Monday, April 13, 2015

Keutamaan Menghormati Tamu Fakir

Keutamaan Menghormati Tamu Fakir

Rasulullah saw bersabda:“Jangan kau membenci tetamu. Siapa yang membenci tetamu sesungguhnya dia membenci AUah dan siapa membenci Allah, maka Dia akan membencinya.”

Juga beliau bersabda:
“ Tidak baik orang yang tidak pernah didatangi tetamu. “

Pemah terjadi, kepada lelaki yang kaya unta dan sapi, Rasulullah pergi menemuinya namun diatidakmelayani behau. Di suatu ketika Rasulullah bertemu perampuan bertemak ayam dan dia menyembelihnya untuk baginda. Maka baginda bersabda: “Akhlak yang demikian ini di tangan Allah. Jika Dia hendak memberikannya kepada makhluk yang baik, Dia lakukan.”

Abu Rafi’ mengatakan: “Telah datang seorang tetamu kepada Nabi saw. Beliau berkta: “Katakan kepada si fulan, orang Yahudi itu, bahawa aku ada tetamu tolong hutangkan aku gandum barang sedikit” Orang Yahudi itu berkata: “Demi Allah, akutidakmahu memberi hutang, kecuali ada jaminannya.” Kemudian aku khabarkan hal itu kepada baginda dan baginda berkata. “Demi Allah, aku ini orang terpercaya di langit dan di bumi. Kalau aku berhutang mesti kubayar. Pergilah! Bawalah bajuku ini untuk jaminannya!”

Ibrahim as, jika hendak makan, keluar dulu barang satu atau dua batu, dia mengajak orang untuk makan bersamanya. Oleh kerana dia digelar sebagai “Bapak tetamu” oleh kerana ketulusan niamya. Sehingga sampai sekarang tetamunya tems menziarahinya. Tiap malam ada rombongan yang makan di tempatnya antara tiga, sepuluh sampai seratus orang.

Pemah RasuluUah saw ditanya: “Apakah iman itu?” Beliau menjawab: “Memberikan makan dan menyampaikan salam.” Juga beliau bersabda:
“Untuk kafarat dan mengangkat darjat adalah memberikan makan dan melakukan solat malam di saat manusia tidur.”

Juga pemah beliau ditanya tentang haji yang mabmr. Beliau menjawab: “Memberi makanan, dan berbicara yang baik.”

Anas ra berkata: “Tiap mmah yang tidak pemah didatangi tidak akan dimasuki malaikat.”

Sesungguhnya hadis yang menyentuh soal menghormati tetamu ini banyak sekali sehingga tidak terhitung.
Alangkah indah kata syair: Bagaimana tidak suka aku ditemui. Dia makan rezekinya sendiri
Dan aku turut mensyukuri.

Setengah hukama mengatakan: “Belum cukup menghormati tamu melainkan dengan wajah berseri, bicara yang lembut dan menyambutnya dengan baik pula.” Penyair yang lain mengatakan:
Kucuba senyumkan tetamuku.
Sebelum makanan dihidangkan.
Kelegaan bukan pada banyaknya hidangan. Tapi wajah manis sangat menyenangkan.

Bagi orang yang mengundang tetamu hendaklah menguramakan orang-orang yang bertaqwa. Bukan orang-orang fasiq. Rasulullah saw bersabda:
“Berikan makananmupada orang baik-baik dalam undanganmu.”

Beliau bersabda lagi:
“Jangan memakan makanan orang taqwa kecuali orang taqwajuga.” Dan hendaknya undangan itu tidak mengkhususkan kepada orang- oran g kaya, tanpa orang-orangfakir.

RasuluUah saw bersabda:
“Seburuk-buruk mamakanan dalam majlis kenduri ialah bila yang diundang ke situ hanya orang-orang kaya tanpa ada orang-orang
fakir.”

Dan hendaknya dalam undangan jangan meninggalkan keluarga, sebab hal itu boleh memutuskan persaudaraan. Serta hendaknya dalam mengundangkan jangan diniadcan bermegah-megahan atau bersombong-sombong. Melainkan untuk memberikan kebahagiaan kepada orang-orang mukmin. Dan hendaknya tidak mengundang orang yang sulit baginya untuk datang sebab bila datang akan mendapatkan kesakitan oleh satu. Dan sayugianya hanya mengundang orang yang suka datang kepadanya (mendatangi undangan).

Sufian mengatakan: “Siapa mengundang orang yang tiada suka datang, maka dia sendiri yang bersalah. Bahkan jika orang itu mendatangi undangan, maka yang mengundang punya dua kesalahan. Kerana orang itu makan dengan hati yang tidak lega.” Adapun memberi makan orang taqwa bererti menolong keraatan. Sedangkan memberi makan orang fasik bererti menolong kefasikan.

Seorang lelaki yang berhati-hati berkata kepada Ibnu Mubarak: “Aku menjahitan baju penguasa, apakah aku termasuk menolong kezaliman?” Dia menjawab; “Tidak.Yang menolong kezaliman adalah yang menjual benang dan kain darimu. Adapun engkau menzalimi jiwamu sendiri.”

Kemudian hukumnya mendatangi undangan adalah sunat muakad. Bahkan untuk suatu undangan tertentu, wajib hukumnya. Nabi saw bersabda: “Kalau aku diundang kepada (hidangan) kikil, aku akan datang. Dan kalau aku diberi cakamya, akan aku terima.”

No comments:

Post a Comment