Tuesday, May 12, 2015

Tipu Daya Syaitan

Tipu Daya Syaitan

Seorang lelaki bertanya kepada Hassan: "Apakah syaitan itu juga tidur?" Hassan tersenyum lalu berkata: "Kalau dia tidur, tentulah kita boleh beristirehat." "Jika demikian, orang mukmin tidak pernah terbebas darinya?" "Benar. Namun kira ada cara untuk menolaknya dan melumpuhkan kekuatannya."

RasululuUah saw bersabda:
"Orang mukmin mesti mengendalikan syaitannya seperti salah seorang kamu mengendalikan unta dalam perjalanan."

Ibnu Masud mengatakan: "Syaitan orang mukmin itu kurus."

Juga, Qais bin Hujjaj mengatakan: "Syaitan ku berkata kepadaku: "Aku masuk padamu seperti tukang potong. Kini aku seperti perenjak saja." Aku bertanya: "Mengapa demikian?" Dia berkata: "Kamu mengajarku dengan berzikir kepada Allah."

Seorang yang bertaqwa, tidak susah untuk menutup pintu syaitan dan menjaganya, yakni pintu lahir dan lorong yang menuju kepada maksiat lahir. Adapun dia boleh jatuh ke jalan yang gelap adalah kerana mereka tidak mendapatkan petunjuk dan tidak boleh menjaganya. Kerana pintu syaitan menuju kepada hati itu banyak, sedang pintu malaikat hanyalah satu. Dan pintu ini kabur di anrara pintu yang banyak. Orang di situ bagaikan musafir yang menempuh banyak kampung, hutan belantara dan kegelapan. Tentu dia tidak mengetahui jalan tanpa mata dan sinar matahari. Adapun mata yang dapat melihat di sini adalah hati yang dicuci dengan taqwa. Sedangkan mataharinya adalah ilmu dari Kitab Allah dan Sunnah Rasulullah yang akan menunjukkannya dalam meniti kegelapan. Jika tidak, pasti dia akan tersesat di jalan yang amat banyak dan gelap pula.


Abdullah bin Mas'ud berkata: "Suatu hari Rasulullah saw menuliskan kepada kami suatu garis. Dan beliau bersabda:
"Inilah jalan Allah." Kemudian beliau menuliskan lagi beberapa garis di kanan kiri garisan itu, kemudian beliau bersabda: "Inilah beberapa jalan, di setiap jalan syaitan menyeru kepadanya. Kemudian beliau membaca:
"Sesungguhnya ini jalan-Ku yang lurus sebab itu kamu turutlah jalan-Ku itu dan janganlah kamu turut jalan-jalan yang lain, nanti bercerai-berai kamu daripada jalan-Nya."

(Q.S. Al-An'am: 153).

Telah banyak kami kemukakan beberapa contoh jalan-jalan gelap yang sering menipu para ulama dan hamba akibat mempertumbuhkan keinginan syahwat mereka. Dan kini kami akan ketengahkan pula lorong syaitan yang jelas yang hanya dilalui oleh orang-orang yang nekad saja.

Dirawikan dari Nabi saw, beliau bersabda:
"Di kaum bani Israil ada seorang rahib. Syaitan hendak menjeratnya dengan cara merasuk ke tubuh seorang jariah. Kemudian diilhamkan ke dalam hati keluarganya agar mengubatkannya saja kepada seorang rahib. Mereka membawanya kepada rahib dan dia menolaknya. Namun mereka selalu saja datang membawanya sehingga rahib itu menerimanya.
Ketika jariah itu ada di sisi rahib untuk diubati, syaitan datang menggodanya sehingga sang rahib mendekat, dan menjimaknya sampai jadi hamil. Syaitan lalu berbisik padanya: "Dia hanya akan mencemarkanmu saja bila keluarganya datang. Maka bunuhlah dia! Bila keluarganya datang bertanya padamu, kata saja dia telah mati." Rahib itu lalu membunuh dan menguburkannya. Kemudian syaitan membisikkan kepada hati keluarganya bahawa. rahib itu telah menghamili, membunuh dan menguburkan anaknya. Apabila diketahuinya keluarga itu segera datang kepada rahib dan bertanya tentang anaknya. Rahib berkata dia telah mati. Namun mereka ' hendak menyeret dan membunuh rahib itu.

Kemudian Syaitan memhampirinya dan berkata: "Akulah yang menyerupai jariah itu hingga sakit. Aku pula yang menggoda hati keluarganya. Maka taatlah kepadaku, tentu kau kuselamatkan dari mereka." "Dengan apa?" Tanya rahib. Syaitan berkata:
"Bersujudlah kepadaku dua kali!" Kemudian rahib sujud kepadanya dua kali, lantas syaitan berkata: "Sungguh aku tidak perlu menanggungmu."

Inilah yang juga telah diperingatkan oleh Allah swt:
"Dan seperti syaitan ketika dia berkata kepada manusia: Kafirlah (menyangkallah) engkau, Maka tatkala manusia ilu kafir id berkata: Aku berlepas diri daripadamu...."
(Q.S.As-Hasyr: 16).
Dirawikan bahawa ibUs berkata kepada Imam Syafie ra: "Bagaimana pendapatmu tenrang orang yang menjadikanku sebagaimana yang dia kehendaki serta memperlakukanku dalam apa yang dia kehendaki. Jika mahu, dia masuk- kan aku ke syurga dan jika mahu dia masukkan aku ke neraka. Apakah dia adil dalam hal ini ataukah hanya bercakap? Imam Syafie berfikir sejenak lalu berkata: "Wahai kau ini, jika dia menjadikanmu terhadap apa yang engkau kehendaki, maka dia telah engkau kehendaki, ia telah menzalimimu. Akan tetapi jika dia menjadikanmu untuk sesuatu yang dia kehendaki, maka jangan ditanya tentang apa yang dia perbuat. Pasti akan dimintai pertanggungjawab. Sehingga dia tidak punya apa-apa." Kemudian Iblis berkata: "Demi Allah, telah aku keluarkan dengan pertanyaan ini tujuh puluh ribu abid dari buku ubudiyyah kepada buku zindiqah."

Dan dirawikan juga, bahawa Iblis menjelma kepada Isa as seraya berkata:
Katakanlah 'La ilaha ilia Allah'. Isa menjawab: "Itu kalimat hak. Dan aku tidak mau mengucapkannya sebab ucapanmu." Ini ertinya pencampur-adukan antara keburukan dan kebaikan yang oleh kerananya dapat menghancurkan orang-orang zuhud, orang-orang kaya, para 'abid dan bahkan sekelompok manusia, kecuali yang dlindungi oleh Allah swt. Semoga kita sentiasa mendapatkan perlindungan Allah swt dari tipu daya syaitan dan Iblis. Sehingga kita termasuk orang-orang yang mendapat petunjuk. Amin.

No comments:

Post a Comment