adalah jika suami menginginkannya maka ia tidak boleh menolaknya. Janganlah isteri memberikan sesuatu dari dalam rumahnya kecuali dengan izin suami. Jika isteri melakukan demikian, maka dia berdosa dan pahalanya untuk si suami. Termasuk haknya pula hendaknya se- orang isteri tidak berpuasa kecuali ia telah mendapat izinnya. Jika dia lakukan (tanpa izinnya) maka dia hanya lapar dan dahaga sahaja serta puasanya tidak diterima. Dan jika isteri keluar dari rumah tanpa mendapat izin dari suaminya, maka para malaikat melaknatinya sampai dia kembali ke rumahnya atau bertaubat."
RasuluUah saw bersabda:
"Kalau boleh aku perintah kepada seseorang agar bersujud kepada seseorang, maka aku perintahkan kepada perempuan agar bersujud kepada suaminya, kerana betapa besar hak suami ke atas isteri."
Beliau bersabda pula:
"Yang terdekat seorang isteri kepada Tuhannya adalah manakala dia sedang berada di dalam rumahnya. Dan sesungguhnya solatnya di halaman rumahnya, lebih utama daripada solatnya di masjid. Sedang solatnya di dalam rumahnya lebih utama daripada solatnya di halaman rumahnya. Dan solatnya di biliknya lebih utama daripada solatnya di rumahnya.
Oleh kerananya Rasulullah saw bersabda:
"Perempuan itu aurat. Ketika dia keluar, syaitanlah yang menyambutnya."
Juga beliau bersabda:
"Perempuan itu punya sepuluh aurat. Jika dia telah kahwin, maka suami menutupi satu aurat. Jika dia telah mati, maka kubur menutupi sepuluh aurat.
Memang, kewajipan isteri terhadap suami amat banyak. Yang terpenting ada dua, iaitu menjaga dan menutupi. Kemudian jangan meminta di luar kemampuan suami sehingga mendorong suaminya membuat pekerjaan haram. Demikianlah kebiasaansteri pada zaman dahulu. Jika suami keluar mmah, isteri atau anak- nya berkata: "Takutlah dari usaha haram. Kami tahan berlapar dan miskin dari memakan yang haram. Sungguh tidak ada penolong atas neraka." Bahkan per- nah seorang lelaki salaf hendak pergi. Rupanya tetangga dia tidak menyukai pemergiannya. Mereka berkata kepada isterinya lelaki itu: "Mengapa engkau relakan pemergiannya? Dan tidak meninggalkan nafkah untukmu? Si isteri itu berkata: "Sejak aku kenal, suamiku memang banyak makan dan tidak kulihat banyak rezeki. Sedang aku ada Tuhan Pemberi rezeki. Oleh kerananya pergilah tukang makan dan tinggallah yang diberi rezeki."
Termasuk kewajipan seorang isteri hendaklah dia tidak membazir harta suaminya. Bahkan dia mesti menjaganya. Rasulullah saw bersabda:
"Tidak halal isteri memberi makanan dari rumah suaminya melainkan dengan izinnya kecuali makanan yang telah lama dan dikhuatirkan akan basi. Jika dia memberi makan dengan mendapatkan redha suami, maka untuk isteri seperti pahala suami tapi bila dia beri makan tanpa mendapat izinnya, maka bagi suami mendapatkan pahala dan bagi isteri mendapatkan dosa."
Asma' bind Kharijah al-Fazari berkata kepada anak perempuannya ketika berkahwin: "Kamu telah keluar dari sangkar di mana kamu tinggal. Kini kamu hendak pergi kepada selimut di mana engkau tidak mengenalinya serra teman di mana kamu belum biasa. Maka hendaklah kamu menjadi tanahnya, tenm dia akan menjadi langitmu. Hendaklah kamu menjadi atapnya, dia akan menjadi tiangmu. Hendaklah kamu menjadi umatnya, maka dia akan menjadi 'abdmu. Jangan kamu merenungnya sehingga ia melepasmu dan jangan pula kamu menjauhinya sehingga dia melupakannya. Jika dia mendekatimu, dekatlah kepadanya. Jika dia sedang menjauhimu, jauhilah dia. Jagalah hidungnya, telinganya, dan kedua matanya. Jangan sampai dia mencium darimu melainkan yang baik. Jangan sampai dia mendengar melainkan yang elok. Dan jangan sampai dia melihat melainkan yang indah."
Seorang lelaki berkata kepada isterinya:
Maafkanlah aku, kan abadi cinraku.
Janganlah kamu imbangi kemarahanku.
Jangan kau pukul (perasaan)ku.
Kau tidak tahu bagaimana rasanya orang kehilangan. Jangan kau suka mengadu
Cintaku akan hilang. Kulihat singa di hati ini Jika disakiti dia akan lari.
No comments:
Post a Comment