Fadhilat Berwudhuk
Rasulullah saw bersabda:“Barangsiapa berwuduk dengan baik dan solat dua rakaat tanpa memikirkan dunia ketika itu, maka dia akan keluar dari dosanya seperti di hari dia dilahirkan ibunya.”
Rasulullah saw bersabda:“Tidakkah ingin kuceritakan padamu amal yang menyebabkan Alllah menghapuskan dosa dan mengangkat darjat? Ialah menyempurnakan wuduk di saat tidak disukai (dingin), melangkahkan kaki ke masjid, dan menantikan solat setelah solat….”
Dan Rasulullah saw berwuduk sekali-sekali lalu bersabda:
“Ini wuduk yang tidak bakal menerima solat melainkan dengannya.”
Lalu Rasulullah wuduk dua kali-dua kali dan berkata:
“Allah akan memberinya pahala dua kali”
Kemudian Rasul wuduk tiga kali-tiga kali sambil berkata:
“Inilah wuduk dan wuduk para nabi sebelumku, serta wuduk Khalil Ar-Rahman, Ibrahim as.”
Rasulullah saw bersabda:
“Siapa ingat Allah saat ia berwuduk, Allah akan menyucikan seluruh jasadnya. Dan siapa yang tidak ingat Allah, Allah pun tidak mensucikannya, kecuali apa yang tersiram oleh air saja.”
Rasulullah saw bersabda:
“Siapa wuduk masih suci, Allah akan menulis untuknya sepuluh kebaikan.”
Dan sabda beliau:
“Wuduk di atas wuduk adalah nur di atas nur.”
Dan ini semua adalah perintah agar memperbaharui wuduk. Rasulullah saw bersabda:
“Manakala orang muslim berwuduk, lalu dia berkumur, keluarlah dosa dari mulutnya, jika dia menghisap air dengan hidung, maka keluarlah dosa dari hidungnya, jika ia membasuh muka, keluarlah dosa dari mukanya dan keluar pula dari pelupuk matanya, manakala ia membasuh kedua tangannya, maka keluarlah dosa dari kedua tangannya hingga dari bawah kuku-kukunya, manakala ia mengusap kepalanya, keluarlah dosa dari kepalanya serta dari bawah kedua telinganya, dan manakala ia membasuh kedua kakinya, maka keluarlah dosa dari kedua kakinya serta dari bawah kuku kakinya. Kemudian ia mendapat pahala berjalan ke masjid dan solat sunat.”
Dirawikan bahawa orang yang suci itu seperti orang yang berpuasa. Rasulullah saw bersabda:
“Barangsiapa berwuduk dengan baik kemudian menghadapkan pandangannya ke langit sambil berdoa (yang ertinya): “Aku bersaksi sesungguhnya tidak ada Tuhan selain Allah. Esa dia .Tidak ada menyerupai bagi-Nya. Dan aku bersaksi sesungguhnya Muhammad itu hamba dan utusan-Nya.”
Maka lapan pintu Syurga dibukakan untuknya, dan dia masuk dari mana-mana pun yang dia mahu.” Umar ra berkata: “Sesungguhnya wuduk yang baik dapat mengusir syaitan darimu.” Mujahid berkata: “Barangsiapa mampu tidak tidur malam dan dipenuhi malam dengan bersuci berzikir dan memohon ampun. Sesungguhnya roh itu dibangkitkan dalam keadaan bagaimana ia dicabut.”
Dirawikan bahawa Umar bin Khattab ra menghadap seorang lelaki sahabat Rasulullah saw ke kota untuk memasang akan kiswah Ka’abah. Lelaki itu lalu pergi ke gereja pendita yang amat alim di Syam. Mendengar kealimannya, utusan Umar itu ingin menjumpainya. Dia mengetuk pintu rumahnya tetapi lama tidak dibukakan. Kemudian dia masuk ke gereja dan bertanya. Dia hairan dan bertanya. Mengapa lama pintu tidak dibuka.
Maka pendita itu berkata padanya: “Kulihat kedatanganmu membawa utusan haibah raja, maka kau hendak membuatku segan (takut). Sebab lama aku tidak membukakan pintu untukmu, kerana Allah swt berkata kepada Musa as:
“Wahai Musa, jika engkau takut kepada penguasa, maka bewuduklah dan perintahkan keluargamu agar wuduk. Barangsiapa berwuduk maka ia dalam penjagaan-Ku dari apa yang dia takutkan.
Aku pun mengunci pintu untuk orang sepertimu sebelum aku dan semua orang di rumahku berwuduk kemudian solat. Kami merasa aman oleh kerananya dan kemudian kami membukakan pintu itu untukmu.”
No comments:
Post a Comment