Khusyuk Dalam Solat
Tersebut dalam riwayat:Pada suatu hari Jibril as datang kepada Nabi saw seraya berkata, "Ya Rasulullah, kulihat malaikat di langit berada di atas permaidani di kerumuni oleh tujuh puluh ribu malaikat berbaris dan memujinya. Namun kini kulihat dia di atas gunung Qaf pecah sayapnya dan menangis. Ketika melihatku ia berkata, "Dapatkah kau tolong aku?" Kutanya, "Apa salahmu?" Ia berkata, "Aku sedang berada di atas permaidani di malam Mikraj. Muhammad saw lalu di hadapanku, namun aku tidak berdiri menghormatinya. Maka Allah menyeksaku dengan seksa ini dan menempatkanku di tempat ini seperti yang kau lihat ini."
Jibril berkata, "Lalu aku mengadap Allah mohon agar dia ditolong." Allah berkata, "Wahai Jibril, katakan padanya bacalah selawat pada Nabi Muhammad saw." Kemudian dia pun membaca selawat hingga Allah mengampuninya dan menumbuhkan sayapnya semula. Amal hamba yang diperiksa pertama kali di hari Kiamat adalah solat. Jika sempurna diterimalah ia dan seluruh amalnya. Jika ternyata kurang, ditolak ia dan seluruh amalnya. Rasulullah saw bersabda: "Solat wajib itu ibarat timbangan. Siapa menyempurnakan akan mendapat balasannya." Yazid ar-Ruqasyi berkata, "Solat Rasulullah itu tepat seperti ditimbang."
Rasulullah saw bersabda: "Dua lelaki umatku berdiri solat. Rukuk dan sujudnya satu (sama). Tetapi solat keduanya antara langit dan bumi." Yang baginda maksudkan ialah khusyuk. Rasulullah saw bersabda: "Allah tidak memandang akan hamba yang tidak tegak antara rukuk dan sujudnya." Baginda juga bersabda: "Siapa solat tepat waktunya, menyempurnakan wudhuk, rukuk dan sujud serta khusyuk, naiklah solat itu bagai telur kuning dan berkata, "Semoga Allah menjagamu sebagaimana engkau menjagaku."
Dan siapa solat tidak tepat waktunya, tidak pula menyempurnakan wudhuk, rukuk, sujud dan khusyuknya, naiklah ia seperti hitam pekat dan berkata, "Semoga Allah mensia-siakanmu seperti engkau mensia-siakanku." Lalu Allah membungkusnya seperti membungkus pakaian manusia dan melemparkannyya ke mukanya "
Baginda juga bersabda:"Di Syurga ada sungai yang disebut Afyah. Di situ banyak bidadari yang diciptakan Allah dari za'faran. Mereka mandi dari air permata dan yakut, bertasbih dengan tujuh puluh ribu bahasa dan suaranya lebih merdu dari suara Nabi Daud as. Mereka berkata, “Kami adalah untuk orang-orang yang solat dengan khusyuk dan hudhur." Maka Allah berkata, "Kutempatkan ia di rumah-Ku dan Kuberikan untuk tamuku."
Dirawikan bahawa Allah memberi wahyu pada Nabi Musa as:"Wahai Musa jika kau mengingati-Ku, Aku mengingatimu. Jika kau hendak mengingati-Ku, hendaklah khusyuk dan tomakninah, serta lisanmu dibelakang hatimu. Jika berdiri di hadapan-Ku berdirilah bagai hamba yang hina serta munajatlah pada-Ku dengan hati yang takut dan lisan yang benar."
Dan dirawikan, Allah memberi wahyu padanya:
"Katakanlah pada umatmu yang derhaka; Barangsiapa mengingat- Ku, aku mengingatnya dengan laknat."
Ini adalah untuk orang yang derhaka dan lupa.
Setengah sahabat ra berkata, "Pada hari kiamat manusia dihimpun menurut tomakninah, khusyuk, nikmat dan lazatnya dalam solat"
Pernah Nabi saw melihat lelaki bermain dengan janggutnya ketika solat. Lalu Nabi berkata, "Jika khusyuk hatinya, maka khusyuklah anggota badannya." Dan beliau bersabda,
"Barangsiapa tidak khusyuk hatinya, ditolak solatnya."
Ketahuilah Allah memuji orang-orang yang khusyuk dan tawadhuk dalam solat dalam banyak ayat:
"Mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya."
(Q.S Al Mukminun: 2)
"Sedang mereka itu memelihara solatnya."
(Q.S Al 'am: 27)
"Yang mereka itu berkekalan (melakukan) solat."
(Q.S. Al Ma'arij: 23)
Dikatakan bahawa ramai yang solat tetapi yang solat dengan khusyuk amat sedikit. Yang mengerjakan haji banyak tetapi yang mendapat haji yang mabrur sedikit. Yang alim banyak hanya yang mengamalkan ilmunya sedikit. Solat itu tempat tunduk, tawadhuk dan khusyuk dan itu alamat diterima. Sebenarnya sah dan diterima masing-masing ada syarat
Syarat-syarat sah harus memenuhi rukun dan syarat diterima haruslah khusyuk. Seperti yang disebutkan dalam surah Al Mukminun: 1-2. Dan dalam ayat lain Allah juga berfirman:
"Allah hanya menerima dari orang-orang yagn bertaqwa.
" (Q.S. Al Maidah: 27)
Telah bersabda Rasulullah saw:
"Siapa solat dua rakaat. Hatinya benar-benar ingat pada Allah, maka keluarlah dia dari dosa-dosanya seperti hari dilahirkan ibunya."
Yang melengahkan solat hanyalah bisikan yang merasakan dirinya sibuk. Ini mesti dihindarkan. Sebaiknya solat di tempat gelap, dalam keadaan sunyi, tidak menggunakan sajadah yang bergambar atau pakaian yang mengasyikan jika dilihat. Dirawikan bahawa ketika Nabi saw memakai baju pemberian Abu Jahm sewaktu solat di mana baju itu bergambar, maka selesai solat Nabi saw menanggalkannya seraya berkata, "Kembalikan baju ini kepada Abu Jahm. Ia melengahkan solatku."
Pernah Nabi saw minta kasut baru. Ketika solat beliau melihatnya kerana baru. Lalu beliau menanggalkannya dan memakai kasut yang lama. Juga pernah beliau memakai cincin emas sebelum diharamkan. Di mimbar beliau terpandangnya, maka beliau berkata, "Ini telah melengahkan pandanganku."
Juga dirawikan dari seorang lelaki. Dia solat melihat kurmanya berbuah hinga dia lupa beberapa rakaat Maka dia berkata kepada Usman ra, "Kurma itu kusedekahkan untuk kepentingan fisabilillah." Lalu Usman menjualnya seharga lima puluh ribu.
Ba'dlus salaf berkata, "Ada empat hal yang melengahkan solat Menoleh, mengusap muka, meratakan kerikil dan solat di tempat orang lalu-lalang."
Telah bersabda Rasulullah saw:
"Allah swt memandang orang solat selamanya tidak menoleh."
Abu Bakar ra dalam solat seolah-olah dia sedang dipancang. Setengah mereka diam saja ketika rukuk, andai burung menghinggapinya ia bagai barang mati. Jika ini terjadi dalam menghadapi sesama manusia, bagaimana tidak dilakukan dalam menghadapi Allah.
Dalam Taurat tertulis, "Hai cucu Adam, jangan lemah berdiri solat sambil menangis. Aku Allah, dekat di hatimu dan dengan ghaib kamu melihat nur-Ku." Dirawikan bahawa Umar bin Khattab ra berkata di mimbar, "Ada lelaki ma dipertanyakan Islamnya. Ia tidak menyempurnakan solatnya." Ditanyakan, "Bagaimana demikian?"
Umar berkata, "Dia tidak menyempurnakan sembahyang
dengan khusyuk, tawadhuk dan mengadapnya kepada Allah dalam solat."
Abul Aliyyah ditanya tentang firman Allah, "Mereka orang-orang yang lalai dari solatnya."
(Q.S. Al Ma'un: 5)
Dia menjawab, "Iaitu orang yang lupa dalam solatnya. Dia tidak tahu genap atau ganjil." Menurut Hasan ialah orang yang lupa akan waktu solat hingga habis.
Telah bersabda Rasulullah saw:
"Allah berfirman, "Hamba-Ku tidak selamat dari-Ku kecuali dengan menjalankan apa yang telah Kuwajibkan baginya
No comments:
Post a Comment