Kelebihan sedekah sunnat
Adapun sedekah tathawwu' (sukarela) dan membelanjakan harta pada jalan-jalan kebajikan dan kebaikan untuk menempa keredhaan Allah Ta'ala dan mengumpul pahalaNya, memang telah warid kelebihan perkara itu di dalam beberapa firman Allah Ta'ala dan Hadis Rasulullah s.a.w. yang kalau hendak dihitung tentu akan mengambil masa yang panjang.Di antaranya saya sebutkan beberapa firman dan Hadis berikut iaitu, firman Allah Ta'ala:
"Dan segala barang baik yang kamu belanjakan itu adalah untuk diri kamu sendiri, dan kamu membelanjakannya itu hanya untuk menempa keredhaan Allah, dan segala barang-barang baik yang kamu belanjakan itu akan dibalas kepada kamu, sedang kamu tiada akan dirugikan." (al-Baqarah: 272)
FirmanNya lagi:
Orang-orang yang membelanjakan hartanya pada waktu
malam dan siang, secara sembunyi-sembunyi mahupun terang-terangan,maka mereka akan memperoleh ganjaran dari Tuhan mereka, mereka tiada takut dan tiada pula berdukacita."
FirmanNya lagi:
(al-Baqarah: 274)
"Berimanlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan belanjakanlah dari apa (harta) yang kamu dijadikan Allah mempusakainya. orang-orang yang beriman di antara kamu dan membelanjakan (hartanya dijalan kebajikan) akan memperoleh pahala yang besar." (al-Hadid: 7)
FirmanNya lagi:
"Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada Allah dengan pinjaman yang baik, niscaya Allah akan membayar kembali dengan berlipat-ganda, dan dia akan memperoleh pula pahala yang besar." (al-Hadid: 11)
Gambarkanlah dalam dirimu segala pahala-pahala yang disebutkan oleh Allah Ta'ala tadi, di antaranya ada yang pahalanya besar, dan ada yang berlipat kali ganda, yang tentu sekali tiada terbatas banyaknya.
Sebab apabila Allah s.w.t. menyebut banyak, tiada pula ditentukan kadarnya sampai ke mana. Ini menunjukkan sebagai suatu anjuran kepada kita dari Allah s.w.t. yang Maha Pemurah, lagi Maha Luas PengurniaanNya. Dia akan menambah seberapa banyak yang Dia sukai menurut kegemaran hati kita untuk bersedekah. Oleh itu akan merugilah orang yang tiada memikirkan anjuran Allah Ta'ala ini, serta tiada ingin mendalami keterangan-keteranganNya, sehingga dibiarkan sifat kikir itu menguasai diri, dan ia pun merasa sayang hendak mensedekahkan sesuatu dari kelebihan-kelebihan yang dikurniakan Allah kepadanya.
Barangkali, ada kalanya ia sampai merasa kikir untuk mengeluarkan zakat yang wajib, apatah lagi yang sunnat atau yang dikeluarkan secara (tathawwu') sukarela. Kalau orang ini menjadi fakir atau miskin, tiada mempunyai sesuatu, samada sedikit atau banyak, niscaya yang demikian itu lebih baik dan lebih selamat.
Bersabda Rasulullah s.a.w. dalam mengutarakan kelebihan bersedekah dan membelanjakan harta pada jalan Allah Ta'ala dalam sebuah Hadis Qudsi:
"Wahai anak Adam! Belanjakanlah (hartamu itu) niscaya Aku berbelanja (menambah) untukmu."
Sabdanya yang lain:
"Setiap matahari terbit, melainkan telah ada dua Malaikat di sebelah kanan dan kiri, yang satu menyeru: Ya Allah! Ya Tuhanku! Kurniakanlah ganti terhadap orang yang membelanjakan hartanya di jalan Allah. Yang lain pula: Ya Allah! Ya Tuhanku! Berilah kemusnahan terhadap orang yang menahan hartanya."
Yakinlah bahwa doa Malaikat itu mustajab (dikabulkan).
Orang yang menahan hartanya, ataupun yang kikir untuk membelanjakannya di jalan kebajikan, meskipun harta itu tidak binasa secara lahir, tetapi pada hakikatnya ia binasa juga, kerana tidak dimanfaatkan oleh orang itu untuk kepentingan akhirat mahupun dunia. Kebinasaan serupa itu adalah lebih dipandang berat lagi, dari kebinasaan harta itu secara lahir.
Bersabda Rasulullah s.a.w.:
"Siapa yang bersedekah seberat sebiji korma dari rezeki yang baik (halal), sedang Allah Ta'ala tiada menerima melainkan yang baik saja, maka sesungguhnya Allah akan menerima sedekah itu dengan penuh kemegahanNya, lalu Dia memeliharanya (menyimpannya) penaka seseorang kamu memelihara anak kuda yang baru beranak, sehingga akhirnya sedekah itu membesar seperti sebuah gunung."
Begitu pula ganjarannya terhadap sepotong roti atau sesuap makanan yang halal, apabila disedekahkan, sedang Allah Ta'ala tidak akan menerima selain yang halal saja. Demikianlah menurut suatu riwayat yang lain.
Bersabda Rasulullah s.a.w. lagi:
"Wahai anak Adam! Jika engkau memberikan kelebihan (dari hartamu) adalah baik bagimu, dan jika engkau menahannya adalah celaka, dan tiadalah engkau akan dicela jika tidak ada kelebihan. Mulakanlah pemberianmu itu kepada orang yang engkau tanggung. Tangan pemberi lebih utama dari tangan yang menerima."
Pada pendapatku, apa yang dimaksudkan oleh Nabi s.a.w. tentang perkataan fadhal di dalam Hadis di atas ialah kelebihan dari harta kekayaan. Begitu pula maksud perkataan kafaf ialah kadar keperluan dari harta itu. Terhadap orang yang engkau tanggung itu tidak boleh engkau mencuaikannya, atau tidak memberinya sarahidup yang cukup, sedang engkau bersedekah pula kepada orang lain, padahal mereka itu masih perlu dan belum engkau mencukupinya. Dan tangan yang memberi tetap lebih mulia dari tangan yang menerima untuk menggalakkan orang kaya supaya memberi, dan orang miskin supaya memadai dengan rezeki yang ada serta memelihara diri dari meminta-minta orang seberapa yang boleh.
Akan tetapi jika keperluan sangat mendesak, maka orang yang menerima itu sama mendapat pahala dengan orang yang memberi.
Sabda Rasulullah s.a.w.:
"Tiadalah orang yang menerima kerana keperluan itu, lebih kurang pahalanya dari orang yang memberi kerana kelebihan (kekayaan)."
Sabdanya lagi:
“Takutilah api neraka itu (yakni selamatkanlah dirimu dari api neraka), walaupun dengan bersedekah setengah butir korma. Jika kamu tiada dapat berbuat demikian, maka dengan perkataan yang baik."
Sabdanya lagi:
"Sedekah itu menghapus dosa, sebagaimana air memadam api."
Sabdanya lagi:
"Manusia dikumpulkan di Padang Mahsyar pada Hari Kiamat dalam keadaan setelanjang-telanjangnya, dan selapar-laparnya, dan sedahaga-dahaganya, dan sepenat-penatnya, tidak pernah mereka merasakan serupa itu dimanamana sebelum itu. Maka barangsiapa yang memberi pakaian (kepada orang yang memerlu- kannya) kerana Allah, niscaya Allah akan memberinya pakaian kelak di waktu itu. Barangsiapa yang memberi makan kerana Allah, niscaya Allah akan memberinya makan, dan barangsiapa yang memberi minum kerana Allah, niscaya Allah akan memberi- nya minum pula."
Maksud kerana Allah di sini, ialah jika ia melakukan semua itu benar-benar kerana mengharapkan keredhaan Allah Ta'ala, tanpa riya', atau mengada-ada, ataupun kerana mengharapkan pujian dari orang ramai.
Sabda Nabi s.a.w. lagi:y jlKjyy\' y *\y \' yy y *S\ yJ\'A "\ "
"Barangsiapa memberi makan saudaranya hingga kenyang, lalu memberinya minum hingga hilang dahaganya, niscaya Allah"
akan menjauhkannya dari api neraka sejauh tujuh jurang, antara satu jurang dengan jurang yang lain perjalanan sejauh limaratus tahun."
Selain yang tersebut di sini dari riwayat-riwayat dan berita- berita mengenai kelebihan pahala memberi orang makan dan minum, ada banyak yang lain lagi. Hendaklah anda melatih diri dalam kedua perkara ini dengan rajin dan jangan malas pula.
No comments:
Post a Comment