Keburukan Sombong Dan Ujub
Sombong dan ujub menghilangkan keutamaan dan bahkan dapat membawa kehinaan, akibat tidak mahu mendengarkan akan nasihat ataupun menerima teguran. Oleh kerana itu, mereka mengatakan: "Ilmu itu akan hilang di antara malu dan sombong. Ilmu merobohkan segala keluhuran seperti banjir merobohkan bangunan."
Rasulullah saw bersabda:
"Tidak akan masuk Syurga orang yang ada kesombongan sebesar biji sawi dalam hatinya."
Beliau bersabda pula:
"Orang yang menarik pakaiannya kerana sombong, Allah tidak mahu melihat kepadanya."
Para hukama mengatakan: "Tidak akan kekal kekuasaan yang disertai dengan kesombongan."
Allah SWT berfirman:
"Itulah nanti Akhirat, kami adakan untuk orang-orang yang sombong di muka bumi dan membuat bencana...."
(Q.S. Al-Qashash; 83).
"Nanti Aku palingkan daripada ayat-ayat-Ku orang-orang yang
sombong di muka bumi tanpa kebenaran "
(Q.S. Al-A'raf: 146).
Juga setengah ulama mengatakan: 'Tidak kulihat orang sombong melainkan ingin pula rasanya aku menyombonginya."
Al-Jahidz mengatakan: "Orang Quraisy yang terkenal akan kesombongannya adalah Bani Makhzum dan Bani Umaiyyah. Sedangkan dari bangsa Arab adakah Bani Jaafar bin Kilab dan Bani Zirarah bin Adi. Dan para penguasa itu menganggap manusia hanyalah sebagai budak saja, sementara mereka sebagai tuan-tuannya."
Dikatakan kepada lelaki dari Bani Abdud Dan "Mengapa engkau tidak datang kepada khalifah?" Dia berkata: "Aku bimbang kalau titian itu tidak membawa kemuliaanku. "Dikatakan pada Hujjaj Ibnu Arthah: "Mengapa engkau tidak pergi berjemaah?" Dia menjawab: "Aku takut jika para penjual sayur itu tidak suka padaku."
Dikatakan Wail bin Hajar datang kepada Nabi saw, lalu Nabi memberinya jalan. Beliau berkata kepada Muawiyah: "Berikan ini padanya dan tulislah ia untuknya!" Kemudian Muawiyah keluar bersamanya dalam suatu perjalanan yang amat panas. Ia berjalan di belakangnya dan terkena terikan panas matahari. Muawiyah berkata: "Bawalah aku bersama di atas untamu." Wail menjawab: "Aku tidak ingin menumpangkan seorang raja." "Jika demikian, kata Muawiyah: "Berikan padaku kedua kasutmu." Wail jawab: "Bukan kerana bakhil aku tidak memberimu. Tapi aku tidak suka apa nanti akan kata orang-orang Yaman, bahawa kau memakai kasutku. Sebaiknya kau jalan saja di bawah bayangan untaku. Dengan demikian kau telah cukup mulia!"
Al-Masrur bin Hindi berkata kepada seorang lelaki: "Apakah kau mengenalku?" "Tidak", jawab lelaki itu. Al-Masrur berkata: "Akulah Al-Masrur bin Hindi. "Aku tidak kenal kamu," kata lelaki iu lagi. Masrur berkata dengan marah, "Sungguh mengantuk orang yang tidak melihat rembulan."
Dikatakan juga: "Yang sombong hanyalah orang-orang hina dan yang yang mahu bertawaduk itu hanyalah orang-orang mulia."
Rasulullah saw bersabda:
"Ada tiga perkara yang menyebabkan binasa: Terlalu bakhil, memperturutkan hawa nafsu dan menyombongkan diri."
Dari Abdullah bin Umar bahawa Rasulullah saw bersabda: Ketika Nuh as hendak meninggal dunia, dia memanggil dua orang anaknya. Dia berkata:
"Kuperintah kamu kepada dua perkara dan kularang kalian dari dua perkara pula, iaitu kularang kamu berbuat syirik dan sombong. Dan kuperintahkan kamu memegangi kalimat "La ilaha ilia Allah". Sungguh jika langit dan bumi dan seisinya diletakkan pada daun timbangan dan kalimat itu pada daun timbangan yang lain, tentulah kalimat itu yang lebih berat. Dan jika langit bumi itu pada suatu lingkaran lalu kalimat itu diletakkan di atasnya, tentu tidak akan muat. Dan kemudian kuperintahkan pula pada kalian agar membiasakan kalimat: "Subhana Allahi wa bihamdihi"
Sungguh kalimat itulah solatnya segala sesuatu serta sebab itulah segala sesuatu mendapatkan rezeki."
Nabi Isa as berkata: "Untung orang yang diajari Allah akan kitab-Nya dan tidak mati dalam kenderaan sombong."
Pernah Abdullah bin Salam berjalan di pasar membawa seikat kayu. Dikatakan padanya: "Apa yang kau bawa itu? Bukankah kau telah kaya?"
Dia berkata" Aku ingin membuang kesombongan dariku!"
Dalam tafsir Al-Qurhubi, tentang ayat:
"Janganlah mereka berjalan sambil menggoyangkan kakinya...." (Q.S. An-Nur: 31)
No comments:
Post a Comment