Tuesday, May 5, 2015

Mulakan bersedekah kepada kaum kerabat

Mulakan bersedekah kepada kaum kerabat

Jika anda hendak bersedekah, mulakan dengan kaum kerabat dan sanak-saudaramu yang miskin, kemudian jiran tetanggamu yang berhajat, kerana mereka itu lebih utama diberi sedekah dari yang lain-lain. Juga bersedekah kepada mereka itu lebih banyak dan besar pahalanya.Sabda Rasulullah s.a.w.:

"Bersedekah kepada kaum kerabat itu bukan saja sedekah, malah memperhubung silatur-rahim juga."

Sabdanya lagi:


"Orang yang melangkau dalam sedekahnya, sama seperti orang yang menahan zakatnya."
Maksud melangkau ialah, anda memberi sedekahmu kepada orang-orang jauh yang asing kepadamu, padahal anda maklum bahwa kaum kerabatmu dan jiran tetanggamu sangat memerlukan kepada sedekah-sedekah itu, akan tetapi anda tidak memberinya."




No comments:

Post a Comment