Wednesday, April 8, 2015

Taat Dan Mahabbah Kepada Allah Dan Rasul-Nya

Taat Dan Mahabbah Kepada Allah Dan Rasul-Nya

Image result for Taat Dan Mahabbah Kepada Allah Dan Rasul-Nya

Allah swt berfirman:

Ertinya: "Katakanlah, jika kamu menyintai Allah maka ikutilah aku

nescaya Allah akan mengasihimu...."(Q.S. Al Imran: 31)

Ketahuilah bahawa mahabbah seorang hamba kepada Allah dan Rasul-Nya bererti ketaatan dan kepatuhannya pada Allah dan Rasul-Nya. Adapun mahabbah Allah kepada hamba adalah pemberian nikmat-Nya kepada hamba itu berupa ampunan. Dikatakan bahawa jika seorang hamba tahu bahawa kesempurnaan hakiki hanyalah milik Allah dan setiap kesempumaan yang dia lihat dari dirinya atau dari orang lain adalah dari dan berkat pertolongan Allah jua, tentu cintanya hanyalah untuk Allah. Dia taat kepadanya-Nya dan suka sesuatu yang dapat mendekatkan dia kepada-Nya. Untuk kemudian mahabbah itu terwujud pula dalam bentuk taat dan patuh kepada Rasulullah saw dalam

Al Hasan telah berkata: Beberapa kaum di zaman Rasulullah saw berkata, "Ya Muhammad! Sunguh kami mengasihi Tuhan kami." Kemudian Allah menurunkan ayat tersebut

Dirawikan dari Basyir al-Hafei ra dia berkata: Dalam tidur aku melihat Nabi saw. Beliau berkata, "Wahai Basyir! Tahukah engkau sebab apa Allah mengangkatmu melebih teman-temanmu?" Basyir menjawab, 'Tidak wahai Rasulullah." Lalu baginda berkata, "Adalah disebabkan khidmaunu kepada orang-orang soleh, nasihatmu untuk saudara-saudaramu, mahabbahmu kepada sahabatmu dan ahli sunnahku serta engkau mengikuti sunnahku." Rasulullah saw bersabda,

"Barangsiapa menghidupkan sunnahku bererti menyintaiku. Dan barangsiapa menyintaiku akan bersamaku pada hari Kiamat di Syurga."

Dalam Atsar yang masyhur disebutkan bahawa orang yang mahu berpegang teguh pada sunnah Rasulullah saw di saat manusia telah rosak dan mazhabberpecah belah, maka baginya pahala seratus syuhadak. Demikian dalam kitab 'Syuratul Islam'. Rasulullah saw juga bersabda,

"Setiap umatku masuk Syurga. Kecuali orang yang tidak mahu." Pada sahabat bertanya, "Siapa yang tidak mahu itu ya Rasulullah?" Rasulullah berkata, "Orang yang taat padaku masuk Syurga. Ada pun orang yang derhaka padaku bererti dia tidak mahu (masuk Syu- rga). Setiap amal yang bukan atas sunnahku adalah maksiat."

Sebahagian mereka mengatakan: Jika engkau lihat seorang Syeikh terbang di angkasa atau berjalan di lautan atau memakan api atau ada keistimewaan lain, sedangkan dia masih meninggalkan sebahagian fardhu atau sunat, maka keanehan itu adalah 'istidraj' Na'uzubillah. Telah berkata, Imam Junaid ra, "Tak seorang pun sampai kepada Allah melainkan dengan pertolongan Allah dan jalan untuk wushul (sampai) kepada Allah adalah mengikuti Nabi saw." Telah berkata Ahmad Al Hawaii ra, "Setiap amal tanpa mengikuti sunnah adalah bathil. Seperti yang dikatakan Rasulullah saw bersabda:

"Siapa yang meremehkan sunnahku maka haram syafaatku • baginya."

Demikianlah dalam kitab 'Syur'atul Islam'.

Diceritakan ada seorang lelaki melihat salah seorang majnun melakukansesuatu yang tidak dia mengerti. Dia ceritakan kepada Makruf al-Kirkhi. Maka beliau hanya senyum lalu berkata, "Wahai saudaraku, Dia punya kekasih yang kecil yang besar, yang berakal dan gila. Maka yang kamu lihat itu adalah sebahagian dari mereka yang gila."

Diceritakan dari Junaid ra dia berkata, "Guruku As Sirri tengah sakit Aku tak tahu apa ubatnya dan apa pula sebabnya. Lalu ada seorang tabib yang pandai menyuruhku mengambil sebotol air dari guruku. Tabib itu memeriksanya lalu berkata, "Aku melihat air kencing orang yang rindu." Aku gementar sehingga botpl itu jatuh dari tanganku. Lalu aku pulang dan menceritakannya kepada As Sirri. Beliau tersenyum seraya berkata, "Semoga Allah membunuhnya atas apa yang dia lihat." Aku bertanya, "Wahai guru, apakah mahabbah terlihat air kencing?" Gurunya menjawab, "Ya."

Fudhail ra berkata, "Jika kau ditanya, apakah kau mengasihi Allah? Maka diamlah. Jika kau jawab, tidak, maka kafirlah engkau. Jika kau jawab ya, maka itu bukan adab para muhibbin." Telah berkata Sufyan ra, "Siapa suka orang yang suka Allah, bererti dia suka Allah. Siapa memuliakan orang yang memuliakan Allah, sama dengan dia memuliakan AUah." Telah berkata Sahal ra, "Tanda cinta Allah adalah cinta Al Quran. Tanda cinta Allah dan Al Quran adalah cinta Nabi saw. Dan tanda cinta Nabi adalah cinta sunnah. Lalu tanda cinta sunnah adalah cinta Akhirat. Tanda cinta Akhirat itu benci dunia dan dia hanya mengambil untuk sekadar bekal ke Akhirat."

Abul Hasan al-Zanjani berkata, "Pokok ibadah itu pada tiga tiang; mata, hati dan lisan. Mata mengambil ibarat, hati berfikir dan lisan berkata dengan

jujur, bertasbih dan berzikir. Seperti Allah telah berfirman:

"... ingatlah kepada Allah dengan ingatan yang banyak di waktu
pagi dan petang."
(Q.S. Al-Ahzab: 4.1-42)

Diceritakan bahawa Abdullah dan Ahmad bin Harab datang di suatu tem- pat. Ahmad memotong rumput. Lalu Abdullah berkata padanya, "Kau telah rugi lima hal. Hatimu sibuk dengan lupa bertasbih. Nafsumu sibuk bukan untuk berzikir. Kau jadikan ia bersandar padamu dan kau halangi dia bertasbih. Dan itu sebagai hujah Allah menanyaimu di hari Kiamat. Demikian dalam kitab "Rauniqil Majalis".

Dari As Sirri ra dia berkata, "Aku melihat Jurjani mengunyah-ngunyah roti terns. Maka kutanya, "Mengapa kau tidak memakan lainnya?" Dia menjawab, "Aku bermaksud dari mengunyah ini sampai lumat bertasbih sembilan puluh kali." Lalu aku tidak mengunyah roti sampai empat puluh tahun. Sahal bin Abdullah ra dalam tiap lima belas hari hanya makan sehari. Ketika Ramadhan dia hanya makan sekali. Bahkan kadang dia tidak makan sammpai tujuh puluh hari. Jika dia makan dia jadi lemah. Jika dia tidak makan dia jadi kuat pula. Dan Abu Hammad al-Aswad datang di Masjidil Haram sampai tiga puluh tahun. Tidak pemah terlihat dia makan atau minum dan setiap saat dia berzikir saja.
Diceritakan dari Amr bin Ubaid. Dia tidak keluar dari rumahnya kecuali untuk tiga hal: Solat berjemaah, menziarahi orang sakit dan takziah. Dia ber- kata, "Aku lihat manusia itu pencuri. Umur im mutiara indah tak ternilai dan sepatutnya adalah untuk mengisi rumah di Akhirat Ketahuilah pencuri Akhirat harus zuhud di dunia agar himahnya satu serta lahir batinnya tidak berbeza. Tidak mungkin menjaga 'hal' kecuali dengan kesamaan lahir batin.
Ibrahim bin Hakim berkata, "Bapaku jika hendak tidur dia pergi ke laut lalu bertasbih. Maka datanglah ular-ular laut bertasbih bersamanya."
Wahab bin Munabbah berdoa kepada Allah agar tidak suka tidur di malam hari. Maka dia tidak tidur empat puluh tahun. Hasan al-Hallaj mengikat tumimya sampai ke lutul dengan tiga tali. Bersama im tiap sehari semalam dia solat seribu rakaat. Al-Junaid setiap kali pergi ke pasar dia buka dan masuk ke kedainya lalu dia memasang satir dan dia solat empat ratus rakaat Setelah itu pulang lagi ke rumah. Habsyi bin Daud selalu solat dari Isyak sampai pagi. Maka sepatut- nya orang mukmin sentiasa berwudhuk, jika batal segera berwudhuk dan solat dua rakaat. Juga sentiasa mengadap kiblat semasa berada di dalam majlis. Dan rasakan di dalam hati seolah-olah berhadapan dengan Rasulullah saw. Hingga selalu berbuat sesuatu dengan berhati-hati. Sanggup menahan sakit, tidak membalas orang yang menyakiti malah mengampunkannnya. Tidak mem- banggakan diri dan amalnya. Sebab ujub im sifat syaitan. Dia lihat dirinya hina tetapi melihat orang lain soleh dan mulia. Barangsiapa tidak memuliakan orang soleh, Allah mengharamkan baginya menemani mereka. Barangsiapa tidak memuliakan taat, Allah akan menarik lazatnya beribadah dari hatinya.
Fudhail bin Iyadh ditanya, "Wahai Aba Ali, bila seseorang itu soleh?" Dia**

berkata, "Jika nasihat pada niamya, takut dalam hatinya, jujur apabila berkata dan amal soleh nampak pada anggota badannya." Ketika Nabi saw mikraj, Allah swt berfirman pada Nabi, "Ya Muhammad! Jika kau ingin paUng warak, zu- hudlah akan dunia dan cintailah Akhirat." Nabi berkata, "Tuhanku bagaimana aku zuhud akan dunia?" Allah berfirman, "Ambillah dunia sekadar makanan, minuman dan pakaian. Jangan kau ambil untuk esok dan selalulah berzikir pada- Ku." Nabi berkata, "Ya Tuhan, bagaimana aku selalu zikir pada-Mu?" AUah berfirman, "Dengan menjauhkan diri dari manusia. Jadikan solat sebagai tidur- mu dan lapar sebagai makananmu." Rasulullah bersabda: "Zuhud akan dunia meringankan hati dan badan. Dan menyintainya membanyakkan kedukaan dan keprihatinan. Suka dunia adalah sumber segala kesalahan. Dan zuhud akan dia adalah sumber segala kebaikan dan ketaatan."

Bahawa Ba'dhus Solihin lalu pada sekumpulan orang. Di situ ada tabib. Maka dia berkata, "Wahai tukang mengubati jasad! Apakah kau boleh mengubati hati?" Tabib itu berkata, "Boleh, katakan padaku apa penyakitnya?" Lalu dia berkata, "Dosa telah membuat hati gelap hingga keras dan kering." Lalu tabib berkata, "Ubatnya adalah tadhorruk dan istighfar di tengah malam dan waktu petang, segera taat pada Allah dan mendekatkan diri padanya. Itulah ubat hati dan pembalut segala cela." Lalu Ba'dhus Solihin menjerit dan berlalu sambil menangis dan berkata, "Engkau telah mengubati hatiku." Lalu tabib berkata, "Inilah ubat hati orang yang bertaubat dan kembali dengan hatinya kepada Zat Penerima taubat."

Seorang lelaki membeli seorang hamba. Maka hamba itu berkata, "Wahai tuanku, aku punya tiga syarat untukmu. Pertama tuan jangan melarangku solat maktubah, jika telah datang waktunya. Silakan tuan memerintahku disiang hari tapi jangan di malam hari. Sediakan tempat untukku di rumahmu yang tidak boleh masuk ke situ selain aku." Lelaki itu berkata, "Baik. Aku akan penuhi permintaanmu." Apabila sampai di rumah lelaki itu si hamba itu pergi mencari bilik yang sesuai untuknya. Tiba-tiba si hamba berkata, "Aku memilih yang ini." Maka aku berkata, "Mengapa kau memilih bilik yang telah buruk dan rosak ini?" Si hamba berkata, "Yang rosak ini apabila aku bersama Allah adalah seperti taman." Dia lalu mengabdi kepada tuannya disiang hari dan beribadah pada Tuhannya di malam hari. Pada suatu ketika tuannya berjalan sampai ke bilik hambanya. Bilik itu nampak terang dan hambanya sedang sujud. Di kepalanya ada sapu tangan dari nur tergantung antara langit dan bumi. Sedang si hamba itu bermunajat kepada Allah seraya berkata, "Ya Tuhanku Engkau pikulkan beban atasku untuk tuanku. Maka aku mengabdi padanya di siang hari. Jika tidak tentu aku mengabdi-Mu siang dan malam. Ampunilah aku. Tuannya melihat dia sedemikian rupa sampai pagi. Lalu dia kembali dan menceritakan hal itu kepada isterinya. Pada malam yang kedua dia mengajak isterinya mengintai di bilik itu dan melihat si hamba sedang sujud dan sapu tangan berada di atas kepalanya. Maka mereka melihat dan menangis sampai pagi. Lalu mereka memanggil si hamba itu seraya berkata, "Aku merdekakan kamu kerana Allah hingga engkau boleh beribadah kepada-Nya dengan lebih banyak." Lalu si hamba itu mengangkat tangan ke langit seraya berkata:

"Wahai Pemilik rahsia. Sesungguhnya telah terbongkar. Aku tak ingin hidup
setelah termasyhur."


Kemudian dia berkata, "Ya Tuhanku, Kuminta mati saja. Maka kemudian
si hamba itu jatuh lalu mati...." Demikianlah ehwal orang-orang soleh.

Dalam kitab 'Zahrir Riyadh' tersebut: Musa as ada teman yang menyukainya. Pada suatu hari dia berkata,

"Hai Musa, mintakan pada tuhanmu agar memberikanku makrifat kepada-Nya."

Lalu Musa berdoa dan dikabulkan. Lalu teman itu hidup bersendirian di gunung. Maka Musa berkata, "Ya Tuhanku aku kehilangan temanku."

Lalu dikatakan kepadanya, "Hai Musa orang yang makrifat kepada-Ku tidak menemani makhluk selamanya."

Tersebut pula dalam khabar: Nabi Yahya dan Nabi Isa as berjalan di pasar
dan ada perempuan mengerlingnya. Yahya berkata, "Demi Allah aku tidak merasakan itu."

Lalu Nabi Isa berkata, "Subhanallah. Badanmu bersamaku dan di mana hatimu wahai anak paman?

Jika hatiku ingin pada selain Tuhanku tentu kukira aku tidak makrifat pada Allah.
Dikatakan, "Makrifat sesungguhnya adalah menceraikan akan dunia dan Akhirat dan hanya menginginkan Maula. Dia mabuk oleh minuman mabahhah hanya sedar setelah melihat Allah. Dia di atas nur dari Tuhannya."










No comments:

Post a Comment