Jenazah Dan Perkuburan
Ketahuilah, bagi orang yang cerah hatinya dalam hal jenazah terdapat peringatan. Namun bagi orang yang lalai, menyaksikannya hanya akan menambah kekerasan hatinya saja. Mereka kira akan selalu menzirahinya. Tanpa sedar bahawa kelak, mereka juga yang akan diziarahi. Entah esok pagi, atau hari depan. Bila Abu Hurairah melihat jenazah, dia berkata:"Pergilah dahulu. Aku akan mengikuti kemudian." Makhul ad-Dimisyqi jika melihat jenazah, berkata: "Makanlah! Aku sedang meresapi nasihat yang amat dalam. Usaid bin Hadir mengatakan: "Jika aku meUhat jenazah, hatiku selalu berkata bahawa kelak aku akan menyusulnya."Ketika saudara Malik bin Dinar meninggal, dia keluar menghantarkan jenazahnya. Dia menangis dan berkata: "Demi Allah, jangan kau datang padaku sebelum aku tahu hendak ke mana aku pergi. Dan akutidaktahu selama mana aku hidup." Al-Amasy mengatakan: "Pemah aku menyaksikan jenazah namun aku tidak mengerti siapa yang kutakziahi itu memandangkan semua orang kelihatan
terlalu sedih." Tsabit al-Bannani mengatakan: "Aku menyaksikan jenazah. Yang kulihat hanyalah orang yang menangis."
Demikianlah ketakutan mereka akan mati. Namun kini kita melihat kebanyakan orang yang bertakziah itu tertawa saja. Yang mereka perkatakan hanya soal warisan sahaja. Tidak ada yang memikirkan bahawa dirinya akan menjadi jenazah juga. Ini sem ua disebabkan kerasnya hati mereka, m embanyakkan maksiat dan dosa sehingga kira melupakan Allah swt dan hari akhir serra kepedihan yang akan dihadapi. Oleh kerananya kita sibuk dengan hal yang tidak boleh menolong kita. Semoga AUah menjauhkan kelalaian ini.
Seharusnya orang yang menghadiri jenazah itu merenungi dirinya sendiri sehingga dia boleh menangisi dirinya bukan menangisi mayat Pemah Ibrahim az- Ziyat meUhat orang-orang yang menghadiri jenazah im kasihan kepada mayat. Kemudian dia berkara: "Kalau kamu mengasihi diri kamu sendiri itu adalah lebih baik bagimu. Baginya dia sudah melaluitigakepedihan. Wajah Malaikat Maut telah dia lihat dan kecemasan khatimah (akhir hay at) dia telah aman. Abu Amr bin 'Alia mengatakan: "Aku datang kepada Jarir. Dia sedang asyik bersyair. Kemudian aku meUhatjenazah. Diaberkatadalamsyaimya:
Tegak bulu roma kita waktu jenazah datang. Setelah dia berlalu kita pun lalai dan tenggelam.
Seperti anjing ketakutan melihat hantu. Setelah berlalu anjing pun kegirangan.
Adab orang bertakziah hendaknya mahu merenungkan dan bersiap-siap serta berjalan di depannya dengan rawaduk. Di samping im hendak bersangka baik kepada mayat meskipun dia fasik serta menyangka dirinyatidakwalaupun lahirnya nampak baik. Sebab kita tidak tahu akhimya.
Pernah Umar Ibnu Dzar, ketika salah seorang tetangganya yang keterlaluan dan dibenci orang itu mati, dia mendatangi dan mensolatinya. Setelah sampai, dia berdiri di atas kuburnya dan berkara: " Semoga Allah mengampunimu wahai si fulan! Sewaktu hidup kau telah bertauhid dan bersujud. Meskipun orang-orang mengatakan kau banyak dosa. Siapakah orang yang tak ada salah dan dosa?"
Seorang lelaki yang keterlaluan fasiknya mati di Basrah. Isterinya tidak menemukan orang yang mahu menguruskan jenazahnya. Lalu isterinya mengupah dua orang untuk membawanya ke mussola. Namun tidak ada seorang pun mahu mensolatinya. Selanjutnya si isteri hendak membawa jenazah itu ke suatu padang unmk ddcuburkan. Dia melihat di gunung sebelahya ada seorang zahid telah menunggu jenazah. Orang itu hendak mensolatinya. Segera khabar itu tersebar ke selumh kampung. Lalu orang itu mensolatinya dan orang-orang kampung pun turut mensolatinya.
Orang-orang merasa hairan mengapa orang zahid itu mahu mensolatinya. Setelah ditanyakan, dia menjawab: "Dikatakan kepadaku dalam mimpi: 'Turunlah ke tempat ini. Kau akan melihat jenazah yang hanya dihantarkan oleh seorang perempuan. Solatilah jenazah itu! Dia telah diampuni." Orang-orang bertambah kehairanan. Si zahid itu memanggil isterinya dan menanyakan keadaan suaminya. "Sepanjang hari dia minum arak," jawab isterinya. "Cubalah ingat-ingalkan lagi," desak si zahid. "Barangkali sedikit amal baik yang diperbuatnya.
Isterinya menjawab: "Memang ada tiga hal. Bila dia sedar dari mabuknya di waktu Subuh, segera ia salin baju, berwuduk dan solat Subuh berjemaah, lalu kembali ia ke kedai araknya. Kedua, di rumahnya selalu ada satu atau dua anak yatim. Dia sangat mengasihinya melebihi anaknya sendiri. Ketiga bila dia sedar dari mabuknya tengahmalam,dia menjerit:"YaTuhanku, kejurang jahanam yang manakah hendak Engkau lemparkan hamba-Mu yang busuk ini?" Kemudian zahid itu berlalu dan hilanglah kemusykilannya.
Ad-Dahak berkata: "Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah saw: "Siapa manusia paling zuhud itu?" Beliau menjawab: "Ialah orang yang tidak pernah melupakan kubur, meninggalkan kelebihan perhiasan dunia, serta mementingkan yang kekal daripada yang fana, tidak pernah memimpikan hari esok dan menganggap dirinya termasuk ahli kubur."
Ditanyakan daripada Ali ra: "Bagaimana kamu bertetangga dengan kubur?" Ali menjawab: "Kudapatkan tetangga dan teman yang terbaik. Menutup mulut dan mengingatkan akhirat."
Kalau Usman berhenti di kubur, dia selalu menangis hingga janggutnya basah oleh air mata. Dia berkata: "Aku mendengar Rasulullah saw bersabda:
"Kubur adalah awal tempat akhirat. Jika penghuninya selamat di situ, mudahlah sesudahnya. Jika penghuninya tidak selamat di situ, maka sesudahnya akan lebih sulit."
Dikatakan: "Bahawa Amr bin Ash ke kubur. Ia lalu turun dan solat dua rakaat. Maka ditanyakan kepadanya: "Ini tidak biasanya engkau lakukan." Dia menjawab: "Aku ingat ahli kubur dan yang menghalangi antara mereka dan dia. Maka ingin aku mendekatkan diri kepada Allah dengan dua rakaat"
Mujahid berkata: "Yang perrama kali menegur manusia adalah liang lahatnya. Dia berkata: "Aku rumah ulat tempat bersendiri, tempat yang asing dan tempat yang gelap. Inilah yang aku sediakan untukku." Abu Dzar mengatakan: 'Tidak inginkah kuberitahu kepadamu bahawa hari kefakiranku adalah hari di mana aku dUetakkan dalam kuburku."
No comments:
Post a Comment