Friday, May 15, 2015

Iblis Dan Seksaannya

Iblis Dan Seksaannya


Allah swt berfirman:
Ertinya: "Jika mereka berpaling, sesungguhnya Allah tidak suka orang-orang kafir."
(Q.S. Al Jmran: 32)

Yakni Allah tidak mengampuni atau menerima taubat mereka seperti tidak diterima taubatnya iblis kerana kekufuran dan kesombongan mereka. Namun Allah menerima taubat Nabi Adam as kerana dia mengakui dosanya dan menyesalinya juga dia mencela dirinya. Meskipun bukan dosa yang hakiki kerana rasul itu maksum dari maksiat selamanya.

Oleh kerana dia dan Hawa berkata:
"Kami telah menganiaya diri kami. Jika Engkau tidak mengampuni kami dan tidak mengasihi kami, tentulah kami termasuk orang-orang yang rugi."
(Q.S. Al A'raf: 23).

Adam menyesal segera bertaubat dan tidak putus asa dari rahmat Allah. Seperti Allah berfirman:
"Dan mereka tidak putus ada dari rahmat Allah."
(Q.S. Az Zumar: 53)

Adapun Iblis tidak mengakui dosanya tidak menyesalinya tidak mencela dirinya dan tidak segera bertaubat malah putus asa dari rahmat Allah dan sombong. Barangsiapa seperti Iblis Allah tidak akan menerima taubatnya. Dan siapa seperti Adam Allah terima taubatnya. Dosa dari syahwat masih boleh diampunkan tetapi dosa dari kesombongan tidak akan diampunkan. Maksiat Adam adalah dari syahwat. Sedangkan maksiat Iblis datang dari kesombongannya.
Diceritakan bahawa Iblis datang kepada Nabi Musa as. Dia berkata kepadanya, "Allah telah memilihmu dengan risalah-Nya dan berbicara padamu?"

Musa menjawab, "Ya, lalu apa yang kamu inginkan wahai Iblis?" Iblis berkata, "Ya Musa, katakan kepada Tuhanmu bahawa aku hendak bertaubat." Lalu Musa mendapat wahyu, "Hai Musa Kuterima taubatnya jika dia sujud pada Adam di kuburnya."

Musa menceritakan hal itu kepada Iblis dan dia marah dan dengan sombong Iblis berkata, "Sedangkan di Syurga aku tidak mahu sujud padanya, inikan pula dia telah mati?"

Diceritakan bahawa amat pedih seksa bagi Iblis di Neraka. Maka dikatakan kepadanya, "Bagaimana seksa Allah padamu?" Iblis menjawab, "Amat pedih." Lalu dikatakan kepadanya, "Adam berada di Syurga, sujudlah padanya dan minta ampun supaya Allah mengampunimu."

Iblis tetap menolak. Maka diberatkan lagi seksaannya sebanyak tujuh puluh kali ganda.
Tersebut dalam khabar: Sesungguhnya Allah mengeluarkan Iblis dari Neraka setiap seratus ribu tahun sekali. Demikian pula Adam dikeluarkan. Lalu Allah memerintahkan Iblis sujud pada Adam. Namun iblis menolak. Maka di-kembalikan lagi ke Neraka.

Saudaraku, jika engkau ingin selamat dari Iblis mohonlah perlindungan dari Allah swt
Ketika datang hari Kiamat, maka diletakkan kerusi dari Neraka. Iblis duduk di atasnya. Lalu syaitan dan orang-orang kafir mengelilinginya. Suaranya bagaikan suara himar. Dia berkata, "Wahai ahli Neraka, sudahkah kau terima janji Allah hari ini?" Mereka berkata, "Sesungguhnya Allah telah menunaikan janji-Nya." Allah berkata, "Ini adalah hari putus asa dari rahmat."

Allah memerintahkan malaikat memukuli mereka dan pengikutnya hingga mereka berhiruk-pikuk di dalamnya sampai sehingga empat puluh tahun dan tidak dikeluarkan untuk selama-lamanya. Na'uzubillah. Diceritakan pula bahawa pada hari Kiamat Iblis diperintahkan duduk di atas kerusi dari api, di lehernya berkalung laknat dan Allah memerintahkan Zabaniah untuk menyeretnya dari kerusi dan dibuang ke Neraka. Namun mereka tidak mampu. Lalu Allah perintahkan Jibril bersama lapan puluh malaikat untuk itu juga tidak boleh. Kemudian diperintahkan pula Israfil dan Izrail. Masing-masing membawa lapan puluh malaikat namun mereka juga tidak boleh. Kemudian Allah berkata kepada mereka: "Kalaupun berkumpul malaikat yang telah Kujadikan berlipat kali ganda, mereka tidak akan mampu memindahkannya dan kalung laknat pada lehernya ke dalam Neraka."

Dirawikan, bahawa nama Iblis di langit dunia ialah ' Abid. Di langit kedua Zahid. Di langit ke tiga 'Arif. Di langit ke empat Wali. Di langit kelima At taqi. Di langit ke enam al-Khozin dan di langit ke tujuh 'Azazil dan di Lauhul Mahfuz, Iblis.

Dia lupa akibat urusannya. Maka Allah swt memerintahkannya sujud kepada Adam. Dia berkata, "Apakah dia lebih mulia dari aku? Bukankah aku lebih mulia darinya? Kau jadikan aku dari api dan Kau jadikan dia dari tanah."

Allah berkata, "Aku boleh berbuat sekehendak-Ku." Dia mengira dirinya mulia. Dia berpaling dari Adam dengan bongkak, di mana malaikat telah sujud kepada Adam. Ketika mereka bangun dan melihat Iblis tidak sujud, maka mereka sujud kali kedua uniuk bersyukur. Namun Iblis tetap berpaling dari mereka tanpa menyesal. Lalu Allah menjadikan rupanya seperti babi, kepala-nya seperti unta, dadanya seperti punggung unta besar, mukanya bagaikan kera, kedua matanya sobek sepanjang mukanya, hidungnya agak berlubang lebar, bibirnya bagai bibir tsur, taringnya keluar bagai babi, janggutnya berbulu tujuh panjang sekali. Allah sentiasa melaknatinya sampai hari Kiamat. Kerana dia kafir. Dari malaikat yang paling agung menjadi sedemikian rupa. Sesungguh-nya ini adalah merupakan peringatan.

Tersebut dalam Atsan Ketika Allah swt menjadikan iblis sedemikian rupa, maka Jibril dan Mikail menangis. Allah swt berkata kepadanya, "Mengapa kamu menangis?" Keduanya berkata, "Ya Tuhan kami, kami tidak berkuasa di atas kekuasaan-Mu." Allah swt berkata, "Ya demikian pula kalian tidak berkuasa atas kekuasaan-Ku."

Dirawikan Iblis berkata, "Ya Tuhanku, keluarkan aku kerana Adam. Aku tidak kuasa atasnya, kecuali dengan penguasaan-Mu." Allah berkata, "Engkau kukuasakan atasnya. Yakni, atas anak cucunya." Kerana para nabi selamat dari Iblis. Iblis berkata, "Berilah aku kuasa lagi." Allah berkata, "Setiap dia beranak kaupun beranak." Iblis memohon lagi, "Berilah aku lagi." Allah berkata, "Jerat-lah mereka dengan tipu daya. Teman ialah mereka dalam harta dan anak. Sesatkan mereka dalam agama dan perbuatan yang batil. Perbuatlah sekehendakmu!"

Lalu Adam berkata, "Ya Tuhanku, Engkau telah berikan kuasa kepada Iblis kepadaku, maka aku tidak boleh menghalanginya kecuali dengan pertolonganMu." Allah berkata, "Setiap umatmu akan dijaga oleh malaikat." Adam memohon lagi, "Tambahilah aku." Allah berkata, "Setiap kebaikan yang dilakukan diberi pahala sepuluh kali ganda." Adam berkata lagi, "Tambahilah Aku." Allah berkata, "Aku terima taubat mereka selama mereka masih hidup." Adam berkata lagi, 'Tambahilah aku." Allah berkata lagi, " Aku ampuni mereka dan aku tidak mengira segala dosa yang dilakukan." Adam pun berkata, "Baiklah aku telah merasa senang sekarang." Kemudian Iblis berkata, "Ya Tuhanku, Engkau jadikan utusan kepada manusia dan Kau beri kitab. Maka siapakah utusanku dan apakah pula kitabku?" Allah berkata, "Utusanmu tukang tenung dan kitabmu perangai buruk, hadismu bohong, Quran-mu syair, tukang azanmu seruling, masjidmu pasar, rumahmu adalah di tandas, makananmu sesuatu yang tidak diserta dengan nama-Ku, minumanmu adalah yang memabukkan dan perangkapmu adalah perempuan."

Penderhaka mati dalam Suul-khatimah

Penderhaka mati dalam Suul-khatimah

Ketahuilah, bahwa yang selalu mati dalam Suul-khatimah itu adalah orang-orang yang tidak mengambil berat dengan sembahyang fardhu, tidak mengeluarkan zakat yang wajib, dan orang-orang yang menjaga tepi kain kaum Muslimin, orang-orang yang mengurangi timbangan atau cupakan, orang-orang yang menipu kaum Muslimin dan membelit mereka serta mengelirukan mereka dalam perkara-perkara agama mahupun dunia. Begitu juga dengan orang-orang yang mendustakan para wali Allah dan mengingkar mereka tanpa hak. Seterusnya orang-orang yang mendakwa diri mendapat darjat kewalian dan tingkatannya tanpa kebenaran, dan lain-lain lagi dan perkara-perkara yang dikeji oleh Agama Islam.

Di antara yang sangat ditakuti atas seseorang Muslim ditimpa Suul-Khatimah ialah membuat bid'ah dalam agama. Demikian pulalah dengan menanam syak dan ragu dalam hati terhadap Allah s.w.t., terhadap para RasulNya dan Hari Akhirat. Lantaran itu, maka setiap Muslim hendaklah berwaspada dari segala penyakit ini dengan sepenuh kewaspadaan, kerana tidak akan terlindung dari kemurkaan Allah Ta'ala melainkan orang yang dikasihi oleh Allah Ta'ala. Ya Allah, ya Tuhan Pengasih dari sekalian pengasih. Kami memohonMu dengan cahaya wajahMu yang mulia, agar Engkau wafatkan kami sebagai orang-orang Muslimin. Kemudian dampingkanlah kami bersama-sama para salihin dalam keadaan selamat dan sentosa, wahai Tuhan seru sekalian alam! Amin.

Memperbanyak mengingat mati

Memperbanyak mengingat mati

Ketahuilah, bahwasanya memperbanyak mengingat mati itu adalah seperkara yang dituntut oleh agama dan amat digalakkan, kerana yang demikian itu mengandungi berbagai-bagai faedah yang berguna.

Di antaranya:

pendekkan harapan,

zuhud di dunia,

qanaah atau memadai dengan yang sedikit,

cinta kepada akhirat serta memperbanyak bekal dengan amal dan bakti yang baik.

Sabda Rasulullah s.a.w.:

"Perbanyakkanlah mengingat-ingat tentang perkara-perkara yang menghapuskan kelazatan (maut)."

Begitu juga Rasulullah s.a.w. ketika bangun di waktu malam, sering menyeru: Telah tiba maut dengan segala kehebatannya. Telah tiba masanya sangkakala, yang diikuti pula dengan janji kebangkitan.

Tatkala baginda Rasulullah s.a.w. ditanya tentang orang yang pintar, siapakah dia di antara manusia. Jawab baginda: Mereka itulah orang-orang yang memperbanyak mengingati mati, dan sentiasa bersedia untuk menerima mati. Mereka itulah orang-orang yang pintar. Mereka telah kembali ke rahmatullah dengan membawa kemuliaan dunia dan kesejahteraan akhirat.

Akan tetapi mengingat mati dengan lisan saja tiada berguna. Tidak ada erti menyebut-nyebut mati dengan lidah: Oh aku akan mati! Oh aku takut mati! Itu tidak mendatangkan faedah samasekali, meskipun disebutkannya berkali-kali. Yang dianjurkan agar ia mengingati mati seraya hatinya tekun merenungkan keadaan orang yang sedang menghadapi mati, sedang lisannya menyebut-nyebut pula bagaimanakah keadaannya kelak, apabila ia menghadapi mati itu. Bagaimana bencananya dan sakaratnya, serta menggambarkan sekali kedahsyatan yang akan ditanggungnya kelak di Hari Akhirat. Kemudian hendaklah ia mengira-ngira berapa lamakah lagi ia bisa hidup di dunia ini, dan bagaimana pula kesudahan hidupnya kelak.

Kemudian hendaklah ia mengenang semula keadaan rakan-rakan dan sahabat-sahabatnya yang telah lebih dahulu kembali ke rahmatullah, bagaimana kesudahan hidup mereka, dan sebagainya dari ingatan-ingatan dan sebutan-sebutan yang bisa memberi manfaat dan meninggalkan kesan kepada hati.
Berkata setengah para salaf: Pilihlah segala perkara yang dapat mengingatkan anda kepada maut, dan teruskanlah perbuatan itu, jika anda masih melakukannya. Sebaliknya, jauhilah segala perkara
yang menimbulkan perasaan benci kepada maut, dan tinggalkanlah ia jika anda masih melakukannya. Renungkanlah pesanan ini baik-baik dan peliharalah ia, moga-moga Allah merahmati anda. Sebab nasihat ini amat besar faedahnya bagi orang-orang yang mematuhi-nya.Hanya Allah jualah yang memberi taufiq, kerana tiada Tuhan selainNya.

Adapun benci kepada maut itu adalah seperkara yang semula-jadi. Tiada seorang pun yang akan terlepas daripadanya, kerana maut itu sendiri sifatnya pedih, dan pemisah antara manusia dengan kekasihnya dan segala kebiasaannya di dunia.


"Barangsiapa yang suka bertemu dengan Allah, maka Allah juga suka bertemu dengannya. Akan tetapi, barangsiapa yang benci bertemu dengan Allah, maka Allah juga benci bertemu dengannya."

Mendengar sabda itu, Siti Aisyah lalu berujar, katanya: Duhai Rasulullah! Kami sekalian memang benci kepada maut. Lantas dijawab oleh baginda:

"Sesungguhnya orang Mu'min itu, ketika dijemput oleh maut digembirakannya dengan memperoleh rahmat Allah, maka ia pun amat suka bertemu dengan Allah, maka Allah pun suka bertemu dengannya. Manakala orang kafir pula, ketika dijemput oleh maut diberitakan kepadanya akan mendapat azab Allah, lalu ia pun benci bertemu dengan Allah, maka Allah pun benci bertemu dengannya."

Dalam mensifatkan seorang Mu'min yang tercinta sebagaimana tersebut di dalam sabdanya yang diwahyukan dari Tuhan, berbunyi: Tiadalah hampir seorang yang mendekatkan dirinya kepadaKu dan seterusnya sehingga Hadis (Qudsi) itu berbunyi:

“Aku tidak pernah teragak-agak dalam sesuatu perkara yang akan Aku lakukan, seperti teragak-agaknya Aku untuk mencabut nyawa hambaKu yang Mu'min yang bencikan mati. Aku tidak mahu menyusahkannya, akan tetapi mati itu adalah pasti baginya."


Lihatlah, betapa Allah Ta'ala mensifatkan hambaNya yang Mu'min itu bencikan mati, padahal imannya telah sempurna dan darjatnya pula tinggi di sisi Allah Ta'ala.

Adalah diberitakan tentang Nabi Musa a.s. bahwa beliau menempeleng Malakul-maut, ketika ia datang untuk mencabut nyawanya sehingga terkeluar mata Malakul-maut itu.

Benar, ada kalanya benci akan mati itu tersembunyi, sehingga tiada ketara oleh penglihatan; iaitu pada ketika terpancarnya cahaya ma'rifat dan yakin bagi orang-orang yang tertentu pada masa-masa yang tertentu. Akan tetapi, bagi orang-orang yang teguh imannya, pada umumnya mereka itu sentiasa cintakan mati, kerana dengan mati sajalah mereka bisa bertemu dengan Allah Ta'ala dan mengecap hidup di negeri yang abadi.serta meninggalkan dunia yang merupakan tempat tinggal yang penuh dengan pancaroba fitnah dan ujian. Dalam pada itu, jiwa raga mereka masih tetap juga membencikan mati, kerana mati itu menimbulkan rasa pedih dalam diri, dan memisahkan antara mereka dengan kekasih-kekasih mereka.

Walau bagaimanapun, setiap kali iman kepada Allah Ta'ala itu bertambah kuat, maka bertambah lemahlah lawannya; iaitu benci kepada mati, dan bertambah kuranglah pengaruhnya. Demikian pula sebaliknya.

Renungkanlah perkara ini baik-baik, wahai anda yang budiman, moga-moga Allah memimpin dan menunjukimu!


Apabila Rasulullah s.a.w. bersabda:

Mati di dalam Islam

Mati di dalam Islam

Adapun firman Allah Ta'ala yang bermaksud:

Janganlah sampai kamu mati melainkan di dalam keadaan Islam yang sebenarnya. Ini adalah suatu perintah dari Allah Ta'ala terhadap hambaNya supaya mati di dalam Agama Islam. Sebab Agama Islam itu ialah agama yang diakui Allah sebagai agama yang benar di dalam KitabNya al-Quran, dan bahwasanya Dia tiada akan menerima agama selainnya dari manusia, kerana Agama Islam itu adalah satu-satunya agama yang telah Dia redhakan bagi RasulNya dan bagi para hamba-Nya dari kaum Mu'minin.


Firman Allah Ta'ala:

"Sesungguhnya agama yang benar di sisi Allah, ialah Agama Islam." (ali Imran: 19)

FirmanNya yang lain pula:

"Barangsiapa yang menganut agama selain dari Islam, maka tidaklah akan diterima darinya, dan dia kelak di Hari Akhirat tergolong orang-orang yang dirugikan." (ali Imran: 85)
FirmanNya lagi:

"Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Kucukupkan kepada kamu nikmatKu, dan Aku redha Islam menjadi agamamu."

Manusia memang tiada berkuasa untuk mematikan dirinya di dalam Agama Islam, akan tetapi Allah telah meluangkan baginya jalan untuk itu. Sekiranya ia inginkan yang demikian, maka hendaklah ia menjalankan perintah yang diwajibkan ke atas dirinya serta menurut petunjuk Allah Ta'ala. Yang demikian itulah memilih mati di dalam Islam, mencintainya, berharap dan berazam untuk mencapainya. Di samping itu hendaklah ia membenci mati di dalam kepercayaan selain kepercayaan Islam. Hendaklah ia terus-menerus berdoa, memohon dan meminta dari Allah Ta'ala agar Dia mewafatkannya sebagai seorang Muslim.

Dengan itulah Allah mensifatkan para NabiNya dan orang-orang salihin dari hamba-hambaNya. Firman Allah memberitakan tentang diri Nabi Yusuf bin Ya'kub alaihis-salam.

"Engkaulah (Allah) pelindungku didunia dan di akhirat. Wafatkanlah aku sebagai seorang Muslim dan kumpulkanlah aku bersama-sama orang-orang saleh." (Yusuf: 101)

Begitu juga Allah telah memberitakan tentang para ahlisihir yang beriman denganNya, lalu Firaun pula mengancam mereka dengan siksaan.

"Wahai Tuhan kqmi! Lapangkanlah dada kami dengan sifat sabar, dan wafatkanlah kami sebagai orang-orang Muslimin."
(al-A'raf: 126)


Kemudian Allah menceritakan pula tentang Nabi Ibrahim alaihis-salam, kemudian Nabi Ya'kub alaihis-salam, yang masing-masing mereka telah mewasiatkan anakcucunya supaya mati di dalam Agama Islam.

"Dan telah berwasiat pula (Nabi) Ibrahim kepada anakcucunya, dan juga (Nabi) Ya'kub: Hai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama ini untuk kamu. Sebab ifu janganlah sampai kamu mati melainkan di dalam Agama Islam."

(al-Baqarah: 132)

Thursday, May 14, 2015

Tidak salah menyebut-nyebut musibah yang ditakdirkan

Tidak salah menyebut-nyebut musibah yang ditakdirkan

Adapun menyebut takdir dan ketentuan Allah Ta'ala, serta mengingatinya ketika menghadapi kesusahan, atau menanggung bala' dan bencana, maka yang demikian itu tiadalah salah dalam syara'. Sebab ia lebih merupakan bantahan terhadap diri sendiri yang berlaku cuai, bukan terhadap Allah Ta'ala yang menimpakan musibah itu. Seorang hamba yang diuji dengan kesusahan atau bala', jika ia meyakinkan dalam batinnya, bahwa yang mentakdirkan bala' itu ialah Tuhan yang Maha Pengasih, dan bahwasanya bala' itu telah ditentukan baginya di dalam kitabnya di azal, yakinlah ia dan pastilah ia bahwa dalam ujian itu tersisip kebaikan yang banyak. Ketika itu ia akan menanggung segala musibah itu dengan penuh redha dan berlapang dada, serta menyerahkan perkaranya bulat-bulat kepada Allah Ta'ala yang bersifat Maha Mengetahui lagi Bijaksana.

Dari huraian ini, nyata dan jelaslah bahwa membantah terhadap takdir dan ketentuan Tuhan dalam sesuatu perkara yang telah ditetapkan baginya adalah ditegah dan dilarang, dan melanggarnya adalah tercela di sisi Allah Ta'ala. Manakala sabar atas bala' dan bencana yang ditetapkan itu adalah baik dan berguna, selagi ia menimbang perkara itu dengan akalnya.

Firman Allah Ta'ala:


"Tiadalah suatu bencana yang terjadi di atas muka bumi ini, atau pada diri kamu sendiri, melainkan yang demikian itu ada di dalam kitab (azal) sebelum Kami laksanakan terjadinya. Sesungguhnya hal yang demikian itu bagi Allah mudah sekali. Supaya kamu tiada berdukacita terhadap apa-apa yang terlepas dari tanganmu, dan tiada bangga pula dengan apa-apa yang diberikan-Nya kepada kamu, dan Allah tiada mencintai segenap orang yang sombong membanggakan diri." (al-Hadid: 22-23)

Kalau boleh, baik diajarkan seseorang hamba untuk menyebut nama Allah ketika menghadapi musibah dan bala', dan mengingat-kannya apa yang dijanjikan Tuhan kepadanya dari darjat dan kebajikan serta pengampunan dosa, maka itu ada lebih baik. Yang demikian itu lebih bermanfaat kepada kaum Muslimin dan dekat kepada fahaman mereka. Sebab memandang kepada ilmu azali serta takdir dan ketentuan yang ditetapkan dalam ilmu Allah yang azali menghendaki kepada kepintaran dan pengetahuan yang men- dalam, yang bukan semua manusia bisa mencapainya.

Lain halnya dengan janji baik dan ancaman mengenai Hari Akhirat, hal ini bisa difahami oleh segenap lapisan manusia. Lantaran itulah, maka mengingatkan tentang janji-janji baik dan ancaman itu sangat ber- guna kepada manusia ketika menghadapi bala', dan ketika membuat taat dan maksiat, dan sebagainya. Dan oleh kerana itu jugalah, kita dapati Kitab Allah (al-Quran) dan Sunnah Rasulullah (Hadis) di-penuhi dengan ingatan janji-janji yang baik dan ancaman-ancaman yang menggerunkan, serta dengan nasihat-nasihat dan tegahan- tegahan.

Renungkan dan fahamkanlah kata-kata ini, moga-moga anda akan terpimpin ke jalan yang benar. Bertawakkallah kepada Allah Ta'ala, sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertawakkal kepadaNya. Tiada daya dan upaya melainkan dengan Allah Maha Tinggi Maha Besar.

Wajib beriman dengan takdir

Wajib beriman dengan takdir


Memadailah anda dengan hanya mempercayai takdir Allah Ta'ala, yang baik dan yang buruk, lalu anda mengerahkan dirimu untuk mematuhi perintah Tuhan dan menjauhi tegahanNya. Ke- mudian hendaklah anda sentiasa bertaubat atas kecuaianmu untuk mendirikan segala kewajiban terhadap Allah Ta'ala. Selalu-selalulah minta pertolongan dari Allah Ta'ala serta bertawakkal kepadaNya.
Sabda Rasulullah s.a.w.:

"Jika sampai saja kepada sebutan takdir, hendaklah kamu berhenti."

Nabi s.a.w. melarang mendalami dalam persoalan takdir, di-sebabkan ia mengandungi bibit-bibit bahaya dan banyak mudharat- nya.

Seorang lelaki bertanya Saiyidina Ali r.a. mengenai takdir. Baginda menjawab: Ia laksana lautan yang dalam, jangan sampai menduganya. Ia laksana jalan yang gelap-gulita, jangan melaluinya. Ia adalah rahasia yang ditutupkan Allah kepadamu, jangan membongkarnya.

Seseorang pembesar negara telah bertanya Muhammad bin Wasi' r.t. mengenai takdir, beliau menjawab: Adalah lebih utama anda menumpukan fikiran anda kepada jiranmu yang di dalam kubur, daripada anda melibatkan otakmu dalam mendalami persoalan takdir.

Adalah menjadi kebiasaan para salaf dan khalaf dari ahlil-haq ( ahli kebenaran) meletakkan kepercayaan penuh kepada qadha' dan qadar (takdir dan ketentuan Allah), yang baik dan yang buruk. Mereka sekalian bersepakat dalam tujuan ini, sambil menahan diri untuk membuat sebarang protes atas takdir Tuhan dan ketentuanNya, ketika mereka meninggalkan sebarang perintah atau mengerjakan sebarang larangan. Mereka menganggap bahwa memprotes ke atas sesuatu takdir yang menyebabkan anda mengerjakan sesuatu larangan atau meninggalkan sesuatu kewajiban sebagai suatu perkara yang amat berat dosanya. Maka sekiranya anda juga mengira diri anda sebagai ahlil-haq, hendaklah anda menurut mereka dan berjalan atas dasar mereka. Kalau tidak marilah membaca apa kata Allah terhadap orang-orang yang mengingkari perjalanan kaum Mu'minin, dan dengarlah firmanNya:


"Sesiapa yang menenfang Rasul sesudah jelas baginya kebenaran, dan difurumya juga jalan-jalan yang bukan jalan orang-orang yang beriman, Kami akan hadapkan dia kepada tujuan yang ia menuju, dan akan Kami masukkan mereka ke dalam neraka Jahannam. Itulah tempat yang amat buruk."
(an-Nisa': 115)

Sesudah itu, hendaklah anda mengetahui, moga-moga Allah merahmati anda, bahwasanya tidak boleh dan tidak wajar bagi seorang Mu'min mempercayai dalam dirinya, bahwa tiada salah atau tiada berdosa, jika ia meninggalkan sebarang perintah yang wajib, atau membuat sebarang perkara yang dilarang, dengan menyalahkan takdir yang menguasai dirinya atau telah ditetapkan atas dirinya.
Begitu pula, apabila berlaku darinya sebarang perbuatan atau larangan yang tiada diredhai Allah, lalu ia membuat alasan dengan takdir dan ketentuan Allah sebagai keuzurannya, padahal ia masih bisa memilih atau memperbedakan, maka sudah tentulah ia telah melakukan suatu dusta atau fabrikasi yang menanggung dosa yang besar.

Aku khuatir bala' ini juga telah merebak kepada golongan ahli ilmu pengetahuan dan ahli ibadat, lebih-lebih lagi kepada seumum kaum Muslimin. Buktinya, apabila berlaku sesuatu perkara serupa itu di hadapan kita, tidak pernah kita melahirkan rasa marah atau kesal, atau dukacita, padahal perkara itu dicela dan dilarang oleh agama. Hendaklah kita bertaqwa kepada Allah selaku kaum Muslimin yang mengetahui bahwa perkara itu adalah terlarang, dan hendaklah kita menolak dakwaan itu. Sebab Allah Ta'ala tidak akan menguzurkan kita dalam persoalan qadha' dan qadar ini, dan tidak akan menerima alasan-alasan batil kita mengenainya, selagi kita diberiNya kuasa dan pilihan.

Andaikata kita mendengar salah seorang kaum Muslimin membuat alasan-alasan batil itu, maka hendaklah kita segera menegah, serta memahamkannya, bahwa dosa membantah takdir dan ketentuan Tuhan dalam persoalan meninggalkan perintah dan melakukan larangan adalah lebih besar dan lebih berat dari dosa melanggar perintah dan melakukan larangan itu sendiri. Bertaqwalah kepada Allah, dan jangan sekali-kali tercebur ke dalam dua dosa sekaligus, kelak kita akan tertarik kepada kemurkaan Allah dari dua arah.


Batal dakwaan orang yang berdosa dengan takdir

Batal dakwaan orang yang berdosa dengan takdir


Adapun alasan yang mengatakan bahwa takdirlah yang menyebabkan seseorang itu berdosa, sebagaimana yang disebarkan oleh syaitan yang terkutuk ke lisan kebanyakan kaum Muslimin, maka padanya ada bahaya yang besar.

Sekiranya dikatakan kepada salah seorang di antara mereka, yang telah meninggalkan kewajiban yang diperintah Allah, dan melakukan pula setengah dari laranganNya, bahwa anda telah melanggar perintah Allah dan RasulNya!

Kelak ia akan menjawab, bahwa yang demikian itu telah ditakdirkan Allah ke atasnya, telah termaktub dan ditentukan. Ia berani membuat alasan-alasan yang batil dan mencuci diri dari kesalahan yang dilakukan itu, sambil melemparkan tuduhan-tuduhan yang tidak benar terhadap Allah Ta'ala atas segala kelakuannya yang tidak baik itu. Tidakkah ia mengetahui bahwa Allah itu tidak akan disoal tentang apa yang Dia lakukan, malah mereka sekalian akan disoal oleh Allah Ta'ala.

Pada pendapatku, ucapan orang yang melakukan maksiat ini lebih berat dosanya dari maksiat yang dilakukan itu sendiri, dan lebih mengandungi bahaya atas dirinya, samada di dunia mahupun di akhirat.

Sebab maksud ucapannya ini, jika ia mengi'tikadkannya di lubuk hatinya, menunjukkan bahwa tiang-tiang agamanya sedang bergoncang dari asasnya. Bilakah orang yang berdosa ini akan bertaubat dari maksiatnya? Bilakah ia akan menyesal atas segala perbuatannya yang buruk itu? Bilakah ia akan meminta ampun, sedang ia tiada mengaku bahwa segala perbuatan dosa itu dilakukan dengan kehendaknya? Bagaimana ia bisa mengatakan bahwa ia adalah terpaksa dan terdesak, tiada mempunyai pilihan atau kuasa? Inilah yang dikatakan Mazhab Jabariyah; iaitu suatu kaum yang menimbulkan bid'ah dalam agama, yang mendakwa tiada punya kuasa dan pilihan samasekali. Lawan kaum ini, ialah kaum Mu'tazilah; iaitu suatu puak lain yang tergolong dari ahli-ahli bid'ah juga.Adapun kepercayaan ahlil-haq (puak benar) atau puak ahlis- sunnah wal-jamaah, ialah puak yang berdiri di tengah-tengah antara dua puak ini, sesuai sepertimana yang disifatkan oleh setengah ulama menurut firman Allah Ta'ala; iaitu yang keluar dari antara tahi dan darah, sebagai susu yang bersih, sedap dan enak dirasakan oleh orang-orang yang meminumnya. Demikianlah diumpamakan i'tikad ahlis-sunnah wal-jamaah dari kedua i'tikad yang menyeleweng itu tadi.Adapun kepercayaan ahlis-sunnah wal-jamaah, moga-moga Allah golongkan kita ke dalam golongan ini dengan rahmatNya, iaitu:

(1) Tiada berlaku sesuatu benda pun, samada kecil mahupun besar, melainkan dengan ketentuan Tuhan dan kehendakNya, serta kudrat dan iradatNya, dan sesungguhnya sekalian hambaNya dan perbuatan mereka, samada yang baik mahupun yang buruk, adalah dicipta oleh Tuhan.

(2) Sekalian makhluk dituntut supaya mematuhi perintah- perintah Allah dengan sebaik-baiknya, dan bahwa mereka tidak dibolehkan meninggalkan sesuatu pun dari perintah-perintah itu. Di samping itu, mereka dikerah untuk menjauhi segala larangan Allah dan menyingkirkan diri daripadanya serta-merta.

(3) Kiranya mereka tercebur ke dalam salah satu maksiat, maka hendaklah mereka segera bertaubat dan beristighfar kepada Allah Ta'ala.

(4) Jika terluput salah satu dari perintah Allah, hendaklah mereka segera mengqadhakkannya serta bertaubat kepada Allah disebabkan kelalaiannya itu.

(5) Mereka tiada dibolehkan memprotes kepada Allah sama- sekali, atau membuat alasan-alasan untuk menyalahkan takdir, kerana yang demikian itu tidak benar. Lantaran itu mereka tiada dibenarkan untuk membuat keuzuran serupa itu. Allah s.w.t. telah mensifatkan orang-orang ini sebagai musuh-musuhNya, kerana mereka memprotes kehendak Allah Ta'ala, lalu Allah pun menolak protes itu, serta mencaci sikap mereka yang serong itu. Allah mengancam dakwaan mereka itu dan tidak diterimaNya sambil mendustakan mereka.

Firman Allah Ta'ala:

"Akan berkata orang-orang yang menyekutukan Tuhan: Kalau Tuhan menghendaki, niscaya kami dan bapak-bapak kami tidak akan mempersekutukanNya, dan kami tidak akan mengharamkan (untuk diri kami) barang sesuatu apapun. Begitu pula caranya orang-orang yang sebelum mereka mendustakan (kebenaran Tuhan) sampai mereka menanggungkan hukuman Kami.

Katakan: Adakah kamu mempunyai pengetahuan, yang dapat kamu kemukakan kepada Kami? Kamu hanya menurutkan persangkaan saja, dan kamu hanya membuat kebohongan belaka. Katakan: Tuhan mempunyai alasan yang tepat."
(al-An'am: 148: 149)

FirmanNya lagi:

"Dan berkata orang-orang yang menyekutukan Tuhan: Kalau Tuhan menghendaki, niscaya Kami tiada menyembah barang sesuatu apapun selainNya, baik kami ataupun bapak-bapak kami, dan tidak pula kami mengharamkan barang sesuatu tanpa perintah Tuhan. Begitulah yang diperbuat oleh orang-orang sebelum mereka. Kewajiban para Rasul itu hanyalah menyampaikan penjelasan yang nyata." (an-Nahl: 35)


Awas kamu! Jangan sampai kamu mengikut jejak-langkah orang-orang Musyrikin dalam membuat protes terhadap Allah, Rabbul-alamin.