Bidaah Dan Menuruti Hawa Nafsu
Rasulullah saw bersabda:
“Takutlah kamu memperbaharui perkara. Setiap pembaharuan adalah bidaah, setiap bidaah tersesat dan setiap yang tersesat tempatnya di neraka."
Beliau bersabda:
"Siapa memperbaharui dalam urusan agamaku, maka ia ditolak."
Lagi beliau bersabda:
"Wajiblah kamu ikuti sunnahku dan sunnah Khulafa-ur-rasyidin sesudahku.
Dari hadis-hadis di atas jelas bahawa setiap yang bertentangan dengan kitab dan sunnah serta ijmak ia pasti bidaah yang ditolak.
Dan Rasulullah saw bersabda:
"Siapa melakukan sunnah yang baik, maka untuknya pahala sampai hari kiamat. Dan siapa yang melakukan sunnah yang buruk maka baginya dosa sampai hari kiamat."
Firman Allah swt:
"Dan sesungguhnya ini adalah jalan-Ku yang lurus. Maka ikutilah ia."
(Q.S.Al-An:153)
Qatadah mengatakan: "Ketahuilah bahawa jalan yang lurus itu satu. Rambu-rambunya hidayah dan jurusannya syurga. Sesungguhnya iblis pun membangun jalan yang banyak. Rambu-rambunya kesesatan dan tujuannya ke neraka."
Ibnu Uthiyyah mengatakan: "Jalan-jalan itu ditempuh oleh orang-orang Yahudi, Nasrani, Majusi dan semua orang yang sesat"
Rasulullah saw bersabda:
"Siapa benci sunnahku, tidak termasuk umatku."
Beliau juga bersabda:
“Setiap umat yang melakukan satu bidaah sepeninggalan nabinya dalam urusan agamanya, maka dengan itu akan dihilangkan sunnahnya."
Rasulullah saw bersabda:
"Tidak ada Tuhan di bawah atap langit yang lebih banyak disembah di sisi Allah, daripada hawa nafsu yang diperturutkan." Lagi, beliau bersabda: "Amma Ba'd. Sesungguhnya sebaik-baik ucapan adalah kitab Allah, sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad saw. Dan seburuk-buruk perkara adalah pembaharuannya, serta setiap bidaah adalah tersesat. Yang paling aku cemaskan atas kamu adalah syahwat yang lancang dalam perut dan farajmu dan nafsu yang menyesatkan. Takutilah kamu akan memperbaharui (perkara). Setiap pembaharuan adalah tersesat!"
Juga Rasulullah saw bersabda:
"Allah menutup (pintu) taubat dari seorang yang melakukan bidaah sebelum dia meninggalkannya."
Beliau bersabda juga: "Allah tidak mahu menerima puasa, haji, umrah, jihad, sedekah dan keadilan dari seorang yang melakukan bidaah. Dia keluar dari Islam sebagaimana rambut gugur dari kepala. Aku telah meninggalkan kepadamu sepuluh malam seperti siangnya. Tidak akan bengkok darinya kecuali orang yang binasa. Setiap masa pasti ada langkahnya kepada sunnahku, pasti akan mendapat petunjuk. Dan siapa yang langkahnya kepada selain itu, pasti akan binasa. Sungguh aku bimbangkan umatku dalam tiga hal. Dari kesesatan orang alim, hawa nafsu yang diperturutkan, dan keputusan seorang yang alim.
No comments:
Post a Comment