Hak suami atas isteri
Adapun hak suami atas isteri sangat besar, dan menunaikan hak itu dengan baik akan menghasilkan pahala yang besar pula bagi isteri, manakala mengabaikan dan melalaikan hak itu akan meng- hasilkan dosa yang besar.
Sabda Rasulullah s.a.w.:
"Kiranya boleh aku menyuruh seseorang untuk menyembah seorang yang lain, niscaya aku akan menyuruh sang isteri untuk menyembah suaminya."
Sebabnya ialah kerana hak suami itu amat besar di atas pundak isteri.
Sabdanya yang lain:
"Mana satu isteri yang menginap sepanjang malam, sedang
suaminya redha terhadapnya, ia mudah masuk syorga." Sabdanya yang lain:
"Kiranya seorang perempuan itu bersembahyang lima waktu, berpuasa sebulan puasa, memelihara kehormatannya, dan mentaati suaminya, akan dikatakan kepadanya: Masuklah ke dalam syorga dari mana satu pintu yang engkau mahu."
Sabdanya lagi:
“Allah Tabaraka wa Ta'ala tidak akan memandang dengan pandangan rahmat terhadap seorang isteri yang tiada mensyukuri suaminya, sedang ia tiada pernah dihampakan oleh sang suami."
Sabdanya lagi:
"Jika suami mengajak isterinya ke pembaringan, sedang ia tiada memenuhi kehendak suami, sehingga menyebabkan suami tidur marah sepanjang malam, maka para Malaikat akan mengutukinya hingga ke pagi."
Oleh itu setiap isteri wajib mentaati suaminya, tiada membangkangnya, tiada membenarkan orang lain datang ke rumahnya, bersedekah dari hartanya, dan tidak boleh keluar dari rumah melainkan dengan izin dan redhanya. Jika isteri melakukan sesuatu dari perkara-perkara yang tersebut tanpa izin suami, maka berdosalah ia. Apabila suami mengajaknya ke pembaringan, sang isteri tiada boleh menolaknya kecuali dengan izin syar'i.
Kesimpulannya, maka hak suami atas isteri amat besar, sehingga pernah diriwayatkan dari Nabi s.a.w.: Sekiranya badan lelaki itu penuh luka-luka daripada kepala hingga ke tapak kaki, lalu dijilat oleh isterinya, masih belum cukup menunaikan hak suami yang diwajibkan ke atasnya.
Sayugialah hendaknya setiap isteri berusaha bersungguh-sungguh untuk memenuhi segala tanggungjawab terhadap suami, dan tidak melalaikan atau mencuaikan sesuatu pun, agar ia bisa memperoleh pahala yang besar dari Allah Ta'ala serta keredhaanNya, di samping terselamat daripada siksa dan kemurkaanNya.
Begitu pula setiap suami patut memaafkan isterinya atas setengah-setengah kesalahan, dan jangan pula terlalu menuntut daripadanya supaya memenuhi semua hak-haknya tanpa timbangrasa sehingga menyebabkannya berdosa, kerana kaum wanita itu serba- serbi kekurangan dalam akal dan agama. Sudah menjadi tabiatnya suka meringan-ringankan dan melalaikan hak-hak suami. Maka barangsiapa yang suka memaafkan atas kesalahan-kesalahan isterinya, niscaya Allah akan memaafkan kesalahan-kesalahannya. Siapa yang melupakan kekhilafan orang lain, niscaya Allah akan melupakan kekhilafannya sendiri.
No comments:
Post a Comment