Sunday, April 12, 2015

Keutamaan Solat Malam

Keutamaan Solat Malam

Allah Azza Wa Jalla berfirman:

Ertinya: "Sesungguhnya Tuhanmu mengetahui bahawa engkau solat di malam hari, kurang dari dua pertiga malam."(Q.S. Al-Muzammil: 20)."Sesungguhnya beribadah pada malam, lebih tepat dalam hati dan lebih lurus bacaannya."(Q.S. Al-Muzzammil: 6).

"Rusuk (lambung) mereka terjauh dari tempat berbaring." (Q.S. As- Sajdah: 16).


"Adakah orang yang taat (patuh mengikuti Allah) pada waktu malam...."
(Q.S. Az-Azumar: 9).


"Dan orang-orang yang pada malam hari bersujud dan solat kepada Tuhannya.
(Q.S. Al-Furqan: 54).


"Minta tolonglah kamu (kepada Tuhan) dengan kesabaran dan (mengerjakan) solat."
(Q.S. Al-Baqarah: 45).


Rasulullah saw berbsabda:
"Sewaktu salah seorang kamu tidur, di pembaringanmu syaitan mengikatkan tiga ikatan. Pada malam yang panjang, hendaklah kamu bangun. Jika telah bangun dan berzikir kepada Allah, maka lepaslah satu ikatan. Jika berwuduk, lepaslah satu ikatan dan apabila solat, lepaslah satu ikatan lagi. Sehingga apabila kau bangun di waktu pagi dengan penuh semangat dan berjiwa lapang. Jika tidak, maka jiwamu sempit dan malas."


Dalam hadis, Nabi saw, bahawa seorang lelaki tidur sepanjang malam sampai pagi. Lalu Nabi bersabda:
"Syaitan telah menutup telinga lelaki itu."

Dalam hadis lain pula:
"Syaitan itu ada bius, sirap dan serbuk. Jika seseorang terkena biusnya, buruklah akhlaknya. Jika diminumi sirapnya, tentu mulutnya
jahat. Dan jika dimakan serbuknya, tidurlah di sampai pagi."

Rasulullah saw bersabda:
"Solat dua rakaat di tengah malam, adalah lebih baik bagi seorang hamba daripada dunia seisinya. Jika ia tidak memberatkan umatku, tentu aku mewajibkan ke atas mereka sembahyang malam."

Dalam hadis sahih, dari Jabir ra, bahawa Nabi saw bersabda:
"Ada waktu di sebahagian malam apabila seorang memohon, pasti Allah akan mengabulkannya."

Dalam suatu riwayat: "Dan itu setiap malam." Al-Mughirah bin Syu'bah berkata: "Rasulullah saw beribadah di tengah malam sampai pecah-pecah kedua tapak kakinya. Maka ditanyakan kepadanya: "Bukankah Allah telah mengampuni semua dosamu yang terdahulu dan yang kemudian?" Beliau menjawab: "Tidakkah sepatutnya aku menjadi hamba yang bersyukur?" Ini menunjukkan syukur merupakan sebab mendapatkan tambahan.
"Demi, jika engkau bersyukur, Aku tambahi kamu." (Q.S.Ibrahim: 7).

Rasulullah saw bersabda:
"Wahai Abu Hurairah, inginkah engkau mendapatkan rahmat Allah ketika hidup dan mati, dikuburkan dan dibangkitkan?" Bangunlah di tengah malam dan solatlah! Bukankah engkau inginkan redha Tuhanmu, wahai Abu Hurairah? Solatlah di sudut rumahmu, maka nur rumahmu di langit seperti cahaya bintang bagi penghuni bumi."

Rasululah saw bersabda:
"Hendaklah engkau beribadah malam. Itulah kebiasaan orang-orang soleh sebelummu. Sesungguhnya qiamulail (ibadah malam) itu mendekatkan diri kepada Allah swt menghapuskan dosa, menghilangkan penyakit dari jasad dan menghindarkan dosa.

Rasulullah saw bersabda:
"Seseorang setelah solat malam, kemudian dia tertidur, maka pahala solat ditulis untuknya dan tidurnya sebagai sedekah baginya."

Rasulullah saw bersabda kepada Abu Zar: "Bila engkau hendak pergi, perlukah engkau bawa bekalan?" Abu Zar menjawab: "Ya." Beliau bersabda: "Bagaimana engkau menempuh jalan Kiamat? Tidakkah kau ingin, wahai Abu Zar, aku ceritakan sesuatu yang bermanfaat bagimu pada hari itu?" Abu Zar menjawab: "Ya."

Rasulullah bersabda:
"Puasalah di hari yang amal panas untuk hari kebangkitan. Solatlah dua rakaat di kegelapan malam untuk keganasan kubur. Dan berhajilah untuk hal-hal yang amat agung. Bersedekahlah kepada orang miskin, atau dengan kalimat yang benar yang engkau katakan, atau pula dengan tidak mengatakan kalimat buruk."

Dirawikan bahawa pada zaman Nabi saw, manakala orang telah mengambil tempat tidur dan memejamkan mata, seorang lelaki bangun dan solat, membaca Al-Quran dan berkata: "Wahai Tuhan, jauhkanlah aku dari Neraka." Hal itu diberitahukan kepada Nabi saw, kemudian beliau berkata: "Jika demikian tunjukkan di mana dia!" Kemudian Nabi saw datang kepada orang itu dan mendengarkan munajatnya. Setelah pagi Nabi saw datang kepada orang itu dan mendengarkan munajatnya.

Setelah pagi Nabi saw berkata: "Wahai fulan, mengapa engkau tidak meminta Syurga?" Orang itu menjawab: "Wahai Rasulullah, aku tidak layak untuknya. Amalku tidak cukup untuk mencapainya." Tidak lama kemudian Jibril datang dan berkata: "Khabarkan kepada si fulan bahawa Allah telah menjauhkannya dari Neraka dan memasukkannya ke Syurga."


Dirawikan bahawa Jibril as berkata kepada Nabi saw: "Sebaik-baik lelaki adalah Umar, kalau dia solat malam." Nabi lalu mengkhabarkan hal itu kepada Umar, dan setelah itu Umar selalu melakukan solat malam. Nafi' berkata: "Umar solat malam." Dia berkata: "Hai Nafi', bangunlah!" Kujawab: "Nanti-lah." Kemudian dia berdiri lagi untuk solat. Dia berkata: "Wahai Nafi', bangun-lah!" "Ya", jawabku. Umar lalu duduk dan mohon ampun kepada Allah sampai pagi."


Ali bin Abi Talib berkata: "Yahya bin Zakaria suatu malam tidur dalam kekenyangan sampai pagi. Allah swt lalu memberinya wahyu: "Wahai Yahya, apakah telah kau bertemu dengan rumah yang lebih baik daripada berjiran dengan-Ku? Demi kemuliaan dan keagungan-Ku, wahai Yahya, jika kau melihat Syurga, tentu hilanglah gemukmu dan hatimu merindukannya. Dan jika kau melihat Neraka, tentu hilanglah kegemukanmu dan kau akan menangis sehingga habis air matamu!"


Dikatakan kepada Rasulullah saw bahawa si fulan itu tidak solat malam, tetapi di waktu siangnya mencuri pula." Rasulullah saw berkata: "Solatnya akan mencegah dia dari perbuatannya."

Dan Rasullullah saw bersabda:
"Allah mengasihi lelaki yang bangun tengah malam lalu solat dan membangunkan isterinya. Jika dia menolak, jirus air ke mukanya."

Juga Rasulullah saw bersabda:
"Siapa bangun malam lalu membangunkan isterinya dan solat dua rakaat, Allah menuliskan keduanya termasuk orang yang banyak berzikir kepada Allah."

Sabda Nabi saw lagi:
"Yang paling utama setelah solat maktubah, adalah solat malam."
Dikatakan, Imam Bukhari sering sekali mengutarakan dua bait syair ini:

Raihlah dalam kelonggaranmu keutamaan rukuk
Sesungguhnya maut itu tiba-tiba saja.
Betapa banyak engkau lihat orang sihat
Tanpa diduga jiwa melayang juga

No comments:

Post a Comment