Wednesday, May 6, 2015

Memilih isteri saleh

Memilih isteri saleh

Orang yang mahu memilih rakan hidup, hendaklah memilih wanita yang kukuh beragama, sangat gemar berbuat baik serta berbakti kepada orang lain, meskipun ia seorang miskin dan tidak terlalu cantik. Nabi s.a.w. telah menyuruh kita memilih perempuan yang kukuh beragama dan menganjurkan kita supaya mengutamakannya dari yang lain-lain dengan sabdanya yang berbunyi: Rebutlah yang kukuh beragama niscaya beruntunglah anda.


Adalah tidak wajar bagi seseorang menikahi seorang wanita kerana memandang harta dan kecantikannya semata-mata, sebab yang demikian itu adalah makruh hukumnya.
Bersabda Rasulullah s.a.w.:

Jangan sekali-kali menikahi wanita kerana cantik, kerana kecantikannya mungkin mencelakakannya. Jangan menikahinya kerana harta, kerana hartanya mungkin menyebabkannya bermegah diri dan takabbur. Tetapi nikahilah mereka kerana kukuh agamanya.

No comments:

Post a Comment