Monday, May 4, 2015

Keutamaan Sedekah

Keutamaan Sedekah


Rasulullah saw bersabda:"Siapa bersedekah seberat kurma dari hasil kerja yang baik, maka Allah akan menerimanya sesungguhnya Allah menerima sedekah itu dengan kanannya dan memberkatinya kemudian menggandakan untuk pemiliknya sebagaimana salah seorang kamu menggandakan belanjanya. Sehingga sesuap saja akan menjadi seperti Gunung Uhud."Demikian ini juga disebutkan dalam firman AUah swt:

Ertinya: "Tidakkah mereka tahu bahawa Allah menerima taubat dari hamba-Nya dan menerima beberapa sedekah?(Q.S. At-Taubah: 104).

"Allah menghapuskan (berkat) riba dan menambah (berkat) sedekah...."
(Q.S. Al-Baqarah: 276).

Sedekah tidak akan mengurangi harta. Jika Allah mengampuni hamba, pasti akan bertambah kemuliaannya. Jika seseorang bertawaduk kerana Allah, tentu Dia akan mengangkatnya.
Dalam riwayat at-Thabrani: "Sedekah tidak akan mengurangi harta. Jika seseorang menghulurkan tangannya untuk bersedekah, bererti dia memberikannya pada tangan Allah, yakni Dia pasti menerima sedekah itu dan merelakannya sebelum ia jatuh di tangan orang lain. Manakala seorang hamba memohon permintaan dan dia tidak mengabulkannya, tentu Allah akan membukakan pintu kefakirannya.

Seorang hamba mengatakan: "Harta-hartaku." Sedangkan hartanya hanya ada tiga macam. Yang dimakan menjadi fana, yang dipakai jadi rosak,atau yang diberikan maka terjaga. Sedangkan selain itu akan pergi dan ditinggalkan untuk manusia."

Dalam suatu hadis:
"Setiap salah seorang di antara kamu pasti Allah akan berbicara padanya di mana antara dia dengan Allah tidak ada penterjemah. Kemudian dia melihat sebelah kanan, hanya melihat apa yang dilakukan, dan melihat yang lebih buruk darinya pun hanya melihat apa yang ia lakukan dan lalu dia melihat di depannya hanya melihat api (Neraka) terbentang di depannya. Maka takutlah akan Neraka walau dengan sebiji kurma."

Dalam suatu hadis pula:
"Hendaklah salah seorang kamu menghindarkan mukanya dari Neraka walaupun dengan sebiji kurma."

Rasulullah saw bersabda:
"Sedekah itu dapat menghapuskan kesalahan (dosa) sebagaimana air memadamkan api Wahai Kaab bin Ujrah, sungguh tidak akan masuk Syurga daging dan darah yang tumbuh atas usaha haram. Neraka lebih patut untuknya. Wahai Kaab bin Ujrah, manusia di waktu pagi, terbahagi dua. Ada yang memerdekakan dirinya dan ada pula yang membinasakannya. Wahai Kaab bin Ujrah, solat itu amal yang mendekatkan diri kepada Allah, puasa sebagai perlindungan, dan sedekah menghapuskan dosa sebagaimana air memadamkan api."

Dalam suatu riwayat: "Sesungguhnya dengan sedekahlah menghindarkan tujuh puluh pintu (kemungkinan) mati dalam keadaan tidak diterima Allah."

Dalam hadis:
"Seliap orang dalam naungan sedekahnya. Sehingga ditentukan di antara manusia."
Dikatakan: "Apakah sedekah yang paling ulama?" Rasulullah berkata: "Menahan mata dan mulai bersedekah kepada keluarga."

Rasulullah bersabda: "Satu dirham akan mendahului seratus dirham." Seorang lelaki bertanya: "Bagaimana demikian, wahai Rasulullah?" Rasul menjawab: "Seorang lelaki memiliki harta banyak. Dia mengambil seratus ribu dirham lalu menyedekahkannya. Dan lelaki yang hanya punya dua dirham. Lalu dia ambil satu dirham dan disedekahkannya."

Rasulullah saw bersabda: "Jangan kau tolak orang yang memintamu walau dengan sedikit saja."
"Tujuh orang Allah akan menaungi mereka dalam naungan-Nya di hari tidak ada naungan kecuali naungan-Nya," sampai beliau bersabda:
"Dan lelaki yang bersedekah lalu dia merahsiakannya hingga tangan kirinya tidak tahu apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya."

"Perbuatan yang baik dapat membersihkan perbuatan yang buruk.

Sedekah yang ikhlas akan memadamkan kemurkaan Tuhan. Dan silaturahim akan menambah umur."
Dalam riwayat At-Thabrani:
"Perbuatan baik membersihkan perbuatan buruk. Sedekah yang ikhlas memadamkan kemurkaan Tuhan.

Silaturahim akan dapat menambah umur. Setiap perbuatan baik adalah sedekah. Ahli kebaikan di dunia adalah ahli kenabian di Akhirat juga. Dan ahli mungkar di dunia juga ahli mungkar pula di Akhirat. Dan orang yang pertama kali masuk Syurga adalah yang ahli makruf (kebaikan)."

Dalam riwayat lain untuk At-Thabrani dan Ahmad: "Apa sedekah itu?" Rasullah jawab: "Ia akan dilipatgandakan dan di sisi Allah ada tambahan

"Kemudian beliau membaca ayat:
"Siapa yang berhutang kepada Allah dengan hulang yang baik (iaitu menafkahkan hartanya pada jalan Allah, maka Allah akan melipatgandakan pahalanya beberapa kali lipat yang banyak.)"
(Q.S. Al-Baqarah: 245).

Ditanyakan: "Wahai Rasulullah, sedekah apakah yang paling utama?" Beliau menjawab:
"Sedekah yang ikhlas kepada orang fakir dan menahan mata.

"Kemudian beliau membaca:
"Jika kamu lahirkan sedekah, maka itu sebaik-baiknya, dan jika kamu sembunyikan dan kamu berikan kepada orang-orang fakir, maka itulah yang lebih baik bagimu...."
(Q.S. Al-Baqarah: 271).

"Manakala seorang muslim memberikan pakaian kepada orang muslim yang telanjang, Allah akan membelinya pakaian dari Syurga di Akhirat kelak, Manakala seorang muslim memberikan makanan kepada seorang muslim yang kelaparan, Allah akan memberikan minuman kepada seorang muslim yang kehausan, Allah akan memberinya minum dari ar-Rahiq al-Makhtum.'

"Sedekah kepada orang miskin mendapat satu sedekah. Dan sedekah kepada sanak saudara mendapat dua iaitu sedekah dan silaturahim."

"Apakah sedekah yang paling utama?" Beliau menjawab: "Ialah sedekah kepada sanak saudara yang ada kemungkinan memusuhimu." "Barangsiapa memberikan susu kepada orang yang telah meminumnya lalu mengembalikan- nya, atau memberi hutang satu dirham, aku memberikan hadiah oleh kerana rasa belas kasihan, sama seperti memerdekakan budak." "Setiap memberi hutang adalah sedekah."

Dalam suatu riwayat oleh segolongan ulama hadis disebutkan:

"Pada malam diisrakkan, aku melihat di atas pintu Syurga bertuliskan: "Sedekah dilipatgandakan sepuluh kali seumpamanya dan memberi hutang dilipatgandakan lapan betas kali. Barangsiapa memudahkan orang yang kesulitan, Allah akan memudahkannya di dunia dan Akhirat."

"Apakah Islam yang elok itu?" Beliau menjawab: "Ialah engkau memberi makan, memberi salam untuk orang yang kau kenal dan orang yang tidak engkau kenal: "Ceritakan padaku tentang segala sesuatu?" Beliau menjawab: "Segala sesuatu itu terjadi dari air."

"Khabarkan padaku apakah jika aku lakukan dapat masuk Syurga?" Beliau menjawab: "Berikan makanan, selalu memberi salam, hubungilah sanak saudara, dan solatiah di waktu malam di mana manusia sedang tidur nyenyak, tentu kau akan masuk Syurga dengan selamat."

Termasuklah yang mendatangkan rahmat adalah memberi makan saudaranya hingga kenyang, memberinya minum hingga segar, Allah akan menjauhkannya dari Neraka yang ada tujuh lubang panjang, di mana antara dua lubang panjang itu sejauh perjalanan lima ratus tahun."

"Sesunggunnya Allah swt berkata pada hari Kiamat:
"Wahai anak cucu Adam, Aku sakit namun kamu tidak mahu ziarahi-Ku." Manusia bertanya: "Bagaimana aku boleh menziarahi engkau sedangkan Engkau Tuhan semesta alam?"

Allah berkata: "Tidakkah engkau tahu bahawa hamba-Ku sifulan sedang sakit. namun kamu tidak mahu menziarahinya. Tidakkah engkau tahu bahawa jika engkau mahu menziarahinya, tentulah engkau dapati Aku ada di sisinya."

"Wahai anak cucu Adam, Aku memintamu makan dan minum kamu tidak memberi-Ku makan." Manusia bertanya: "Bagaimana aku memberi Mu makan, sedang Engkau Tuhan semesia alam? "

Allah berkata: "Tidakkah engkau tahu bahawa hamba-Ku sifulan meminta makan namun engkau tidak memberinya. Kalau engkau mahu memberinya makan, tentulah engkau dapati ia ada di sisi-ku.

Wahai anak cucu Adam, Aku memintamu minum, tapi engkau tidak memberiKu minum. Manusia bertanya: "Bagaimana aku memberimu minum sedang Engkau Tuhan semesta alam?" Allah berkata:
"Tidakkah hamba-Ku sifulan telah minta minum padamu tapi kamu tidak memberinya minum. Tidakkah engkau tahu jika engkau memberinya minum, maka engkau dapatkan sesuatu itu ada di sisi- Ku."

No comments:

Post a Comment