Monday, May 18, 2015

Perbahasan mengenai taqwa

Perbahasan mengenai taqwa

Allah berfirman:

"Adakah sesiapa yang lebih benar perkataannya dari Allah."(an-Nisa': 87)

FirmanNya lagi:

"Adakah sesiapa yang lebih dipercayai perkataannya dari Allah."

FirmanNya lagi:

“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah sesungguh taqwa, dan janganlah sampai kamu mati, melainkan di dalam keadaan Islam yang sebenarnya. Berpegang-teguhlah kamu dengan tali Allah dan janganlah berpecah-belah. Ingatlah kurnia Allah atasmu, ketika kamu dahulu bermusuh-musuhan, lalu diperteguhkanNya hati kamu (dalam agama Allah), sehingga dengan kurnia Allah itu, kamu menjadi bersaudara. Kamu dahulu berada di tepi lubang neraka, lalu diselamatkanNya kamu daripadanya. Begitulah Allah menjelaskan keterangan-keteranganNya kepada kamu supaya kamu menuruti jalan yang benar. Adakanlah di antara kamu umat yang mengajak kepada kebajikan, menyuruh mengerjakan yang benar dan melarang dari membuat yang salah, mereka itulah orang-orang yang beruntung. Dan janganlah kamu menjadi serupa dengan orang-orang yang telah berpecah-belah dan berselisih-faham sesudah datang kepadanya bukti-bukti yang terang. Mereka itulah orang- orang yang akan memperoleh siksa yang dahsyat."
(ali Imran: 102-105)


Adapun firman Allah yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah sesungguh taqwa. Ini adalah suatu perintah dari Allah azzawajalla kepada hamba-hambaNya dari golongan kaum Mu'minin supaya bertaqwa, kerana Tuhan telah mengumpulkan di dalam sifat taqwa itu segala kebaikan dunia dan akhirat. Kemudian disuruh pula hamba-hambaNya dari golongan kaum Mu'minin itu supaya bertaqwa kepadaNya agar mereka bisa berjaya dan mencapai penghormatan yang telah disediakan di dalam sifat taqwa itu dari kebajikan dan kesempurnaan, juga kebahagiaan dan kemenangan, semata-mata sebagai rahmat kepada hamba-hambaNya dari kaum Mu'minin, dan sememangnyalah Allah Amat Kasih terhadap hamba-hambaNya yang Mu'minin itu.

Sedang taqwa itu pula merupakan wasiat utama dari Allah s.w.t. untuk orang-orang yang terdahulu dan yang terkemudian.

Cuba lihat firman Allah Ta'ala berikut:

"Dan Kami telah perintahkan kepada orang-orang yang diberikan Kitab sebelum kamu, dan juga kepada kamu supaya bertaqwa (patuh) kepada Allah." (an-Nisa': 131)

Lantaran itu, maka tiada sesuatu kebaikan mahupun di dunia ataupun di akhirat, samada kebaikan lahir mahupun batin, melainkan taqwalah yang menjadi perintis dan sebab yang menyampaikan kita kepadanya. Demikian pula sebaliknya, iaitu tiada sesuatu kejahatan mahupun di dunia ataupun di akhirat, samada kejahatan lahir mahupun batin, melainkan taqwalah yang bakal menjadi pendinding yang kukuh dan benteng yang teguh untuk menyelamatkan kita daripadanya dan melepaskan kita dari bencananya.

Bukankah Allah s.w.t. telah sering menjelaskan kepada kita menerusi Kitab SuciNya al-Quran al-Karim, bahwa di dalam sifat taqwa itu terdapat kebahagiaan yang utama dan kebaikan yang tak terhitung banyaknya.

Di antara kebaikan-kebaikan itu ialah: Penyertaan Tuhan dalam pemeliharaan diri kita.
Firman Allah Ta'ala:

"Bertaqwalah (patuhlah) kamu kepada Allah, dan ketahuilah bahwa Allah bersama-sama orang yang memelihara diri dari kejahatan." (al-Baqarah: 194)

Di antaranya lagi ialah: Ilmu Ladunni. Firman Allah Ta'ala:

"Bertaqwalah kamu kepada Allah, dan Dia akan mengajar
kamu." (al-Baqarah: 282)


Di antaranya lagi: Mampu membedakan ketika timbul kekeliruan atau berlaku sesuatu kemusykilan. Juga sebagai penebus kesalahan dan penyuci dosa-dosa.

Allah berfirman:

"Hai orang-orang yang beriman! Kiranya kamu takut kepada Allah, niscaya Dia (Allah) akan mengurniakan kamu pengenalan untuk membeda (antara yang benar dengan yang salah) dan di- hapuskanNyalah kesalahan-kesalahan kamu serta mengampuni kamu, dan Allah mempunyai kelebihan yang besar."
(an-Anfal: 29)


Di antara kebaikan-kebaikan yang lain lagi ialah: Keselamatan dari api neraka.
Allah berfirman:

"Dan tiada seorang pun di antara kamu, melainkan melaluinya (api neraka), itulah keputusan Tuhanmu yang tak dapat dihindarkan. Lalu Kami selamatkan pula golongan mereka yang bertaqwa." (Maryam: 71-72)

FirmanNya lagi:

"Dan Tuhan menyelamatkan orang-orang yang memelihara dirinya dari kejahatan (orang-orang yang bertaqwa) ke tempat keberuntungan, mereka tiada disinggung oleh keburukan dan mereka tiada berdukacita." (az-Zumar: 61)

Di antaranya lagi ialah: Terpelihara dari tekanan hidup, rezeki sentiasa datang berlimpah-ruah tanpa diduga, sentiasa hidup berlapang dada dan mendapat ganjaran yang besar pula.

Firman Allah Ta'ala:

"Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mematuhi segala perintahNya dan menjauhi laranganNya) niscaya Allah akan mendorongkan baginya jalan keluar (dari kesulitan), dan Dia (Allah) akan memberikan rezeki kepadanya dari (sumber) yang tiada diduga." (at-Talaq: 2-3)
FirmanNya lagi:


“Dan siapa yang bertaqwa (takut) kepada Allah, niscaya Allah akan memudahkan segala urusannya." (at-Talaq: 4)
FirmanNya lagi:

"Dan siapa yang bertaqwa (takut) kepada Allah, niscaya Allah akan hapuskan kesalahan-kesalahannya dan diberinya gan- jaran yang besar." (at-Talaq: 5)
Di antaranya lagi ialah: Janji akan memasukkan ke dalam syorga.
Firman Allah Ta'ala:

"Itulah syorga yang hendak Kami pesakakan kepada hamba-hamba Kami yang bertaqwa (yang memelihara diri dari kejahatan)." (Maryam: 63)

FirmanNya lagi:

"Perumpamaan syorga yang dijanjikan kepada orang-orang yang bertaqwa " (Muhammad: 15)

FirmanNya lagi:

"Dan syorga itu didekatkan kepada orang-orang yang ber- taqwa." (as-Syu'ara: 90)
FirmanNya lagi:

"Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa itu akan memperoleh syorga Jannatun-Na'im dari Tuhan mereka."
(al-Qalam: 34)

FirmanNya lagi:

"Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa itu berada di dalam taman dan (diiringi) sungai. Dalam majlis kebenaran di sisi Raja yang Maha Kuasa." (al-Qamar: 54-55)

Di antaranya lagi ialah: Mendapat kemuliaan di dunia dan akhirat.

Firman Allah Ta'ala:

"Sesungguhnya orang yang amat mulia di antara kamu dalam pandangan Tuhan ialah orang yang lebih bertaqwa."
(al-Hujurat: 13)

Allah telah menjanjikan kemuliaan di sisiNya dengan taqwa, bukan dengan sebab keturunan, bukan dengan sebab harta kekayaan dan bukan dengan sebab-sebab yang lain. Bukankah dengan taqwa itu, Allah dan RasulNya telah menjanjikan berbagai-bagai kebaikan dan kebahagiaan, darjat dan kebajikan, kesempurnaan dan kemenangan, harta kekayaan dan keuntungan. Semua itu agak terlalu panjang jika mahu diceritakan, dan terlalu sukar jika mahu dihitung.

Dalam kontek ini, sila perhatikan madah berikut:

Siapa yang bertaqwa kepada Allah Mendapat keuntungan berlimpah-ruah

Madah yang lain pula berbunyi:

Mengenai Tuhan tetapi membelakangiNya
Bukankah itu celaka namanya
Segala bencana dalam mentaati Tuhan
Takkan membahayakan jika dapat ditahan
Kaya di dunia bukanlah kemuliaan
Kemuliaan hakiki mentaqwakan Tuhan

1 comment:

  1. Coin Casino - Play at Casino Without a Deposit
    The largest online crypto-only, kadangpintar secure 인카지노 and easy to 1xbet use and play casino games for free on your Android or iOS device. Get started now!

    ReplyDelete