Wednesday, April 29, 2015

Tipu Daya Dunia

TIPU DAYA DUNIA

Allah swt berfirman:"Wahai orang-orang yang beriman, jangan kamu lalai kerana harta benda dan anak-anakmu daripada mengingati Allah. Barangsiapa berbuat demikian itu. Maka mereka orang yang merugi."(Q.S. Munafiqun: 9)

"Sesungguhnya harta bendamu dan anak-anakmu menjadi cubaan bagimu. Allah di sisi-Nya pahala yang besar."(Q.S. At Taghabun: 15)

Maka rugilah orang yang memilih harta benda dan anak-anaknya daripada apa yang ada di sisi Allah." Janganlah sekali-kali. Sesungguhnya manusia itu amat derhaka. Karena ia melihat dirinya telah kaya raya."
(Q.S. Al Alaq: 6-7)


Tidak boleh menahan derhaka atau kuat ibadah, melainkan berkat per- tolongan Allah jua.
"Kamu telah dilalaikan oleh perlumbaan (memperbanyakkan harta benda dan anak-anak)."
(Q.S. At Takatsur: 1).


Telah bersabda Rasulullah saw:
"Gila harta dan kedudukan, kedua-duanya menumbuhkan kemunafikan dalam hati bagaikan air menumbuhkan sayuran."

Rasululah saw bersabda
"Dua serigala di kandang kambing tidak lebih membuat kerosakan daripada gila kehormatan, harta dan kedudukan dalam agama seorang muslim."

Rasulullah saw bersabda lagi:

“Binasalahorang-orang yang memperbanyakkan (harta) kecuali yang berkata pada yang lain demikian-demikian. Namun mereka itu sedikit."

Ditanyakan, "Siapakah umatmu yang terburuk itu, ya Rasulullah?" RasuluUah menjawab, "Orang-orang kaya."

Rasulullah saw bersabda:
"Akan datang sesudahmu kaum-kaum yang makan makanan yang terlazat, menunggang kuda yang terelok, mengahwini wanita yang tercantik, memakai pakaian yang terbaik, namun perut mereka tidak pernah kenyang,nafsu mereka tidak puasjuga. Mereka buru dunia pagi dan petang. Mereka jadikan dunia sebagai Tuhan. Lalu mereka patuhi perintahnya dan mereka perturutkan keinginannya."

Demikianlah peringatan dari Muhammad bin Abdullah, bagi orang yang menemukan zaman itu. Di mana orang tidak lagi mahu memberi salam, menziarahi orang sakit, menghantarkan jenazah, mahupun menghormati orang tua. Orang yang demikian ini telah merobohkan Islam.

Rasululah saw bersabda:
"Tinggalkan dunia untuk ahlinya! Siapa mengambil dunia lebih dari cukup, maka tidak sedar ia telah mengambil kematiannya."

Rasulullah saw bersabda:
"Manusia berkata: Hartaku-hartaku, adakah hartamu selain yang engkau makan lalu binasa, atau yang engkau pakai lalu rosak, atau pula yang engkau sedekahkan dan berlalu."

Seorang lelaki berkata, "Ya Rasulullah saw, aku tidak suka mati." Rasulullah bertanya, "Apakah kau punya harta?" Lelaki itu menjawab, "Ya." Rasulullah berkata, "Dahulukan (sedekahkan) hartamu. Sungguh hati orang mukmin bersamanya. Jika dia mendahulukannya, tentu suka menyusulnya. Jika disimpan saja, ia pun suka tinggal bersamanya saja."

Rasulullah saw bersabda:
"Ada tiga hal yang mengikuti manusia. Yang pertama sampai roh tercabut. Kedua sampai ke kuburnya dan ketiga sampai ke Mahsyarnya. Yang hanya sampai hingga tercabut nyawanya adalah hartanya. Yang menghantarnya sampai ke kuburnya adalah keluarganya dan yang menghantar sampai ke Mahsyarnya adalah amalnya."

Salman al-Farisi mengirim surat kepada Abi Darda, "Hai saudaraku, takutlah mengumpulkan harta yang tidak kau syukuri. Kudengar Rasulullah saw bersabda:
"Didatangkan pemilik dunia yang dibuatnya untuk taat dan hartanya ada di depannya. Saat ia meniti Sirat, hartanya berkata,"Lalulah, kamu telah berikan hal Allah padaku." Lalu didatangkan pemilik dunia yang tidak taat dan hartanya ada di depannya. Ketika dia meniti Sirat, hartanya berkata, "Celaka, kau tidak memberikan hak Allah kepada yang sepatutnya." Demikian terus sehingga dia meratap dan menjerit."

Dan Rasulullah saw bersabda:
"Ketika seorang hamba meninggal, malaikat berkata, "Apa yang telah ia sedekahkan? Dan manusia bertanya, "Apa yang dia tinggalkan?"

Rasulullah saw juga bersabda:
"Jangan kau sia-siakan hidupmu dengan berabdi kepada dunia."
Dirawikan, seorang lelaki berbuat tidak senonoh kepada Abu Darda'. Maka Abu Darda' berkata, "Ya Allah, siapa berbuat tidak senonoh kepadaku, maka sihatkan badannya, panjangkan umurnya dan perbanyaklah hartanya." Tiga hal itu jadi bala pada pemiliknya. Pernah juga Ali ra memandang dirham di tangannya lalu berkata, "Selama kau tidak keluar dariku, aku tidak akan selamat.

Dirawikan, Umar ra memberi sesuatu kepada Zainab bind Jahsy. "Benda apa ini." Tanya Zainab. Mereka berkata, "Umar mengirimkannya kepadamu." Zainab berkata, "Semoga Allah mengampuninya." Lalu dia buka, dia potong-potong dan dibahagikan kepada keluarganya dan dia menadahkan tangannya lalu berkata, "Ya Allah, jangan sampaikan padaku pemberian Umar setelah tahun ini." Maka dialah isteri Rasulullah yang pertama kali berjumpa dengannya.

Al-Hasan berkata, "Demi Allah, orang yang memuliakan dirham, akan dihinakan Allah." Dikatakan, iblis mengambil dirham dan dinar, meletakkan di keningnya dan menciumnya lalu berkata, "Siapa suka kamu, dialah hambaku sejati. Telah berkata Samith bin Ajlan, "Dinar dan dirham itu tali kaum munafik yang menyeretnya ke Neraka." Zahya bin Muaz berkata, "Wang itu kala jengking. Jika tidak pandai menjinakkannya, jangan kau ambil. Jika ia menyengatmu, racunnya akan membunuhmu." Menjinakkannya dengan cara mengambil dan menggunakannya secara halal. Al-AUaq bin Ziyad berkata, "Dunia dan keindahannya menggodaku." Kukatakan, "Aku berlindung kepada Allah dari keburukanmu." Ia berkata padaku, "Jika ingin Allah melindungimu dariku, bencilah wang. Sebab wanglah alat mendapatkan segalanya. Siapa sabar menjauhi wang, tentu sabar menjauhi dunia." Oleh kerananya dikatakan:
Aku telah dapatkan, jangan kau kira yang Iain. Kewiraan adalah pada dirham.
Jika boleh kau meninggalkannya.
Itulah taqwa muslim sesungguhnya.
Juga, dikatakan pula:
Jangan tertipu kau oleh baju orang bertampal.




No comments:

Post a Comment