ZAKAT DAN BAKHIL
Allah swt berfirman:
Ertinya: "Janganlah orang-orang yang bakhil dengan barang- barang yang dikurniakan Allah kepadanya mengira, bahawa bakhil itu lebih baik bagi mereka, bahkan kejahatan bagi mereka. Nanti akan dikalungkan ke leher mereka barang yang mreka bakhilkan itu pada hari Kiamat...."(Q.S. Al Imran: 180)
Ertinya: ".... Dan celakalah bagi orang-orang yang menyekutukan(Nya). (Iaitu) orang-orang yang tidak mahu memberikan zakat...."(Q.S. Fusshilat: 6-7)
Allah swt menamakan mereka orang-orang musyrik. Juga,
Rasulullah saw bersabda:
"Tidak seorang pun yang tidak mahu memberikan zakat hartanya, melainkan akan dijadikannya seperti ular botak yang dikalungkan ia pada lehernya di hari Kiamat."
Baginda juga bersabda:
"Wahai segenap kaum muhajirin, ada lima hal jika engkau telah diuji dengannya, maka aku berlindung kepada Allah manakalalian menemukannya. Tidak akan nampak suatu kejahatan pada suatu kaum sama sekali sehingga mereka melahirkannya, melainkan akan nyata pula pada mereka kekacuan-kekacauan yang belum pernah terjadi pada kaum sebelum mereka. Tidaklah mereka kurangi takaran mahupun timbangan, melainkan mereka telah mengambil (memilih) kebusukan, kesulitan biaya hidup serta kezaliman penguasa. Tidaklah mereka menahan zakat harta mereka, melainkan mereka telah mencegah hujan dari langit. Kalau saja tidak ada binatang, tidak akan diturunkan hujan dan tidaklah mereka melanggar janji Allah dan janji Rasulullah saw, melainkan akan dikuasakan atas mereka musuh dari selain mereka yang akan mengambil apa yang ada di tangan mereka. Serta manakala imam-imam mereka tidak menghukumi dengan kitab Allah, melainkan Allah akan membuang undi antara mereka."
Rasulullah saw bersabda:
"Sesungguhnya Allah membenci orang yang bakhil waktu hidupnya dan pemurah waktu matinya."
Juga beliau bersabda:
"Dua hal yang tidak semestinya ada dalam diri seorang mukmin, bakhil dan akhlak yang buruk."
Baginda bersabda:
"Allah telah bersumpah tidak akan memasukkan orang yang bakhil ke Syurga."
Dan sabda baginda lagi:
"Takutlah akan bakhil. Sesungguhnya bakhil itu mengajak suatu kaum lalu mereka menahan zakat mereka, mengajak mereka hingga mereka memutuskan kerabat mereka, serta mengajak mereka lalu mereka menumpahkan darah sesama mereka."
Dan Rasulullah saw bersabda:
"Allah menjadikan orang jahat dan menyelimutinya dengan kebakhilan dan harta."
Pernah Hadan ra ditanya tentang bakhil, beliau menjawab, "Dia itu seorang lelaki yang melihat apa yang diinfakkannya adalah rosak dan apa yang di-simpannya adalah baik."
Adapun sebab utama kebakhilan adalah kerana cinta harta, panjang angan-angan, takut fakir dan suka anak-anak. Sehingga tersebut dalam hadis, "Anak itu menjadikan seseorang takut dan bakhil."
Memang sebahagian orang ada yang tidak mahu mengeluarkan zakat hartanya dan tidak peduli ia akan kebaikan kepada iri mahupun keluarganya. Kelazatan dan kesukaannya hanyalah dalam melihat wangnya dan kebendaannya dalam genggamannya. Padahal dia sedar akan mati. Sehingga tersebut dalam syair:
Wahai saudaraku, setengah orang adalah binatang.
Dalam bentuk lelaki pandai dan teliti.
Dia tahu setiap musibah dalam hartanya.
Ketika musibah menimpa agamanya, tetap ia tidak merasa.
Yang lain bersyair:
Bakhil itu penyakit yang parah
Tidak patut bagi orang yang beraga dan bermaruah. Diutamakannya kekayaan dan kerja keras.
Demi umurku, sesungguhnya dia tertipu.
Wahai orang yang sengsara
Dia memijak hak dunia dan akhirat.
Dijualnya dunia dan agama dengan sesuatu yang hina.
Yang lain lagi bersyair:
Ketika harta tidak berguna lagi bagi teman dan tetangga. Tidak boleh pula diadakan ketika tiada
Akibatnya ahli waris akan mengikisnya.
Milik si bakhil diwaris di belakang penyesalan.
Basyr telah berkata, "Menemui orang bakhil adalah kedukaan, melihatnya dapat mengeraskan hati. Bangsa Arab tercela sebab bakhil dan penakut
Kemudian seorang penyair berkata:
"Sedekahkan! Jangan takut kekurangan!
Setiap hamba punya rezeki dari Ar Rahman.
Tidak berguna bagi si bakhil apa yang di tangannya. Tidak pula bahaya yang menginfakkannya."
Dalam syair yang lain disebutkan:
"Kulihat manis orang pemurah.
Tapi di dunia si bakhil tidak punya teman. Kulihat bakhil mendatangi orang.
Disebut dia si bakhil sebagai penghormatan."
Cukuplah sebagai kejahatan bagi si bakhil. Dia kumpulkan untuk orang lain. Dia tidak mendapatkan kelazatan kekayaan dan kebaikannya. Oleh kerananya dalam hal ini Waqi' berkata:
Si jahat itu kumpulkan kekayaan untuk ahli warisnya. Dia sendirian menahan panasnya lapar.
Bagai anjing pemburu mengigit mangsa
Ia lepaskan untuk tuannya.
Telah berkata Abu Hanifah ra, "Aku melihat orang bakhil itu tidak adil. Kerana kebakhilan selalu mengajak orang untuk mengambil lebih jauh dari haknya kerana bimbang dia tertipu. Jelas orang demikian tidak boleh memegang amanat"
Pernah pada suatu ketika Nabi Yahya as berjumpa dengan Iblis. Dia bertanya, "Wahai Iblis, ceritakan padaku siapa orang yang paling kau sukai dan siapa pula yang paling kau benci?" Iblis menjawab, "Yang paling kusukai adalah orang mukmin yang bakhil dan yang paling kubenci orang fasik yang pemurah."
Yahya bertanya, "Mengapa." Iblis menjawab, "Kerana kebakhilan orang bakhil itu telah cukup bagiku. Sedang orang fasik yang pemurah, aku bimbang kalau Allah membukakannya dalam kemurahannya kemudian Dia menerimanya." Kemudian Iblis berlalu sambil berkata, "Kalau engkau bukan Yahya, tidak perlulah aku ceritakan kepadamu."
No comments:
Post a Comment