Tuesday, May 12, 2015

Memusuhi Syaitan

Memusuhi Syaitan

Wajib orang mukmin menyintai ulama dan orang-orang soleh. Mengikuti nasihat mereka. Menjauhi amal buruk dan menjadikan syaitan sebagai musuh.

Allah swt berfirman:"Sesungguhnya syaitan bagimu adalah musuh, maka jadikanlah dia sebagai musuh!"(Q.S. Al Fathir: 6)


Musuhilah dia dengan taat kepada Allah. Jangan mentaatinya dengan berbuat maksiat. Takutlah darinya dalam segala keadaan, perilaku dan aqidahmu. Apabila berbuat sesuatu telitilah barangkali ada sedikit riak. Mohonlah perlindungan darinya kepada Tuhanmu.

Abdullah bin Mas'ud ra berkata, "Rasulullah menggariskan untuk kami suatu garis seraya bersabda, "Ini jalan Allah" kemudian beliau menggariskan beberapa garis di kanan kirinya lalu bersabda, "Ini beberapa jalan syaitan di mana syaitan menyeru kepadanya." Kemudian Rasulullah saw membaca ayat:
"Sesungguhnya ini jalan-Ku yang lurus, ikutilah ia, dan jangan ikuti jalan-jalan (syaitan) nanti bercerai berai kamu dari jalan-Nya."
(QS. AIM am: 153)


Rasulullah menerangkan kepada kami banyaknya jalan syaitan. Dirawikan dari Nabi saw beliau bersabda:
"Syaitan telah mencekik seorang jariah. Terlintas dalam hati keluarganya untuk mengubatinya pada seorang rahib. Mereka membawanya kepada rahib namun dia selalu menolak tapi akhirnya menerima juga. Ketika jariah itu berada di rumah rahib untuk diubati, syaitan selalu mengodanya hingga dia menghamili jariah itu. Lalu syaitan berkata, "Celamu akan terbongkar bila keluarganya datang. Maka bunuhlah dia dan katakan pada keluarganya, "la telah mati." Maka rahib itu membunuh dan menguburnya. Kemudian syaitan pergi kepada keluarganya dan mengatakan bahawa jariah itu telah dibunuh dan dikuburkan oleh rahib. Keluarga itu segera menemui rahib dan hendak membunuhnya. Lalu syaitan berkata,

"Aku yang mencekiknya dan aku pula yang menghasut keluarganya. Maka taatlah kepadaku, tentu aku selamatkan kau dari mereka." Rahib bertanya, "Dengan apa?" Syaitan berkata, "Sujudlah kepadaku dua kali!" Rahib itu melakukannya lalu syaitan berkata,

"Sesungguhnya aku tidak mahu bertanggungjawab keatasmu."

Demikianlah yang disebutkan oleh Allah swt:
"Seperti syaitan ketika berkata kepada manusia "kafirlah", setelah dia kafir syaitan berkata, "Sesungguhnya aku bebas dari engkau."
(Q.S. Al Hasyr: 16)

Dirawikan bahawa iblis bertanya kepada Imam Syafie ra, "Bagaimana pendapatmu tentang orang yang menjadikanku sebagai pilihannya dan memperlakukanku pada sesuatu yang dia kehendaki. Setelah itu jika dia mahu memasukkanku ke Neraka. Demikian ini adil atau tidak?"Imam Syafie terdiam sejenak lalu berkata, "Wahai kamu! Jika dia jadikan kamu untuk sesuatu yang kau kehendaki, maka dia menzalimimu. Tapi jika dia jadikan kamu untuk sesuatu yang dia kehendaki maka jangan tanyakan perbuatannya. Dia makin rosak."

Lalu Iblis berkata, "Demi Allah wahai Syafie aku telah menjerumuskan dengan pertanyaanku ini tujuh puluh ribu abid hingga mereka keluar dari buku ibadah."

Ketahuilah hati ibarat gedung pertahanan dan syaitan itu musuh yang hendak menyusup ke dalamnya, hingga menguasai dan memerintah. Tidak mampu menjaga pertahanan dari musuh kecuali dengan menjaga pintu gedung dan celah-celahnya. Tapi juga tak mampu menjaganya kecuali harus mengetahuinya. Maka menjaga hati dari godaan syaitan adalah wajib fardhu ain. Dan saranan untuk melakukan wajib adalah wajib pula. Jika tidak mampu menolak syaitan kecuali mengetahui lorong-lorongnya, maka mengetahui lorong-lorong itu menjadi wajib. Sedangkan lorong dan pintu-pintunya sebagai sifat hamba adalah banyak. Antara lain adalah marah dan syahwat.Marah merupakan belenggu akal. Jika akal lemah pasukan syaitan akan menyerbu. Banyak kemarahan seseorang itu adalah permainan syaitan seperti anak kecil memainkan bola. Dan telah tersebut bahawa Ba'dhul Autiya' berkata kepada Iblis, "Perlihatkan kepadaku bagaimana engkau mengalahkan manusia?"

Iblis berkata, "Aku mengalahkannya ketika marah dan berkeinginan." Lorong lain adalah kerakusan. Boleh jadi kerakusan membuat seseorang buta dan tuli. Ketika syaitan menggoda menawarkan segala
cara untuk mencapai keinginannya meskipun cara itu mungkar dan keji.

Dirawikan bahawa Nuh as menaiki kapalnya beserta dengan semua jenis binatang dan manusia yang berpasang-pasangan sebagaimana perintah Allah. Tiba-tiba dia melihat seorang tua yang tidak dikenalinya berada di dalam perahunya itu. Nuh bertanya, "Mengapa engaku masuk?" Dia berkata, "Aku masuk hendak menggoda hati teman-temanmu hingga hati mereka bersamaku meskipun badan mereka bersamamu." Nuh berkata, "Keluarlah wahai musuh Allah sesungguhnya engkau dilaknati!" Iblis menjawab, "Dengan lima cara akan ku hancurkan manusia. Tiga di antaranya akan kuceritakan padamu tapi yang dua tidak." Kemudian Allah memberi wahyu kepada Nuh bahawa: "Yang tidak itu kau tidak memerlukannya. Mintalah agar dia menceritakan yang dua saja."

Kemudian Nuh berkata, "Apa yang dua itu?" Iblis menjawab, "Keduanya itu tidak mendustakan dan tidak mengingkariku. Dengan keduanya kuhancurkan manusia. Iaitu rakus dan hasad. Dengan hasad aku dilaknati dan direjam. Adapun rakus, telah menyebabkan Adam terkeluar dari Syurga. Maka aku menggodanya dengan kerakusan."

Lorong lain lagi adalah kenyang makan meskipun halal. Sebab kenyang akan menguatkan syahwat sebagai pedang syaitan.

Telah dirawikan bahawa Yahya as nampak Iblis membawa penjerat lalu Yahya bertanya, "Ya Iblis penjerat apa itu?" Iblis berkata, "Inilah syahwat kupakai menjerat manusia." Nabi Yahya bertanya, "Adakah aku akan dijerat" Iblis menjawab, "Jika kamu kenyang, kuberatkan kau dari solat dan zikir." Nabi Yahya bertanya lagi, "Adakah selain dari itu." Iblis menjawab, "Tidak." Lalu Nabi Yahya berkata, "Kerana Allah semata, perutku takkan kupenuhi makanan selamanya." Iblis juga berkata, "Demi Allah, aku akan menggoda manusia di sepanjang hayatnya."

Adapun lorong iblis yang lain ialah suka berhias pada pakaian dan rumah oleh perempuan. Syaitan selalu menghasut orang untuk itu hingga dia kerugian umumya dan takkan sedar sampai mati bahawa dia di jalan syaitan dan mengikuti hawa nafsu yang berakibat buruk. Na'uzubiUah.

Sedangkan tamak juga merupakan lorong Iblis. Shafwan bin Salim telah meriwayatkan bahawa Iblis menjelma sebagai Abdullah bin Hanzalah. Shafwan menegurnya, "Hai Ibnu Hanzalah, peliharalah apa yang kuajarkan padamu." Ibnu Hanzalah menjawab, "Aku tidak memerlukannya." Shafwan berkata, "Ya Hanzalah, fikirlah. Jika baik ambillah, jika tidak buang saja. Janganlah kamu minta kepada selain Allah. Lihatlah bagaimana ketika engkau marah, sesungguhnya aku memilikimu ketika engkau marah."

Demikian pula sifat tergesa-gesa termasuk lorong syaitan. Rasulullah saw bersabda:
"Tergesa-gesa itu dari syaitan dan berhati-hati itu dari Allah. Ketika tergesa-gesa syaitan meniupkan kejahatannya kepada seseorang sekira dia tidak tahu."

Dirawikan bahawa ketika Isa bin Maryam as lahir, syaitan datang kepada Iblis seraya berkata, "Area-area telah terjungkir kepalanya." Iblis berkata, "Ini mesti ada sesuatu di tempatmu." Lalu dia terbang datang ke dua belahan bumi dan tidak mendapatkan sesuatu. Namun kemudian dia mendapati Isa telah lahir dan sedang dikerumuni oleh malaikat. Iblis lalu kembali dan berkata kepada syaitan-syaitan, "Malam tadi seorang nabi telah lahir. Setiap wanita yang hamil dan melahiikan anak aku pasti berada di sisinya tetapi kali ini tidak. Hentikan menyembah akan berhala mulai malam ini dan datangUah Bani Adam bersama-sama dengan tergesa-gesa.

Dirham, dinar, ternakan, kebun dan segala rupa harta adalah lorong-lorong syaitan pula. Tsabit al-Banani berkata, "Ketika Rasulullah saw diutus, Iblis berkata kepada syaitan-syaitan, "Lihatlah, ada kejadian baru." Segera mereka pergi hingga letih lalu datang kepada Iblis seraya berkata, "Kami tidak tahu." Iblis berkata, "Aku datang pada kalian dengan baik." Iblis pergi lalu datang lagi seraya berkata, "Allah telah mengutus Muhammad saw." Tsabit berkata, "Iblis mengutus syaitan-syaitan datang kepada sahabat-sahabat Nabi saw. Mereka pergi dengan sia-sia saja. Dan berkata, "Tak seharipun mereka boleh kugoda. Mereka pergi untuk solat lalu terhapus lagi." Iblis berkata pada mereka, "Barangkali Allah membukakan dunia untuk mereka. Maka sebahagian mereka kami perlukan."

Kemudian bakhil dan takut fakir juga mempakan lorong Iblis. Tidak mahu sedekah dan infak. Serta justera mengundang akan seksa yang pedih. Keburukan bakhil adalah rakus mengumpulkan harta sebagai umpan syaitan-syaitan.

Demikian halnya sebagai lorong syaitan. Iaitu fanatik kepada mazhab, syirik, bermusuhan dan memandang hina kepada pihak yang lain semua itulah yang merosakkan abid dan fasik. Hasan ra berkata, "Sampai kepadaku bahawa Iblis berkata, 'Telah kujerat umat Muhammad saw yang derhaka, namun mereka pecahkan punggungku dengan istighfar. Lalu kujerat mereka dengan dosa yang tidak boleh diampunkan. Iaitu syirik. Mereka tidak sedar bahawa hal itu akan menarik kepada maksiat.

Bahkan suuk zan terhadap kaum muslimin, juga lorong syaitan. Maka wajib bagi seseorang menghindarkannya. Sesungguhnya orang yang suuk zan amat keji batinnya.
Ibnu Ishaq berkata, "Ketika kuffar Quraisy melihat para sahabat Nabi berhijrah dan sedar bahawa mereka akan menyusun kekuatan memerangi mereka, segera kuffar Quraisy itu mengadakan pertemuan di Darun Nadwah. Iaitu rumah Qushai bin Kilab. Orang Quraisy selalu memutuskan perkara di situ. Tidak pernah ada suku lain masuk ke situ semenjak empat puluh tahun. Dalam pertemuan itu datang Iblis menyerupai seorang ma Najd. Dia berdiri di pintu nampak seperti seorang yang agung memakai pakaian kebesaran dari sutera. Mereka bertanya, "Dari mana kamu?" Ia berkata, "Dari Najd. Datang untuk mendengar pendapatmu. Barangkali aku boleh menyumbangkan fikiran." Mereka berkata, "Silakan masuk!"
Dia masuk dan mereka bercakap tentang Nabi saw. Mereka berjumlah seratus orang. Ada yang mengatakan Uma belas orang. Abul Bahiri yang terbunuh kafir di peperangan Badar, berkata, "Kurung saja di dalam penjara." Orang Najd itu berkata, "Itu tidak baik. Jika kalian memenjarakannya, tentu teman-teman dia akan membebaskannya." Aswad bin Rabi'ah bin Amr al-'Amiri berpendapat, "Halau dia dari negeri ini dan biarkan ia bersendirian." Orang Najd itu membantah, "Itu pun tidak bijaksana. Jura kalian mengusirnya, tentu akan banyak pula pengikutnya. Sebab dia pandai berbicara dengan manis." Kemudian Abu Jahal berpendapat, "Sebaiknya setiap kabilah mengirimkan pemudanya yang terkuat. Kita beri mereka pedang yang tajam dan suruh mereka bunuh Muhammad. Tentu Bani Abdul Manaf tidak berani melawan kita." Orang Najd im berkata, "Itulah pendapat yang tepat" Mereka pun bersurai dengan membawa keputusan itu.

Kemudian Jibril datang dan berkata kepada Muhammad saw, "Malam ini jangan engkau tidur di tempat biasa." Ketika malam tiba Nabi memerintahkan Ali agar tidur di tempat baginda dan memakai selimut baginda. Maka Alilah orang pertama yang mengorbankan dirinya di jalan Allah menjaga Rasulullah saw. Dalam hal ini Ali ra bersyair:
Kukorbankan diriku menjaga manusia terbaik Dari tipu muslihat mereka yang jahat
Di gua amanlah Rasulullah
Terjaga dalam penjagaan Allah
Rupanya mereka tak inginkan. Jiwaku yang telah kukorbankan.
Kemudian Rasulullah saw keluar. Rupanya Allah membuat mereka buta hingga tidak melihat beliau. Rasulullah saw menaburkan debu kepada mereka sambil berkata, "Ya Siin s/d Faagsyaina hum fahum la yubshirun". Justeru itu ada seorang mendatangi mereka seraya bertanya, "Kalian menunggu siapa di sini?" Mereka menjawab, "Muhammad." Orang itu menerangkan, "Muhammad telah keluar dan menaburkan debu ke atas kepala kalian. Apakah kalian tidak melihat?" Lalu mereka letakkan tangan mereka di atas kepala dan memang benar di atas kepala mereka ada debu. Segera mereka bersihkan dan mereka melihat Ali di atas katil Nabi dan mengenakan selimut baginda. Mereka mengatakan, "Muhammad sedang tidur berselimut" Demikian keyakinan mereka sampai pagi. Namun kemudian Ali bangkit dari tempat tidur Rasulullah. Maka mereka berkata, "Sungguh kami percaya apa yang telah diceritakan kepada kami."

Pada peristiwa inilah turun ayat Allah:
Ertinya: "Ketika orang-orang kafir memperdaya engkau, supaya mereka memenjarakan engkau atau membunuh engkau...."
(Q.S. Al Anfal: 30)

Jangan sedih setelah susah pasti mudah Tiap sesuatu ada hikmahnya
Kita sekadar merancang
Allah jua yang menentukan.
Kemudian Allah mengizinkan Nabi-Nya hijrah. Ibnu Abbas ra berkata tentang ayat:
"Katakanlah, Ya Tuhan-ku, masukkkanlah aku ke tempat masuk yang besar dan keluarkanlah aku dari tempat keluar yang benar dan adakanlah untukku dari sisi-Mu kekuasaan yang menolongku."
(Q.S. Al Israk: 80)


Bahawa Jibril menyuruh Nabi saw agar mengambil Abu Bakar sebagai teman.
Al-Hakim ra merawikan dari Ali ra bahawa Nabi saw berkata kepada Jibril as, "Siapa yang akan berhijrah bersamaku?" Jibril menjawab, "Abu Bakar." Nabi saw juga mengkhabarkan dan memerintahkan kepada Ali agar tetap tinggal sepeninggalan baginda untuk membayarkan hutang baginda.

At-Thabrani ra merawikan dalam cerita Asma': Nabi saw menziarahi kami di Makkah dua kali sehari petang dan pagi. Tetapi pada suatu hari baginda menziarahi kami di siang hari. Aku berkata, "Wahai ayah, Rasulullah saw tidak muncul di waktu biasanya."

Abu Bakar berkata, "Demi Allah, ini pasti ada sesuatu." Aisyah ra berkata, "Kemudian Rasulullah saw datang minta izin masuk. Lalu Abu Bakar mengizinkan baginda masuk dan membentangkan tikar untuk baginda duduk. Setelah duduk, Rasulullah berkata kepada Abu Bakar, "Sebaiknya orang yang berada di sisimu keluar saja." Abu Bakar menjawab, "Mereka keluarga engkau. Yakni Aisyah dan Asma'. Kemudian Nabi bersabda, "Aku telah diizinkan keluar." Abu Bakar bertanya, "Apakah aku boleh menemanimu ya Rasulullah?" Nabi menjawab, 'Tentu." Aisyah berkata, "Kulihat Abu Bakar menangis kegirangan. Lalu Abu Bakar berkata, "Ambillah salah satu dari tungganganku ini." Rasulullah menjawab, 'Tidak, jika aku mahu mesti aku beli." Ini adalah disebabkan kemurnian hijrah Rasulullah saw dengan segenap jiwa dan hartanya. Aisyah ra berkata, "Kemudian kami menyiapkan bekalan untuk perjalanan mereka sehingga mereka sampai di gua Tsur dan bermalam tiga malam di situ. Dirawikan bahawa mereka keluar pada malam hari dari lubang rumah Abu Bakar ke gua.

Juga dirawikan, bahawa Abu Jahal berjumpa dengan Nabi saw dan Abu Bakar. Namun Allah swt menutupi matanya. Hingga mereka berlalu. Asma' berkata, "Abu Bakar keluar membawa lima ribu dirham. Ketika orang Quraisy kehilangan jejak Rasulullah saw, mereka mencari beliau ke seluruh Makkah atas dan bawah. Apabila mereka bertemu bekas tapak kaki mereka mengikutinya sehingga sampai ke gua Tsur tetapi bila sampai ke pintu gua itu tiada kesan ada manusia di dalamnya. Pihak Quraisy sanggup membayar 100 unta bagi orang yang dapat membunuh baginda.

Dirawikan: Ketika Nabi bersama Abu Bakar telah masuk ke dalam gua, Allah swt lalu menumbuhkan pohon-pohon kayu di pintu gua itu untuk menutupi pandangan orang-orang kafir. Allah menyuruh labah-labah membuat sarangnya di pintu gua serta dua ekor merpati membuat sarang di situ. Demikian itu untuk mengelabui mata kaum musyrikin. Kemudian salah seorang dari mereka pergi mendekati gua. Dia lihat ada dua ekor merpati. Segera dia pergi kepada teman-temannya dan berkata, "Aku melihat dua ekor merpati bersarang di situ. Jelas tidak seorang pun berada di dalamnya."

Ucapan itu didengar oleh Nabi. Hingga beliau tahu bahawa Allah swt melindunginya. Yang lain berkata, "Masuklah ke dalam gua." Umayah menyahut, "Apa perlunya masuk gua. Di situ kulihat ada labah-labah. Jika Muhammad masuk tentu telur merpati itu pecah dan rumah labah-labah itu rosak." Ini lebih aneh. Ini mukjizat. Bayangkan! Bagaimana pohon-pohon kayu boleh tumbuh, merpati membuat sarang dan labah-labah menutupi pintu gua. Alangkah indah syair Ibnu Naqib:

Pecinta sulaman sutera
Indah memakai bila saja
Labah-labah menyulamnya indah sekali Di atas kepala baginda Nabi.

Imam Bukhari dan Muslim merawikan dari Anas bin Malik ra dia bencata, "Abu Bakar bercerita padaku. Dia berkata, "Ketika kami berada di gua, aku berkata kepada Rasulullah, "Jika salah seorang mereka menjenguk ke pintu itu, tentu nampaklah kita."

Lalu Rasulullah berkata, "Engkau menyangka kita berdua berada di sini, tetapi Allah sentiasa bersama kita." Sebahagian ahli sejarah ada yang mengatakan bahawa ketika Abu Bakar berkata demikian, Rasulullah saw menjawab, "Jika mereka ketahui kita berada di sini, tentu kita akan pergi dari sini."

Lalu Abu Bakar melihat sebuah gua lain terbuka menjurus ke laut dan nampak pula sebuah perahu terpanjang di pinggirnya.


Dirawikan dari Hasan al-Basri ra: Bahawa di malam hari ketika Abu Bakar pergi ke gua bersama Rasulullah saw, beliau kadang-kadang berjalan di belakang dan kadang-kadang berjalan di hadapannya. Abu Bakar bertanya lalu Nabi menjawab, "Kuingat tuntutan maka aku berjalan di belakangmu. Dan kuingat intaian maka aku berjalan didepanmu." Abu Bakar berkata, "Ya Rasulullah, kuperbaiki dulu gua ini untukmu." Lalu Abu Bakar menutup setiap lubang dengan carikkan pakaiannya. Masih ada sebuah lubang lagi. Dia tutup dengan tumitnya agar tidak ada sesuatu yang keluar menyakiti Nabi saw. Lalu Nabi saw masuk dan meletakkan kepalanya ke paha Abu Bakar. Kaki Abu Bakar kena runcing batu. Dia tidak bergerak agar Nabi saw tidak terbangun. Tapi air mata Abu Bakar menitis terkena Nabi saw, lalu Baginda bertanya, "Mengapa kamu wahai Abu Bakar?" Abu Bakar menjawab, "Kakiku kena runcing batu." Lalu Rasul mengusap luka itu dengan air liur baginda hingga rasa sakitnya hilang. Alangkah indah kata Hasan Ibnu Tsabit:
Pendamping berdua dalam sebuah gua.Musuh mengepung mendaki gunung Cintanya kepada Nabi
Tak ada yang membandingi.
Nabi saw keluar dari Makkah hari Khamis dan keluar dari gua pada hari Isnin. Bermakna mereka berada di situ tiga malam. Ketika itu bulan Rabi'ul awal. Dan beliau masuk Madinah hari Jumaat tanggal dua belas Hijrah.
Diceritakan seorang zahid bernama Zakaria tengah sakit parah dan akan sampai ajalnya. Ketika sakaratul maut, seorang teman mengajarinya mengucap, "La Ilaha Ilia Allah, Muhammadur Rasulullah". Zakaria memalingkan muka dan diam saja. Teman itu mengulanginya lagi. Namun Zakaria tetap berpaling dan diam. Kemudian diulanginya lagi kali ketiga. Lalu Zakaria berkata, "Aku tidak mahu berucap." Temannya merasa hairan. Tidak lama kemudian Zakaria membuka kedua matanya dan bertanya, "Apakah kalian mengatakan sesuatu kepadaku?" mereka menjawab, "Benar. Kami menyuruh kamu membaca syahadah tiga kali. Yang dua kau hanya berpaling dan yang ketiga kau kata kau tidak mahu mengucapkannya." Lalu Zakaria menjelaskan, "Iblis datang padaku membawa segelas air diberikan kepadaku. Aku berkata, "Ya." Lalu dia berkata, "Katakan Isa anak Allah." "Aku berpaling darinya. Lalu iblis datang lagi dari arah kakiku dan mengatakan hal itu lagi. Maka aku berpaling lagi dan yang ketiga dia berkata demikian juga, maka aku berkata, Aku tidak mahu." Lalu Iblis membuang gelas itu ke tanah dan lari. Jadi aku menolak Iblis bukan menolak kamu dan aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah swt dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu utusan Allah."

Dirawikan dari Umar bin Abdul Aziz ra dia berkata, sebahagian mereka meminta Tuhannya agar diberi tahu tempat syaitan di hati manusia. Lalu dia melihat dalam mimpi bahagian dalam jasad seorang lelaki. Dia melihat syaitan dalam bentuk katak duduk di atas bahu kirinya. Dari situ syaitan memasukkan belalainya ke dalam hati lelaki tersebut serta mengusik hatinya. Manakala lelaki itu berzikir, maka mengecillah belalai itu. Ya Allah janganlah Engkau kuasakan syaitan menguasai manusia dan menghasut kami. Tolonglah kami untuk berzikir dan bersyukur kepada-Mu demi keagungan dan kemuliaan Nabi-Mu saw."

No comments:

Post a Comment